Assalammualaikum, hari ini kita akan ketahui Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, setelah 12 hari berkempen dan dijangka seramai 27,222 pemilih akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka yang baru?, adakah calon BN iaitu Ahmad Sohaimi Lazim ataupun dari Calon PAS iaitu Mohd Azam Samat dalam pertandingan 1 lawan 1.
Kesemua 58 Saluran di 17 Pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi tadi dan akan ditutup pada pukul 5 petang nanti, Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan ekoran penyandangnya sebelum ini, Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia pada 26 September yang lalu.
Keputusan Rasmi PRK DUN Sungai Limau, PAS menang dan kekal memerintah di DUN tersebut dengan majoriti undian 1,084 iaitu calon PAS Mohd Azam Samat memperoleh 12,069 undian, manakala calon BN Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh 10,985 undian.
tahniah buat calon PAS, Mohd Azam Samat, semoga dapat jalankan tanggungjawab denga baik nanti.
Denaihati recently posted..Peluang untuk menangi RM40,000 dengan kontes mudah
Semoga pilihanraya ini bersih dan adil sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
keputusan yang mendebarkan setelah ada berlaku kontroversi..
Mus recently posted..Video Time-Lapse Pertama Dengan Lapse It Pro
x sabar nak tau keputusan nih, hehehe
Juan recently posted..Malaysia Credit Card Benefit Comparison Online