Assalammualaikum, alhamdulillah dah sebulan lebih kot kalau tak silap saya guna Smartphone Lenovo S920 ni, jatuh hati pun ada dengan Smartphone Lenovo ni, Kenapa Saya Suka Smartphone Lenovo S920? sudah tentunya ianya lain dari smartphone saya sebelum ini.
Ciri-ciri pintar yang terdapat pada Smartphone Lenovo S920 membuatkan aktiviti online saya berjalan dengan lancar, kalau tak on laptop pun tak berapa nak risau sebab still boleh online dengan puas.
Paparan Skrin IPS yang besar 5.3″
Mana tidak puasnya, paparan skrin besar tuuuu, blog pun exactly macam buka dari laptop, memang puas hatilah, main game candy crush pun puas hahhaa…opss saya dah level 339 hehee. Tambahan pulak 1280 x 720 Paparan Video HD, untuk kualiti video dari Smartphone Lenovo S920 boleh baca entry saya “gambar dan video dari Smartphone Lenovo S920“
Nipis Dan Bergaya
Nipis dan ringan, senang dibawa kemana-mana, letak dalam poket pun selesa. Berat phone ni cuma 159gr aje, ringankan?
Android 4.2 & Quad Core Processing
Alhamdulillah sepanjang menggunakan Smartphone Lenovo S920 ni, pengunaan sangatlah lancar, super power gitu. dengan Android 4.2 dan Quad Core Processing membuatkan ianya lancar samada semasa melayari internet, bermain game mahupun menonton video. terbaiklah!
Kamera 8MP Dan Perisian Smart Kamera
Saya kalau nak beli handphone ke mesti benda pertama saya nak tahu adalah spesifikasi kamera, untuk kamera Smartphone Lenovo S920 ini, kameranya bersaiz 8MP dan siap dengan perisian smart kamera, gambar dari smartphone ni pun cantik-cantik gitu. ermmm tapi kamera depan cuma 2MP.
Ini antara gambar terbaik yang saya dapat hasilkan dari Kamera Smartphone Lenovo S920 ni, dengan setting Mood HDR, Gambar Dari Smartphone Macam Dari DSLR kan??. Banyak lagi fungsi yang terdapat dalam Kamera ni, antaranya auto focus, LED Flash, Auto Exposer, Auto Face “make up” effect, Smile Corecction..eeee banyak lagilah!
Bateri Tahan Lama
Sejujurnya sepanjang saya menggunakan Smartphone Lenovo S920 ini, masalah bateri tidak menjadi masalah, kerana bateri Lenovo S920 sangatlah tahan lama dengan Li-Ion 2250 mAh, 2G boleh tahan sehari, 3G boleh tahan sehingga 12 jam dan lebih. tapi kena buat setting sedikit macam di bawah ini.
Estimate power, boleh pilih setting yang korang nak untuk jimatkan penggunaan bateri, saya suka fungsi ini, sekiranya handphone tidak digunakan, secara automatik internet di offkan, bila nak guna internet slidekan aje pada menu shortcut pada phone tersebut, memang senang nak guna, phone ni user friendly.
Ini antara menu yang kita nak on offkan bagi menjimatkan penggunaan bateri. ada 3 jenis menu pilihan sebenarnya, saya menggunakan untuk coustomize sendiri.
Dual Band
Sekarang ini saya tak perlu lagi nak bawa 2 handphone, lebih mudah dengan Smartphone Lenovo S920 ini kerana ianya merupakan Smartphone Dual band.
Paling bestnya, boleh guna 2 nombor dalam masa yang sama, pendek kata kedua-dua nombor tersebut dalam mood aktif, bukan kita pilih nak aktifkan no yang mana, yang ni SERENTAK AKTIF!. bestkan??, Oh ye Smartphone Lenovo S920 ini juga mempunya slot Micro SD
Kannnn kedua-dua nombor saya dalam mood aktif.
