Cara Block Iklan Google Adsense

yanmie 12

Assalammualaikum, nak berkongsi Cara Block Iklan Google Adsense, memandangkan semalam ada yang bertanya macam mana nak block iklan adsense yang kita tak nak terpapar di blog?, maklumlah kadang-kadang ada iklan yang kita tidak boleh paparkan contohnya yang seksi-seksi ke atau yang bertentangan dengan agama kita.

useronline

Ehemm…suatu ketika dulu….320 User online (ok gambar xde kena mengena) hehee

Nak buat duit online biarlah dengan cara yang betul ye tak??, terima kasih juga pada rakan-rakan yang pernah menghubungi saya memberitahu ada iklan yang tidak sepatutnya running terlepas diblog ini. Jadi saya dengan laju-lajunya block iklan tersebut, nak block senang aje, cuma perlu login ke Dashboard Google adsense korang. dan ikuti beberapa langakh mudah seperti dibawah :-

1. Login Ke Dashboard Google Adsense

block iklan adsense

2. Di bahagian Tab Menu klik “Allow & block ads

block iklan adsense

3. Di bahagian content klik blog yang korang ingin block iklan tersebut.

block iklan adsense

4. Disebelah Content tadi ada tab menu seperti diatas, apa yang perlu korang lakukan ialah menulis link url yang ingin korang block tadi di bahagian Advertiser URLs. dan kemudian di bahagian bawahnya ada tukar dari Allow kepada Blocked.

Proses ini mengambil masa dalam tempoh 2-3 jam hingga ke 24jam, tapi saya buat hari tu sekejap aje dalam sejam macam tu iklan yang diblock dah tak keluar.

– Semoga perkongsihan ini bermanfaat.

12 thoughts on “Cara Block Iklan Google Adsense

  1. ada prob kak yanmie,harap dapat tolong…dh guna Google Publisher Toolbar untuk daaptkan URL publisher tu, sekali URL untuk iklan yang diblok tu, tak keluar plak URLnya bila cursor dihalakan..macam dah diblok, macam mana tu eh nak kasi blog?adoi..
    reezluv recently posted..Cabaran 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Drama Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3

Assalammualaikum, dah habis dah drama diandra, follow jugaklah drama tu on off, heheee bosan sikit jalan ceritanya, tapi kali ni nak try tengok drama Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3, macam best je sebab pelakonnya Remy Ishak kekeke. lama tak nampak Remy berlakon. Drama Ku Cinta Kau Seorang ni akan mula […]

Subscribe US Now