Hi, susah betul nak menghadap laptop sekarang ni sejak Baby Irfan dah pandai serba serbi, dah pandai demand tu, nak berkepit saje dengan Ibu, asal ibu bangun je mula lah dia laju-laju ngejar ibu dari belakang, capai kaki ibu cepat-cepat…alahai lah anak, kerja rumah pun banyak tertangguh, sampai kemalam ibu berkejar-kejar nak siapkan segala kerja rumah, harapnya tak berpanjangan macam ni hahahahhaaaa.
Oklah nak shareΒ Resepi Makanan Bayi – Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan, menu ni saya buat untuk dia baru-baru ini, saje nak kenalkan Baby Irfan dengan makanan berasaskan Protien pulak, bagi dia makan ikan, lepas ni baru ajar dia makan telur sikit-sikit, tengok kalau ok boleh teruskan, kena kenal pasti dahulu sama ada dia ok ataupun alahan, yang ni Mak-mak kena kenal pasti ye makanan apa yang ok dengan Baby kita.
Jom saya share resepi ni, senang aje, mungkin yang membezakannya dengan bubur mak-mak diluarsana mungkin dari segi teknik π
Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan
Bahan-bahan :-
- Beras, setengah pot (Basuh dulu)
- Brokoli
- Ikan Tenggiri
- Bawang merah
- Halia
Cara Memasak
- Masak beras tadi sehingga menjadi bubur (tau kan masak bubur macam mana? hihihi)
- Dalam periuk lain, rebus brokoli sehingga masak
- Dalam periuk lain rebus ikan bersama bawang dan halia
Cara menyediakan
- Blender bubur nasi tadi bersama sayur brokoli yang telah direbus
- Letakkan isi ikan kedalan bubur tersebut bersama sup ikan bersama
- Gaul-gaulkan, dan sedia untuk bagi baby makan, nyuuumms!!
Sebenarnya Baby Irfan dah boleh makan bubur tanpa diblender, tapi memandangkan dia belum ada gigi lagi, terpaksalah juga saya blender sayur brokoli tu, dah alang-alang campurkan sekali dengan bubur tadi.
Sejujurnya pada usia anak sebegini saya memang tidak menggunakan sebarang perasa seperti garam atau kiub, saya lebih suka beri dia “Original Taste”, walaupun ada orang sarankan “alaaaaa letaklah sikit garam…sian dia makan takde rasa” ermm..bagi saya ok je dia tak makan yang masin-masin tu, elok je dia makan abis licin, nanti-nantilah bagi dia rasa garam tu huhuhuuuu -..-“
Nyummsss..sedap katanya hihihi
Licin~
Sebenarnya saya dah tak buat stok makanan untuk baby Irfan, saya masak hari-hari sebab nampak dia macam dah mula jemu kalau hari-hari menu yang sama hahhahaa, ok jadinya nak tak nak saya kena buat menu lain-lain setiap hari, itupun setelah mengamalkan teknik “Kenalpasti anak alahan atau tidak dengan makanan”, so disebabkan itu dah boleh bagi dia menu yang pelbagai.
Nampak sis post gambar pun dah sedap. Saya selalu buat brokoli ngan kurma aje.. so lepas ni leh try ikan lah.. tq sharing.. π
nor hazmira recently posted..Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Jenama lain
kita tengok pun dah terliur, ape kesss..hehe.. nampak sedap sangat tu.. >.<
UmmuAyyash recently posted..Hilangkan Jeragat Di Muka Dengan Mudah Menggunakan 3 Bahan Dari Dapur Ini
Nice sharing..tapi baby dah besar..next time bole cuba.. π
macam yang saya cakap hari tue ; nak cuba…
Dah cuba dah, memang tiptop resepi nie…bukan takat baby j lalu makan, elok jugak tok kita yang dewasa nie…tapi kena ubah sikit la…
tq π
Fairuza Mansor recently posted..Kenali tahap kesihatan bayi melalui warna najis
wah, jangan katakan baby, kita yang dewasa nie tengok pun dah terliur… π
Bagusla, boleh praktikkan dari kecil untuk bagi makanan berkhasiat pada baby.
Terima kasih admin atas perkongsian.
Fairuza Mansor recently posted..Kenali tahap kesihatan bayi melalui warna najis
salam dear, thanks for the recipe..cuma nak tanya, baby 8 bulan boleh tak makan ikan lain macam ikan selar ke? ke elok tenggiri je? heheh thanks ye! π
nampak sedap…kalau buat ni silap2 bapaknya sekali makan..haha
jaymiee recently posted..Shell FuelSave Challenge 2014 Roadshow kini bermula.
ini memang nampak menyelerakan. Bukan makanan budak aje.. heehe
hikaru recently posted..Alamat Spa Aishah Radhiah cawangan Ampang.
Nampak sedap dan menarik boleh cuba di rumah nanti
NutriBullet recently posted..Fruit combining and mono meals
wah nampak sedap..kenapa nak kena masak asing2 eh? letak skali x leh ke…oh baby bape bulan da ni?
meh la lawat blog sy..(^_^)
http://ummiammararif.blogspot.com/
aisyah recently posted..5 tips kekal segar waktu pagi
anak dah nk masuk 8 bulan
blh try resepi ini plk
limie Shaklee recently posted..Lebih Bertenaga Dengan Performance Drink
Cara menyediakan
BLEND bukan Blender bubur nasi tadi bersama sayur brokoli yang telah direbus…
BLENDER is PENGISAR
BLEND is KISAR
SILA AMEK MAKLUM…
huuu,, berlendir! serius suka tengok! π
sedap makan petang2
This article will help the internet users for building up new blog or even a
blog from start to end.
Also visit my web-site melbourne pond cleaning (http://www.metamanagement.net.au)
http://www.metamanagement.net.au recently posted..http://www.metamanagement.net.au
Brokoli pilihan saya. Hehehe
profhariz recently posted..Ulasan 5 Diet Plan Paling Popular
Wah, baby Irfan bisa habis memakannya ni
makanan baby yang sangat bergizi, semua ibu harus membuatnya
Rina recently posted..Create Horizontal Tabbed Content Menu Using jQuery And CSS
habis dimkn..
susah juga baby yg byk demand ni..
hiihi
mie recently posted..Warung Pink Tempong Raja Pedas
nampak makanan bayi ni sangat menyihatkan, terbaik
Juan recently posted..Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dan Wartawan – Kefahaman Yang Bercelaru
Resepi berkhasiat terbaik untuk anak. π
akubiomed recently posted..Hadiah menang 3 tahun lalu.
makin berketaklah baby irfan dapat makanan penuh khasiat…
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
wahh..rajinnya emaknya buat macam-macam menu..
encik bakul recently posted..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
wah.. mcm sedap.. nanti nak try kat Nufail jugaklah..
hari tu buat yang avacado.. minat sungguh nufail makan..
Mus recently posted..Harga Kamera Nikon D610 Untuk Pasaran Malaysia
rajinnye ibu ni
Que recently posted..Live Streaming ATM vs Kelantan 18 Oktober 2013 | Separuh Akhir Piala Malaysia
original taste lagi bes, smpai abis tuuu…. smmg nye berbeza drpd yang laen..
Farzli recently posted..Aku buat vlog ?