Asslammualaikum, Johor Cuti Jumaat Dan Sabtu Bagi Cuti Hujung Minggu, sebenarnya sebelum ini dah ada rakan yang share tentang perkara ini, tetapi saya tidak berani mengulas sebab benda sulit kan, terdahulu juga timbul kekecohan berikutan tersebarnya Dokumen Sulit Negeri Johor, maklumlah sekarang ni ada je yang nak mendahului apa-apa perkara pun, dunia dihujung jari bak kata orang. bila dah terlalu ghairah gitulah sampai lupa perkara tersebut sulit ataupun tidak.
Yang pastinya sekarang terjawab sudah tentang pertukaran cuti hujung minggu bagi negeri Johor, Cuti Hujung Minggu Johor Di Tukar Hari Jumaat Dan Sabtu.
Pic : Johordt.gov.my
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Iskandar telah menitahkan cuti hujung minggu bagi Negeri Johor di tukar kepada hari Jumaat dan Sabtu, pertukaran ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 nanti. Keputusan ini juga dibuat ekoran bagi memudahkan umat islam dapat menunaikan solat Jumaat dengan tenang.
Buat masa ini negeri yang bercuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu adalah negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, dan terkini Johor.
Selangor bila pulak agaknya?? cuti jumaat ok sikit, boleh anak-anak solat jumaat bersama ayah diorang, saya memang sokong kalau hari jumaat cuti di selangor ni kikiki.
Orang kerajaan je cuti jumaat sabtu. rakyat kerja swasta bagaimana. kenapa tak mandatori je cuti jumaat sabtu. harus. kan dah payah kami kerja swasta. kerja isnin sampai sabtu,ahad anak pula sekolah.bila kala ada masa berkualiti dengan anak anak ?
Sokong sangat-sangat cuti hari Jumaat. Umat Islam pun boleh fokus untuk menunaikan ibadat pada hari jumaat. Taklah jadi kelam kabut disebabkan kerja.
saya memang sokong sangat kalau jumaat cuti..tak ganggu waktu solat jumaat 🙂
dah ada pengalaman lam dulu cuti macam ni, agak dah biasa. cuma 3 anak-anak sekolah kat Johor nak kena selaraskan sikit waktu melawat nanti ni…
Cuti Jumaat n sabtu ni lg best kalau sekata semua negeri tak kira untuk pekerja swasta atau kerajaan… bukan hanya negeri tertentu saja… sbb bila cuti bertindih dikalangan ahli keluarga, hari yg betul2 rasa bercuti sabtu saja…
tahun depan zie akan rasa mcm tu la sbb alya dh mula sekolah, cuti hujung minggu jumaat n sabtu… cik abg plak cuti sabtu ahad… duk pikir jgk, selama ni kami balik kg hujung minggu hari sabtu n ahad..nanti dh sekolah kena pusing2 hari nk balik kg..
tp yg bestnya, selain yg cuti jumaat sabtu tu boleh kerjakan solat jumaat dgn tenang, yg cuti sabtu ahad boleh buat urusan di pejabat pd hari ahad,…x yah minta2 cuti…
tahniah, best oo cuti jumaat
Tahniah orang-orang Johor…
tahniah johor.. selesa skit nak pegi solat jumaat.. hehe
orang johor mesti gembira nih. yang tak berapa gembira, pandai-pandailah biasakan diri ek..
ada juga kawan aku yg x gembira, katanya x best sebb cuti jadi pendek
lepas ni kena mindset di johor cuti jumaat dan sabtu..takut lupa plak nanti.
Negara Islam sepatutnya cuti pada hari jumaat
Nampaknya lepas kena plan lain la kalau nak bercuti kat JB nie… tapi bukanlah masalah besar kan
Wah negeri kelahiran dah cuti jumaat & sabtu.. so lepas ni kalau balik kampung boleh la buat urusan pejabat hari ahad.
Tahniah buat rakyat negeri Johor. .. tentu mereka gembira mendengar berita tersebut. .