Assalammualaikum, woww pejam celik pejam celik tak terasa cepatnya masa berlalu, Baby Irfan pun semalam genap umurnya 11 bulan, sebulan lagi dah boleh sambut besday sama-sama dengan ibu, eheemmmm Baby Irfan lahir sehari lepas ulang tahun kelahiran saya tahun lalu, Hadiah BESAR dalam hidup hehehee.
Umur dah 11 bulan ni dah tentu macam-macam yang dia tahu, paling best dah dapat KAKI, wowwww!!! hehee kira cepat jugalah berbanding abang-abangnya sebelum ini umur 1 tahun baru pandai berjalan, baby Irfan 10 bulan aje dah pandai berjalan, syabas anak!.
Dah pandai berjalan tu macam-macam lah pulak dia nak teroka, oh ye bukan takat pandai berjalan, berlari dah kot sekarang ni hahahahaa, memanjat toksah cakap lah, dah bape kali tergolek erm….naik risau jadinya, tu ha tangga kalau tak pagar memang gigih dia panjat sampai ke atas, sofa, bangku, meja semua dia boleh panjat, pagar pintu tu pun dia panjat juga, bila time saya sidai kain mula lah terjerit-jerit kat dia -..-“
Faham tak apa baby irfan cakap ni? tak faham biar saya translatekan, katanya “Ibu cepat buka pintu, tak sabar nak pergi playground, nak berlari dan manjat sana-sini” 😀
Video ni baru aje beberapa hari yang lepas, kami belikan dia kasut, kali ke 2 belikan dia kasut, cepat betul kaki dia besar hahahahaa, ni belikan saiz 15, sedang elok dengan dia, besar sikit dalam 1-2 inci macam tu, tak tau lah tahan sampai bila ni.
Yang paling tak menahan tu asik lah nak berkepit manjang, nak masak ke nak buat apa ke susah sikit, kena tidurkan dia barulah dapat buat kerja rumah. gini ke ye gaya baby nyusu susu ibu? hahahaha Abang-abangnya dulu taklah macam ni. Yang ni dia punya manja tu lain sikit. asal ibu bergerak bangun dia pun nak bangun, dia jaga ibu betul-betul….dah terbalik ni. wahahahhaa…..
Gayanyeeee, nampak ibu bangun dia pun bangun..dia jaga ibu sungguh-sungguh hahahaaa
Tapikan sedihlah sekarang ni, Baby Irfan dah tak kuat makan macam dulu, main je lebih, bab makan kena pujuk, main sambil makan, dah tak macam dulu, kalau dulu makan duduk setempat, tak sampai 5 minit habis makanan, ni 10 minit pun belum tentu makanan tu habis….apakah silapnya?? adeiiii tengah fikir ni, risau kalau anak tak berapa nak lalu makan, adakah sebab dia dah start makan biskut dia jadi tak nak makan sangat bubur?? ermmmm….
Tapi alhamdulillah dia masih makan macam biasa cuma kuantiti tu kurang macam sebelum ini, ok serius sedih 🙁
aalala..comelnya baby Irfan..
anak Aya dah nak masuk 7 bulan.. macam2 gelagat dah.. seronok je… 🙂
anak yang minum susu ibu memang lebih rapat dengan ibunya…
Cepat berjalan baby Naufal. Alhamdulillah. Tapi kalau dah berjalan gayanya, makin lasak la. Hehe ^^ baby boy memang boleh tahan lasaknya. Anak saya Imran, baru 8bulan. Lasak bukan main.
Seronoknya tengok baby Irfan dah pandai berjalan. … tahniah sis. .
Sekejap sahaja sudah masuk 11 bulan. Dah dapat set bersalin baru-baru nih. Boleh tambah lagi.
perubahan biasa pada baby, dia seronok nak bermain lagi daripada makan..kalau betul2 lapar baru dia cari..
baby irfan jangan lasak-lasak sangat tau kesian ibu..hehe
haha.
biasalah tu. budak-budak.
Sama cam husna…dh blh kaki…makan dh kurang…apapun…harap membesar dgn sihat
sapa pesen jer dgn nufail.. main lebih.. makan kurang
merajuk boleh tahan…