Telenovela Be Careful With My Heart TV3, drama yang tengah syiok untuk dilayan petang-petang dikala sesambil tidurkan Baby Irfan, Syiok baq hang drama ni!, sengih sensorang nengoknye hahahaaa. Waktu tayangan telenovela macam biasa lah ye Isnin hingga khamis setiap pukul 3 petang, ni tak sabar nak tunggu isnin nanti hehee (punyalah kemaruk!)

be careful with my heart

Drama Be Careful With My Heart ini menceritakan tentang Maya seorang anak gadis yang berkerja sebagai pemandu pelancongan di kampung halamannya iaitu di llocos Norte, Filipina. Atas masalah kewangan yang selalunya tidak mencukupi, maya merantau ke Manila, bandar Metropolitan atas tujuan ingin mencapai cita-citanya sebagai Pramugari dan dapat menyara keluarganya yang susah dikampung.

Maya tidak mahu sesiapa pun ingin menggagalkan impiannya untuk menjadi Pramugari termasuklah Richard Lim iaitu duda anak 3 yang kaya, disebabkan Richard Lim mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri penerbangan, Richard Lim menetapkan syarat untuk membantu Maya dengan syarat Maya harus bersetuju untuk berkerja dengan Richard Lim untuk menjadi Pengasuh kepada anak-anaknya demi mencapai impiannya ingin menjadi seorang Pramugari.

Di rumah Richard Lim, apabila maya menjejakkan kaki, secara tidak langsung Maya terlibat dalam kehidupan seharian Richard Lim dan anak-anaknya, melihatkan suasana anak beranak yang kurang bersembang dan ceria sejak kematian Richard Lim kematian isterinya, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan hubungan anak beranak tersebut.

Ehemmm dan pada masa yang sama, Maya turut jatuh hati kepada Richard Lim, apakah kesudahannya? sama-sama kita saksikan, serius drama ni BEST!

Saya kalau dah start tengok drama tu, best pulak tu jalan ceritanya tak bosan, memang saya tunggu-tunggu je siaran tu, tak macam Akademi Fantasia, serius tak pernah tengok habis konsert setiap minggu tu, buka kejap tau-tau dah gol depan TV heheee, tak taulah napa macam hambar je AF2013 tu kan..Oppss!!

– Sejak Baby Irfan dah besar sikit ni, susah benar nak update blog -..-“

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

9 thoughts on “Telenovela Be Careful With My Heart TV3”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge