Rezeki Yang Tidak Disangka Dapat Set Bersalin Premium Shaklee

Assalammualaikum, Rezeki Yang Tidak Disangka Dapat Set Bersalin Premium Shaklee dari Puan Salwa di Superibu.com, syukur alhamdulillah semoga rezeki beliau melipah ruah, amin…alhamdulillah suka sangat, dah lama aim produk ni hihihi.

set bersalin shaklee

Set Bersalin Premium Shaklee, serba serbi ada. Ya ALLAH murahnya hati Puan Salwa, terharu dan bersyukur sangat. semasa saya bersalinkan Baby Irfan dulu, saya tidak mengambil set bersalin, sebab saya bersalin secara pembedahan, set bersalin yang saya beli sebelum ini saya jual sebab agak leceh untuk digunakan untuk ibu bersalin secara pembedahan macam saya ni. Kalau Set Bersalin Shaklee yang ini insyaALLAH ianya sesuai untuk ibu yang bersalin normal mahupun secara pembedahan.

Banyak testimoni positif dari pengguna Set Bersalin Shaklee ini, rata-rata ramai rakan saya yang menggunakan dan menjual produk ini, kalau buka facebook sana sini orang bercerita tentang kehebatan produk ini. insyaALLAH saya akan gunakannya untuk bakal baby akan datang nanti kikiki….tunggguuuuu yeee!!, expired pun lambat lagi ni.

Ermmm tapi rasanya macam nak makan dulu Lecithin, Alfalfa dan juga ESP heheee

alfalfa shaklee

Membantu penghasilan susu ibu (milk booster), Baby Irfan masih menyusu susu ibu ^_^

esp shaklee

Juga membantu penghasilan susu ibu

lechitin

Membantu membuang lemak iaitu dengan menukarkan lemak kepada tenaga ^-^

Dan sebenarnya banyak lagi khasiat yang terkadung dalamnya, alhamdulillah suka sangat ni. bertuah dan beruntung rasanya, inilah yang dikatakan Rezeki Yang Tidak Disangka.

Tidak pernah menyangka, entry saya Set Bersalin Shaklee Untuk Berpantang Nanti mendapat perhatian dari Puan Salwa, terima kasih sangat. Inilah yang dikatakan bila kita menulis dengan ikhlas, insyaALLAH ada sesuatu yang baik disebaliknya. Alhamdulillah, serius tak sangka sangat dapat hadiah yang SUPER HEBAT ini. ehemmm sebenarnyakan..tak sangka juga entry saya berada di 1st Page Google Malaysia untuk keywords “Set Bersalin Shaklee Untuk Berpantang“, keywords ni banyak saingan wuuuu~

pengedar shaklee malaysia

Bagi rakan-rakan yang ingin mendapatkan produk ini, bolehlah menghubungi Puan Salwa seperti biz kad yang tertera diatas, ataupun boleh terus ke blog beliau di Vitamin Ibu, merupakan pengedar shaklee Malaysia Pakar Set Bersalin Shaklee.

– Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka ^_^

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 thoughts on “Rezeki Yang Tidak Disangka Dapat Set Bersalin Premium Shaklee”

  1. Ini memang produk yang terbaik di pasaran.. sbb Aya suka dgn produk Shaklee.. Aya sendiri dah menjadi pengedar Shaklee yang sah.. hehehe

  2. bestnyaa kak..
    ESP tu best.. leh minum sekarang untuk kulit cantik, putih gebu , bertenanga dan berkhasiat gitewww.. heee

Leave a Reply

Your email address will not be published.