Assalammualaikum, hujung minggu yang sangat best, semalam pergi jumpa supplier di Puchong, ambil stock untuk Butik Baby Ibu, lepas tu pergi Pejabat Pos Jusco, singgah lunch sekali, last ke NSK beli barang dapur.

image

Aksi makan Baby Irfan hihihi, dah pandai beraksi depan kamera kekekke, maklumlah Model Cilik Butik Baby Ibu kan hihi. Pandai dia asal halakan handphone ke dia mesti dia nak buat muka comel ekekekeke…macam comel jeee~

image

Ini pulak aktivi hari ni, duduk rumah saje coz adik ipar datang rumah, seronoklah Irfan jumpa dengan sepupunya. Riuh jugalah rumah ni dengan 2 orang budak kecik ni hihihi. Jenuh nak ambil gambar diorang, kejar sana sini tak mau duduk diam, Irfan lah macam baru terlepas dari kandang haahaaa.

image

Ini namanya dah terlepas, huiiii jenuh nak kejar budak-budak ni, terjerit-jerit juga panggil diorang suruh balik, sudahnya saya kejar diorang dari belakang, kalau tak mau 1 taman diorang tawaf kikikiki, tapi sekali sekala bagi diorang jalan-jalan di laman rumah pun ok juga. Cuma risau jelah anjing kat sini boleh tahan banyaknye huuuuu~

image

Ok nanti sambung, nak masuk maghrib dah. Sejak berbiz ni, tak sempat-sempat nak on laptop, ni pun gigih update dari phone kehkeh, nanti sambung, makasih sudi baca hekhekhek.