Assalammualaikum, sedar tak sedar dah 7 tahun dalam dunia blogging, dan alhamdulillah dah boleh menjana pendapatan online, terutamanya pendapatan dari Bisnes Online Pilihan saya iaitu dengan menyediakan perkhidmatan Advertorial di blog ini, syukur. dan bila dah set target untuk bisnes online ini, banyak sebenarnya yang perlu diambil kira untuk kekal mendapat pendapatan online ni. dan sudah semestinya juga saya sendiri punya Income Impian Dari Bisnes Online ni ^_^
Antara income dari Bisnes Online
Sejujurnya tidak pernah terfikir akan mendapat pendapatan online dari blog ini, semuanya bermula dari usaha yang keras dengan memantapkan trafik blog, membina jaringan, branding, dan tidak lupa bermain “Keywords”. dari semua ini datangnya advertiser yang berminat dengan blog kita, bila dah ada advertiser disitu bermulanya bisnes online pengiklanan ini.
Bila sebut tentang income dari bisnes online tentu sahaja setiap individu mempunyai targetnya yang tersendiri, saya sendiri punya target, dari 3 angka kepada 4 angka, alhamdulillah hanya dengan bisnes online menyediakan perkhidmatan pengiklanan diblog ini, saya mampu menjana 1 iklan dengan 4 angka, serius seronok sangat!. ermmm bila dah capai 4 angkat untuk 1 job, nak target pulak 5 angka..agaknya boleh ke tak ye? hahahahaa, macam tinggi sangat tu…tapi didunia ini tidak ada yang mustahil kan? tapi untuk kearah itu macam masih jaaaauuuuuhhhhhhhhh sangat lagi. Apa pun bersyukur dengan rezeki yang ALLAH berikan ini.
Saya pernah mendapat income hasil pengiklanan dari blog ini seperti dari advertiser yang terkemuka, yang rata-rata orang kenal dengan jenama ini, antaranya :-
- Dulux Malaysia
- Susu Dutchlady
- Hyundai
- Mitsubishi Electric
- Sharp
- Mofaz (More Life)
- Sengheng
- Nile
- Beras Jasmine
- Toshiba
- Vibrace Kagel Device
- Serverfreak
- Liposonix
- Ephyra
Dan banyak lagi, boleh tengok di ruangan Advertorial
Rata-rata income yang saya perolehi begitu lumayan, alhamdulillah. Siapa sangka hanya duduk dirumah sahaja duit masuk dengan lumayan. Ok serius tak pernah terfikir boleh pergi sejauh ini!. Mujur juga saya punya suami yang sangat memahami dan sangat supportif ^_^
Kadang-kadang Bisnes Online ini juga memerlukan kita untuk berjumpa dengan Advertiser, hadiri majlis mereka dan kenali perkhidmatan yang mereka sediakan. dengan itu penulisan lebih jelas berbanding hanya menulis semata-mata tanpa mendapat penjelasan atau mencuba produk itu sendiri sebelum menulis di blog, yelah kita nak sampaikan sesuatu kenalah betul dan tepat, taknak ada readers yang rasa tertipu.
Dan yeeeee bukan semua iklan saya terima, saya juga menapis iklan-iklan lain, saya lebih menjaga readers, kepercayaan itu penting, jika saya rasa iklan tersebut tidak sesuai untuk saya terima, saya tidakkan terima!, insyaALLAH rezeki lain ada. saya tidak mahu readers saya berasa tertipu.
erm..maaf terpaksa sensor sebab T&C Innity tidak membenarkan ianya dipaparkan.
ehemmm….ini bukan bisnes online, ini adalah income dari Iklan Innity..tapi angka inilah yang jadi pembakar semangat saya untuk terus mantapkan penulisan dan trafik blog agar boleh dapat lagi berganda-ganda-ganda-ganda….heheee.
Hasil dari Bisnes Online Advertorial juga saya menang contest, hadiah peti ais L4Grande 4 Pintu, peti ais ala Perancis bernilai RM5499.00, boleh baca di SINI
Nak tahu, setiap bulan saya bayar duit loan study menggunakan income dari blog ini, ok kagum sekejap hihihi, begitu juga setiap kali mendapat bayaran dari advertiser/payment iklan masuk, saya akan menabung sedikit untuk akaun SSPN dan Akaun ASB anak-anak-anak saya, alhamdulillah (suami menyimpan untuk anak3, saya pun buat yang sama). Dan dari income bisnes online ini juga saya “menyumbang” (tak eloklah mention, derma kena ikhlas). Apa pun semuanya alhamdulillah syukur atas rezeki yang ALLAH SWT berikan.
