Tercalon Top 5 Best Family & Health Blog Untuk Blogrrr Awards

Assalammualaikum, alhamdulillah Tercalon Top 5 Best Family & Health Blog Untuk Blogrr Awards, terkejut sangat sebab tak tahu apa-apa pasal ni, tetiba ada rakan di Facebook yang tag saya cakap tahniah, heheee. Terima kasih kepada insan-insan yang mencalonkan blog saya, serius terharu kejap hihihi

Best Family & Health Blog

Sejujurnya saya serik untuk turut serta dalam Awards yang memerlukan kita meraih undi, banyak kenagan pahit disebaliknya hahaha ok tak mau ingat!.

Yang ni saya langsung tidak mengetahuinya sehinggalah ada rakan Tag di FB, harapan menang? erm….sejujurnya terasa kerdil bila bersama blog-blog yang rasanya lagi ramai followers ni hahaha, takpelah..dah tercalon ni pun dah seronok sangat, itu tandanya ada yang minat kat blog ni hehee, macehhh yeee ^_^

Penjurian pula sepenuhnya oleh pihak Blogrrr dan bukannya melalui sistem vote, jadi bila penjurian seperti ini, kagum sekejap bila blog ni antara top 5 bagi kategori tersebut, bukan senang kita nak tarik minat dan kepercayaan juri Profesional ni (senyum).

InsyaALLAH besok saya akan berada disana untuk turut serta mengambil bahagian bagi memecahkan rekod Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia, Blogrrr. Sesiapa blogger yang free jom datang ramai-ramai ke MIECC , Mines pada 14 Dec 2013 ini, iaitu besok. acara berlangsung dari 9am-6pm.

– Sebenarnya tak sabar nak shopping di booth blogger hehee

Comments

  1. Waa..tahniah ye Kak Yan..saya hanya mampu bagi sokongan dari jauh je utk semua rakan2 blogger dan untuk majlis ni..semoga majlis akan berjalan dengan lancar nanti..harap2 akan ada berita baik utk Kak Yan di majlis tersebut..
    Good luck!

  2. Tahniah kak yan. Rasanya kak yan memang layak utk dicalonkan dan tak mustahil kak yan boleh menang esok…insyaAllah…

    sayang, tak dapat nak jumpe face to face ngn kak yan esok…hohoho…moga berjaya yer kak yan!

    p/s- saya rasa kecik sangat tapi dalam masa yg sama gembira dan terharu sangat sebab dapat ‘duduk sebaris’ dengan kak yan walaupun nyata sekali blog saya masih baru dan masih jauh perjalanannya…

  3. masih guna sistem vote rasanya untuk tersenarai dalam top 5. Sebab kena submit blog untuk nominate mana-mana blog yang kita suka. Tak semestinya nominate blog sendiri. Jadi, rasanya untuk jadi top 5, mesti ramai yang nominatekan blog ni.

    mungkin bab pemilihan pemenang nanti baru dipilih oleh pihak blogrrr atau juri.

    1. Ntahlah tak pasti, tapi apa yang saya baca dikomen fb mereka, katanya jumlah nominate bukan penentu blog tu di shortlistkan. ada juga baca komen salah seorang juri katanya mereka pilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan. tahlah…malas fikir 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.