Assalammualaikum, semalam lagi nak up entry ni, tapi Baby Irfan tak bagi peluang ibu nak online hahaha, sabar jelah, ok saya nak share Gambar Dan Video Dari Smartphone Lenovo S920, kualiti gambar dan video dari Smartphone Lenovo S920 ni jauh lebih baik dari iPhone 4S saya. Betul serius tak tipu!.
Gambar tanpa sebarang editing, saya cuma resize sahaja.
Baru-baru ni kami jalan-jalan ke Genting Highland, bergaya sekali dengan Smartphone Lenovo S920, hehee puas hati betul snap gambar, rekod video, live blogging, fb, instagram…haissshhh puas sungguhlah heheeee, bateri Lenovo ni best, boleh tahan hampir sehari, saya dah ler heavy usage, kalau phone lain gamaknye kena bawa powerbank. pasal bateri nanti kita citer, nak citer pasal gambar dan video je dulu kikiki, syiok~
Cable car, gambar yang sharp!, erm..cuma cermin cable car ni kelabu asap jadi macam kurang pencahayaan
Gambar dari jauuuuuuuuuuhhhhhhh…terangkan??
Baby Irfan kelakar pulak pakai seluar jeans hahaha
Ok gambar outdor tak banyak sebab hujan renyai, takut Baby Irfan dan abang-abangnya demam nanti, so jooommm tengok gambar indoor pulak, tempat gelap-gelap sikit ni.
Gambar indoor, serius jauh lebih baik dari iphone 4s punya kualiti gambar indoor, sebabnya gambar cun dan tak noise, kalau snap dari iphone 4s saya ni nangis jelah sebab gambar indoor macam ni biasanya tak cun, gambar noise, lainlah kalau iphone 5s kan? heheheee…
Kereta Rusa tengah bergerak di atas, gambar sharp dan terang!, puas hati!
Sejujurnya saya tidak suka ambil gambar di bawah cahaya lampu lagi kat tempat macam ni sebab tak reti nak ambil gambar yang cun, mungkin sebab itu juga saya jarang bawa DSLR saya bila time malam ataupun ada function-function kat tempat gelap ni, sebab tak reti nak guna hehee, tapi dengan Smartphone Lenovo S920 ni memang terbaiklah, gambar tempat gelap macam ni pun boleh terang, tak noise pun, terbaiklah!
Gambar semua setting dalam Auto mood, boleh je kita setting manual, tapi saya malas, suka lagi auto sebab auto pun gambar dah cun heheee.
Ok layan Video pulakkkkk!!!, perghhh serius mantap!!, tengok sendiri video ni!
Saya rekod video ni dari jarak jauh, kualiti video masih lagi cun, ton warna yang menarik, sharp, terang benderang di tempat yang agak kurang pencahayaan macam ni. Serius puas hati.
So apa pendapat korang tentang Gambar Dan Video Dari Smartphone Lenovo S920? jom kongsikan bersama saya, nak juga tahu pendapat dari korang, macehhhhh ^_^
Eheemmm..,selfie dengan Smartphone Lenovo S920 hihihi
– Semua gambar dan video adalah ASLI, tanpa sebarang Editing, saya cuma resize gambar sahaja!
wahh..tergoda habis..
sekarang sy memang tengah survey hp baru heh
Lenovo S920… apa beza 1.2GHz Quad Core MTK 6589 Processor dengan Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7??
Saya nak beli S920 tapi spec dua tu berbeza… mana yg better yer??
ok i will get it.. !! sbb kan video dan kamera je..!! BEST !
Thx sbb review: :*
saya ada geng nampak nya..
saya jugak baru dapatkan lenovo s920 ni..
tak byk org buat review pasal fon ni, siapa terawal , senang la ada kat first page google.
hasil ceprretan dari dari Smartphone Lenovo S920 ni bagus sekali, jadi pengen beli …
bila tgk gambar, nmapk yg kamera phone ni sangat baik, jelas dan tajam
serius kualiti video HD dan gambar telefon ni memang superb sekali..
sangat rekemen pada mereka yang nak merasa smartphone pada harga berbaloi dengan kualiti kamera yang terbaik.. 🙂
Kameranya berapa MP ek kak.
Kamera iPhone memang ada masalah. Versi makin cantik, tetapi kamera masih sama je…
Salam.
Memang menarik gambar dan video terang dan jelas. Kalau terang macam ni, tak payahlah usung dslr sbb kita ni bukannya jurufoto professional. Dslr pun main mood auto je, hehehe.
Salam…sgt infiosharing…saya guna lenovo s890…tapi gambar x cantik…saya beli sebab harga yg murah dapat spec yg tinggi..tapi tulah gamba x cantik..akak beli berapa rm? Sya beli dlm 760++ mcm tu di pc depot..harap dapat share harga nya,tempat belu dan spec…. :)….thanks
cantik-cantiklah gambar tu. best lah batteri boleh tahan lama walaupun pakai maksima.
wah..mmg cantik gambar2 tu.. dh mcm guna dslr kan, sharp plak tu..
Yep gambar-gambar cantik, kalau kamera lain biasa saya snap gambar banyak gambar blur heheee
Cantik gambar dia.. Nak belilah phone Lenovo S920..
Banyak function kat kamera ni, boleh setting macam-macam, tapi gambar semua kat atas ni semuanya mode auto. cantik kan??, agaknya kalau main dengan setting tu lagi cantik kot.
Ehemmm…beli untuk sue ke? untungnyaaaa 😀