Ada banyak lagi yang saya ingin kongsikan, tapi macam dah panjang sangat pulak, Puan Salwa kata nak 400 patah perkataan aje heheee.
Kesimpulannya Income Yang YanMie Impikan Dari Bisnes Online dah pun tercapai iaitu dengan menjana pendapatan 4 angka dari 1 iklan, alhamdulillah.
Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.
– Nasib dah berhenti menaip..rugilah..korang tak dapat tengok income adsense heheee
Malaysia Tercinta Blog penuh dengan informasi, panduan dan maklumat terkini mengenai pendidikan, sukan, agama, semakan permohonan dan keputusan online di Malaysia.
http://layandrama.co/
ya allah..bangganya saya dengan kejayaan sis….tahniah sis..semoga capai income dpt 5 angka atau lebih..aminn
kak yannn… pingsan makkk tgk angka2 innity itu.. jauhnyeee beza… tahniah2
Wahhh…bangga dapat mengenali seorang blogger wanita yang berjaya dalam bisnes online. Semoga akak sentiasa sukses di masa hadapan..
Tahniah!!!
seronok baca entri ni…hari tu dtg via phone tak puas nak komen
usaha gigih kerja keras secara ‘smart’ mmg akan buahkan hasil yang lumayan
saya masih berharap juga dengan innity ni..
itu sudah 5 angka…
semoga kak yan sukses untuk task kedua kontes ni.
saya pun sedang cuba ke arah bisnes online. Kak Yan menjadi sumber inspirasi saya
masyukkkk kakyan…leh belanje…hehehehe…
ini dah dikira otai advertorial nih… tahniah, bukan semua blogger boleh buat duit online, seperti saya… rasanya kena ambil jadi mentor nih..
Yanmie sudah dikategori seorang yang berjaya menghasilkan pendapat melalui pengiklanan.
Assalamualaikum…wowww…org pertama mungkin yg dah publish tajuk ini untuk contest iphone 5S. Tahniah buat Kak Yanmie yang impian tu dah ada yang telah direalisasikan. Moga terus mendapat rezeki melimpah ruah lagi.
Wah….tahniah di atas rezeki anda…..
masyuk…income adsense tu yg sy nk sgt tengok……
syukran syukran syukran
masyukkkkk tu yan
pergghh…nak jugak……. bila la boleh dpt 4 angka utk satu iklan tuh…. tahniah ye kak.. mampu tengok je la cek tu….
tumpang seronok melihat kehebatan Kak Yan , terbaik…
Tahniah.. Kak Yanmie memang sepor power Mum… In Shaa Allah sekiranya ada rezeki, ingin mengikut jejak Kak Yanmie satu hari nanti…
tahniah..mmg best dan hebat dpt buat income camtu..terima kasih sudi share.
Alhamdulillah… ini la kejayaan usahanita mcm akak.. 😀
Kak Yanmie adalah salah seorang idola dalam dunia blogging saya, itu pasti #seriustaktipu.
Sedang berusaha nak hasilkan pendapatan yang meriah dari blog dan bisnes online yang ada.
tahniah cikyanmie, memula “terjebak” dengan dunia blog ni, memang tak percaya. tapi bila tengok dan baca ramai blogger yang dah berjaya capai seperti cikyanmie, saya rasa tiada yang mustahil jika kita berusaha dan merancang untuk mendapat yang sama seperti cikyanmie:) Gud job dan teruskan usaha cemerlang anda..:)
wah..rm14 ribu tuu..banyak tu..
tahniah Yan..siapa kata duduk di rumah tak boleh buat duit, kan?
moga Yan terus dimurahkan rezeki & jadi idola blogger lain untuk terus menulis 🙂
Subhnallah.
Hebat sis. Tak sampai 4 jam dah siap entry.
Kalau sis nak panjangkan lagi entry pun boleh. Saya seronok dan teruja baca.Boleh jadi panduan dan motivasi untuk mereka yang baru nak jadi Internet Marketer ni.
InsyaAllah, kalau ada yang google tentang online bisnes, entry sis yang keluar.
Tahniah 🙂