Macam mana nak call kalau ada 2 simkad? caranya mudah sahaja, cari contact dan tekan Dial, semasa tekan dial tu dia akan tanya nak call guna nombor yang mana 1, senangkan??, tak pening kepala nak memikir ihihihi.
Ini pulak tetapan data internet, pilih nombor mana yang korang nak guna untuk internet, dengan ini takdelah masalah duit ditelan tanpa menggunakan no yang lagi satu, ni setting sesiap. so boleh online dengan aman gitu, serius saya suka menu ni ^_^
Pilihan Unlock
Terdapat banyak jenis pilihan untuk lock/unlock Smartphone Lenovo S920 ni, saya memilih untuk menggunakan Pattern sahaja, sebabnya saya ni jenis pelupa hehee.
Pilihan kekunci Skrin
Jadi tak boleh nak guna nombor ataupun suara, suara kena sama, kang tetiba sakit tekak tak boleh nak unlock phone tu hehee.
Canggih kannn???
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan, untuk keterangan lanjut tentang Smartphone Lenovo S920 ini, boleh layari laman dibawah :-
- Lenovo S920 Webpage http://shopap.lenovo.com/my/en/smartphones/s-series/s920/index.html
- Lenovo Contact Details http://www.lenovo.com/contact/my/en/
- Lenovo Smartphone Partners http://lnv.gy/13AEPtJ
- Lenovo Smartphone Service Centres http://lnv.gy/1acQn5j
- Lenovo Malaysia Twitter https://twitter.com/Lenovo_MY
- Lenovo Malaysia Facebook https://www.facebook.com/LenovoMY
– Puas Hati 😀
Lenovo ni mampu milik. Saya antara penggunanya…
New post – Cerita Selepas 2 Tahun Bersama Lenovo S920
Sis saya xblh nk download fb…sbb dlm nie ada fb sedia ada mcm mana nk pdam sbb xblh nk bukak ….sya nk download dri lpay store xblh…..pls help meee
macam mana nk play video dari facebook?
Salam sis nk tny, cmne nk wat ya bila nk trnsfer data ke lappy dh xboley.. xkuar dah yg pop out tu cam slme ni. TQ
kak sy tak tau camne nak save gamba,,minta tlg ajar
wah canggih sekali,, Lenovo is the best 🙂
saya suka lenovo..
macam mna nk setting batery 2 saya cari xjumpa pon
akak yg battery estimate power tu dh ada dlm phone atau application ? klau application boleh bg tau apps yg mna tu ?
eh sorry tertulis kat sini
x jumpa nk post kt mna
Salam kak..saya baru guna lenovo 920 ni dlm sminggu,yg lain smua sya puas hati laa..tp yg sya plik tu knapa tang radio tu x leh dpt siaran lansung..da psng handsfree pun x dpt gak..caner ye kak ???
Assalammualaikum…why compass not supported in my lenovo s920???
nak tny , phone ni boleh buat tethering tak?
Assalam, Boleh tak tunjukkan cara nak transfer gambar & video ke pc. tqvm
nset ade masalah ter up date skang dah jadi tulisan china tolong!!!!!!!!
assalamualaikum Kak . Knpe nk download camera 360 x bleh???
salam kak. kita plan nk bli lenovo s920. so far dh berapa bulan akk pakai ok x? boleh ke apps dipindahkn ke external sd card? tq sis
sis…nak mintak bntuan…semalam baru beli s920…tapi xboleh buat video call kenapa eh…line 3g ada…tapi bila call dia tulis ‘video call cannot be setup’
Bagaimana cara hendak install application jika tidak support. Boleh terangkan apa problemnya?
