Assalammualaikum, sekejap je masa berlalukan, Baby Irfan pun dah nak masuk 11 bulan?, Hijrah 1434 akan meninggalkan kita sebentar sahaja lagi, jangan lupa untuk membaca Doa AKhir Tahun Dan Awal Tahun, Salam Maal Hijrah 1435 juga dari kami sekeluarga, terlalu banyak kenangan hijrah 1434 yang mungkin tidak akan dilupakan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini.
Doa Akhir Tahun
Barang siapa membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata “hampalah kami disepanjang tahun ini”, oleh itu jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun ini ye, baca sebanyak 3x di penghujung waktu asar dan juga sebelum masuk waktu maghrib.
Doa Awal Tahun
Sesiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaALLAH akan dipelihara daripada gangguan serta godaan jahat dari syaitan disepanjang tahun 1435H, insyaALLAH. Doa ini dibaca sebanyak 3x selepas solat Maghrib.
Yang lepas biarkan berlalu, yang salah maafkanlah ia, yang memberi ikhlaskan lah ia, mudahan dengan kedatangan tahun baru ini hidup kita lebih diberkati oleh-NYA, amin insyaallah.
Suka saya berkongsi gambar dibawah ini,
Gambar ini saya rekodkan sekitar pukul 6.30 petang pada khamis lalu 24 Nov 2011, terpegun dengan keindahan alam ciptaan-NYA, langit membiru, awan memutih, langit seakan-akan kelihatan seperti terbelah 2 di ikuti dengan cahaya matahari disebalik awan, Ya Allah sungguh indah pemandangan petang itu, begitu menginsafi diri.
Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya untukmu Ya Allah
Salam Maal Hijrah dari kami ^_^ (macam cantik je…macam comel jeeeee)
*Entry ini pernah di terbitkan pada 26 Nov 2012 & 14 Nov 2013, dan kini saya edit dan republish semula untuk rujakan bersama.
Salam maaf hijrah ….
semoga dapat beramal bersama Tq
subhanallah, cantik gambar tu. salam maal hijrah buat k yan, suami dan sekeluarga juga.
Cepatnya masa berlalu, dah masuk tahun baru hijrah rupanya.. 🙂
fuhh..gambar. macam kena belah aje.
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Berhijrahlah ke arah kebaikan. Semoga keluarga Kan Yanmie berada dlm keadaan sihat sejahtera dan memberi rezeki yg melimpah ruah.
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Berhijrahlah ke arah kebaikan. Semoga Kk Yanmie berada dlm lindungi Allah Taala. Insha Allah.
Salam Maal Hijrah. Semoga tahun ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya…
selamat menyambut maal hijrah 1435
semoga diberkati dan dirahmati 🙂
Salam Maal Hijrah kak yan. semoga dapat amalkan bersama.
In shaa Allah akan amalkan doa ini.
salam maal hijrah..
gambar tu mmg cantik!