Yuhuuu, Rabu tanpa kata, tapi nak membebel juga hahahaa, sejak Baby Irfan dah besar sikit ni, dah pandai berjalan sikit, memanjat sana-sini, tak keruan jadinya. Tak boleh lepa sikit, mesti nak memanjat. tu ha kalau tangga laju je dia manjat, pernah sekali saya ke tandas, tak ingat langsung yang tangga tak dihadang, nasib baik Angah perasan yang adik dah ada di anak tangga yang ke 10. cuba bayangkan!, rumah ni ada 18 anak tangga.

baby irfan

Jadinya inilah salah satu punca saya jarang online di Laptop, kadang jenguk dari handphone aje, hinggakan ada rakan yang whatsapp, mesej tanya apa dah jadi, kenapa sunyi je heheee, tak sangka ada juga ye yang ambil berat, macehhhh ^_^

baby irfan

Jadual saya masih lagi agak kelam kabut sebab Baby Irfan makin cerdik, kena try and error segala jadual ni, kalau dulu pagi-pagi kerja rumah dah setel, sekarang ni sampai kemalam kerja rumah payah nak setel, baru nak buat sikit dia dah merengek tak bagi gerak gi memana…ohooohoiii lah anak.

Nanti saya update lagi, banyak benda nak update ni, kena pujuk sikit Baby Irfan kiikkiki.