Sekolah Bersama

Assalammualaikum, alhamdulillah lega rasanya bila anak-anak bersekolah sama sesi ni. takdelah kelam kabut semacam. ni anak-anak sekolah agama dan sekolah rendah sama sesi. Tapi terkilan jugalah tak dapat hantar Haziq gi Orentasi sekolah hari tu, semua ayah diorang handle, sebab time tu Baby Irfan admit hospital.

image

Nasiblah suami boleh uruskan macam-macam, dari hal rumah hinggalah ke hal urusan sekolah anak-anak. Kadang-kadang tu mak-mak je terlebih risau hehhehe.

Hari pertama sekolah Haziq dah naik Van sekolah, bagus Haziq ni macam abangnya, very independent. Tak nak mak pak hantar, nak naik van sama dengan abang.

Mula tu risau jugalah nak biar dia sendiri, tapi saya dan suami yakin yang Haziq juga boleh berdikari macam abangnya.

Tapi hari ni, saya rasa macam tak boleh nak follow jadual van sekolah hahaha penat kejar masa. padahal masa ada banyak lagi, plus kesian sangat dengan anak-anak nampak letih sangat ikut jadual van sekolah tu. nak bernafas pun macam sesak je, gitu jugalah saya pun erm….

image

Hari ke 3 persekolahan saya dah mula bagi anak bekal makanan. sebab Haziq kat sekolah tak makan, bawa duit belanja balik rumah, sedihnya rasa hati bila tahu dia tak makan waktu rehat, dahlah waktu rehat tahun 1 dan tahun 2 tak sama, kalau sama ok sikit sebab boleh rehat dengan abangnya..tapi…tak sama waktu….

image

Jadi sebab itu juga saya sediakan bekal makanan untuk diorang. Aiman saya tak risau. Saya risau Haziq sebab dia seorang yang sangat…sangat…sangat…pemalu…

Tapi alhamdulillah sekarang ni nampak dia dah ada kawan menyembang disekolah. Aiman juga perhatikan Haziq dari jauh.

Apa pun lega sangat sebab anak-anak sekolah agama dan sekolah rendah sama sesi. Alhamdulillah mudah menyiapkan diorang ke sekolah.

– Tarik nafas dalam-dalam, penat kejar masa -..-“

~ Sent from my gadget

You Might Also Like

17 Replies to “Sekolah Bersama”

  1. Pretty section of content. I just stumbled upon your website and in accession capital to assert that
    I acquire in fact enjoyed account your blog posts.
    Any way I’ll be subscribing to your augment and even I
    achievement you access consistently fast.
    Sadie recently posted..SadieMy Profile

  2. bgtu la bila ada anak2 yg sdh bersekolah…chang2 n icha lmbt lg…tp chang2 pn mcm x sabar mau sekolah…nmpk anak jiran ramai2 g skolah, dia pun amik beg dia pastu suh mama or papa tlg pakaikan dkt belakang…dia tunjuk2 dkt jiran dpn rumah (sbb jiran dpn rumah bwk van sekolah, selalu nmpk budak sekolah dlm van tu)…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge