Assalammualaikum, ehemmm kita baru je lepas Shopping Online Di Sea Taobao, beli baju dan mainan untuk baby Irfan, rambang mata tak boleh tahan jadinya nengok barang baby ni, best pulak shopping Online di Sea Taobao tu, banyak pilihan barang dan murah-murah pulak tu.

Nak RMB500? saya dan Sea Taobao nak bagi ni, (RMB500 untuk 3 orang, setiap seorang menerima RMB500), baca entry ni sampai habis ok ^_^

sea taobao

http://sea.taobao.com/

Actually web Sea Taobao ni dalam bahasa Cina, tapi jangan risau sebab boleh guna traslator, boleh translate pelbagai jenis bahasa. takpe saya tunjuk step-stepnya supaya mudah untuk anda membeli belah di Sea Taobao nanti.

taobao

Mula-mula anda create akaun dulu, gambar atas ni untuk login/sign up, dah setel yang tu boleh lah anda mula cari barang yang anda berkenan tu.

shopping online di sea taobao

Beli mainan Fisher Price untuk baby Irfan

shopping online di sea taobao

Total barang yang saya shopping untuk baby Irfan, kira hadiah Birthday lah ni untuk dia hehee, urusan jual beli dari Sea Taobao ini menggunakan nilai Watawang China Renminbi (RMB), jangan risau bayar je guna kad kredit hihihi abis cerita, tapi untuk ini saya guna kaedah Paypal Shopping Card Alipay.

Dah setel pilih barang, masuk ke cart, dan tick barang yang anda nak beli tu untuk proses pembayaran.

Shopping Online Di Sea Taobao

Klik kotak hijau (New) untuk memilih syarikat ejen penghantaran anda. Setelah itu akan keluar 1 pop out untuk anda masukkan alamat untuk penghantaran, pilih oversea untuk penghantaran ke Malaysia, dan isi ruangan yang disediakan, dan untuk pengetahuan anda, sekiranya button hijau diatas tidak boleh diklik, apa yang perlu anda buat, tukar bahasa ke original sahaja dan langkah seterusnya setelah itu barulah anda boleh memilih ejen penghantaran yang anda inginkan.

shopping online di sea taobao

Ini Pop Out page yang tidak mempunyai Translator, tapi jangan risau!, sebab anda hanya perlu memilih ajen penghantaran, dan klik button oren untuk langkah seterusnya.

shopping online di sea taobao

Setelah selesai urusan pemilihan ejen penghantaran, step seterusnya untuk membuat pembayaran, anda akan dibawa ke 1 page baru seperti diatas dan pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan, ada menu untuk kredit kad tu!. saya guna Paypal Shopping Card Alipay.

payment sea taobao

Sekiranya tidak ada masalah, payment ada akan diproses dan traksaksi telah berjaya.

shopping online di sea taobao

Ini contoh antara beberapa barang yang saya beli

Setelah itu masuk semula ke Profile Sea.taobao.com anda dan klik pada “My Order” sekiranya button tersebut berwarna hijau, itu bermakna anda telah memilih ejen penghantaran anda, sekiranya tidak, apa yang perlu anda  lakukan hanya meminta untuk refund dan ulang semula pembelian anda. Saya menggunakan ejen penghantaran 4PX. melihatkan pada status diatas, barang ada yang dah dihantar dan ada yang masih lagi menanti untuk seller hantar ke warehouse.

Sekiranya barang yang kita beli tadi dah dihantar ke Warehouse, kita akan diberitahu berapakah pula caj penghantaran yang dikenakan dari ejen yang kita pilih tadi, dan selepas itu bolehlah kita membuat pembayaran caj penghantaran, untuk harga caj penghantaran boleh tengok kat bawah ni:-

forwarding fees calculator1

forwarding fees calculator

Hahhhhh tak mahal mana caj penghantarannya, murah juga untuk sekilo.

Dan bila semuanya dah selesai, anda hanya perlu tunggu barang sampai depan rumah hihihi, Ok ini 1st time saya shopping online luar dari Malaysia, excited juga nak tunggu barang sampai, nanti dah sampai kita cerita lain ye.

sea taobao contest

Sea Taobao Contest

Ok saya nak share dengan kengkawan, sekarang ni Sea Taobao ada buat Contest tau, boleh menang hadiah RMB10,000 tau!, banyak tu barang boleh beli!!, cepat join sebelum terlambat, masih ada masa lagi!

Opsss…tunggu!!!!!!

Dah tengok website Sea Taobao?? ada tak barang yang anda berkenan?, sebabnya saya dan Sea Taobao nak bagi RMB500 untuk 3 orang (RMB500 untuk setiap seorang).

Caranya mudah sahaja, hanya perlu Tinggalkan komen dibawah dan beritahu apa barang yang anda nak Sea Taobao berikan, dan beritahu kenapa nak barang tu?, sila tinggalkan komen berserta email ye, pemenang akan dihubungi melalui email, dan Contest ini akan tamat pada 5 Januari 2014 nanti.