Hanya pergi ke google playstore dan download aplikasi yang anda inginkan..sebelum tu boleh saya tahu apa maksud saudari tentang aplikasi tidak support tersebut??
salam akak..kenpa sy nk download tp xleh bukak..knp knp
Waalaikumsalam. download apa ye? dokumen ke? kalau dokumen awak kena install apps Kingsoft Office. harap dapat membantu 🙂
Setting ms exchange dalam Lenovo s920. Sudah sebulan saya tak boleh set msexchange. E-mel guna pop3 ok, tetapi e-mel nak guna msexchange tak boleh. Ini menyebabkan kalender saya tidak berfungsi. Ada cadangan jalan penyelesaian
Cadangan cuba logout akaun email yang sync dengan telefon tersebut. dan kemudian add akaun semula. harap dapat membantu 🙂
Hai sis, leh tahu x cara mudah nk print scree guna phone ni. Jazakallah
Hi, nak buat screen capture hanya perlu tekan button power on/off serentak bersama dengan button volume 🙂
Maaf bertanya. Baru pakai fon no. Bagaimana cara nya kita nak save image yang kita tengok? Puas mencuba tetapi tidak berjaya..
ini antara best phone of lenovo ….kerana ia murah and screen cantik ….lagi dia sangat nipis ….
anyone want buy lenovo s920 boleh hubungi saya….ada jual kat lelong atau website saya pun ada jual
http://www.handphonemalaysia.com/lenovo-s920.html
cakap dari sikit ada free gift dan special price ya…thx
realy love ur excited to tell the storyy 🙂
keep it up akk..
one quest.. cepat panas x hepon ni..???
Tak dik, biasa aje jangan risau 🙂
sy gne p780 dari ari rabu mlm cas penuh smpi saat ini xabis2 lg
Gambar malam atau kurang cahaya mcm mana.dgr ckp x bpa cantik.bole bg komen?
Pandai betullah kak yan tulis…rasa macam laa ni jugak nak gi beli…huhu
gambar tu mmg cantiklah
kenalah beli satu kalau macam tu hehee
sukenyee kamera 8MP tu… pueh ati. tang kenipisan pun menarik hati
besarnya handsetttt.
Skrin besar dan kamera pun bagus…hmm
macam best pulak tengok Lenovo nih…
Ada rakan sekerja saya pakai Smartphone Linovo ni.. Memang menarik… Antara ciri-ciri yang saya suka dekat Smartphone ini ialah sebab baterinya tahan lama dan boleh scan surat atau dokumen dengan menggunakan aplikasi Camera… Tetapi hasilnya sama macam kita guna mesin Scanner sebenar… Memang terbaik… Sekarang ni kalau nak scan apa-apa saya akan pinjam smartphone rakan saya.. hehehe.. muka tak malu… Maklumlah nak beli belum mampu lagi… Lagipun Smartphone HTC saya masih elok lagi… 😉
harganya mampu milik ker?
harga dia murah je.. x silap dalam RM 600-1000 bergantung kedai 🙂
jom p beli!!!
wah…memang canggih nie…
Design yang cun. Lenovo sebelum ni dikenali sebagai pembuat laptop berdesign ‘hodoh’ tapi tahan lasak. Sesuatu yang menarik bila melihat design yang kemas dan menarik pada smartphone keluarannya ni.
Dari segi spesifikasi memang mantap. Harap iPhone tidak dilupakan. 🙂
Kalau guna untuk kebaikan gadjet ni kan bagus.
Tapi kalau nak tegur orang pakai twitter tu kurang bijak.
Maaf tak faham apa maksud komen ni. saya kurang aktif di twitter, jadi agak ketinggalan sedikit hal2 di timeline.
Phone canggih ke tak kalau diguna dengan baik insyaALLAH ianya memberi faedah.
takde ape. saje perli kes artis nak tegur menteri kat twitter 😉
wah..dual sim ye..bagus sangat dah tu..skrin besar lagi. ni yang tergoda ni.
Rata-rata orang sekarang ada 2 nombor, 2 handphone, jadi nak mudah guna smartphone dual band macam ni, lagi mudah, tak perlu bawa 2 phone dah 🙂