Berkaki Ayam Di Airport

Salam, baru-baru ni kami balik kampung, naik flight dari LCCT, ada cerita lucu masa nak masuk ke balai berlepas, ingatkan sensor tak berbunyi, sebab saya tak pakai pun tali pinggang besi ke or apa-apa aksesori yang bermotifkan besi. Handbag dan handphone macam biasa letak dalam bakul laluan scanner. So dengan confidentnya lalu kat bahagian pintu sensor Imigresen tu, sekali tit..tit..tit…sensor bunyi hahaha

yanmie selfie

Punyalah bergaya sekali berkaki ayam jap hahahaa

Tercari-cari juga, apakah yang membuatkan sensor tersebut berbunyi, nak kata tali pinggang suami tak mungkin sebab suami dah buka siap2 tali pinggangnya, sekali cek-cek sensor bunyi bila saya yang lalu.

Continue reading “Berkaki Ayam Di Airport”

Selfie Dengan Mama

Salam, baru-baru ni kami berkesempatan untuk balik ke kampung di Sandakan Sabah, banyak nak cerita ni, tapi tak tau nak mula dari mana, layan dulu gambar Selfie anak beranak ni muehehee.

selfie

Ok yang depan sekali tu adik bongsu, yang sebelah kiri tu kakak, yang tengah Mak dan yang sebelah kanan tu???…siapa tak kenal saje lah tu nak minta pengetuk hihihi.

Continue reading “Selfie Dengan Mama”

Aku Dan Kereta Pink

Assalammualaikum, Baru-baru ini saya ke pejabat pos untuk urusan renew Roadtax dengan Insuran Kenderaan En.Suami, punyalah leceh buat urusan ni, banyak masa terbuang. hari pertama pergi tu kemain tunggu lama lagi, sejam menunggu last-last staff pejabat pos cakap “Maaf, sistem JPJ down”, tak ke menyirap darah dengar hahahahaa, nak marah pun tak boleh, geram jelah makan hati huhuuu. Hari ke 2 saya pergi barulah dapat selesaikan urusan tersebut.

richplan4u

Dah setel semua tu, balik rumah buka FB, nampak SalamMedia.my ada share tentang Richplan4u.com ni, kalaulah dapat tahu awal sedikit, senang urusan renew Cukai Jalan (roadtax) dengan insuran huhuhuuu…takpe-takpe lepas ni confirm guna aje perkhidmatan Richplan4u.com ni, tak kuasa makcik nak berurusan kesana kemari, banyak masa terbuang, mana nak terkejar-kejar ambik anak balik sekolah lagi heheee.

Continue reading “Aku Dan Kereta Pink”

Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016

Assalammualaikum, bermula 1 Mac yang lalu, Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016 telahpun dibuka. Pendaftaran pertama ini berakhir pada 30 April nanti, walaubagaimanapun sekiranya Ibu Bapa tidak dapat mendaftarkan anak awal, masih ada lagi peluang untuk mendaftarkan anak untuk Pendaftaran ke 2 iaitu pada 2 mei 2014 sehingga 30 oktober 2014, tapi sebaiknya daftar anak awal-awal jadi tak kelam kabut itu ini, macam kami biasanya daftar anak awal-awal, lepas tu setel tak perlu dah nak fikir apa, bukan apa takut terlupa, kang tak pasal-pasal dapat sekolah jauh dari rumah.

sk taman klang jaya2 Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

Pendaftaran persekolahan tahun 1 bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 untuk sesi persekolahan 2015, dan bagi murid yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 untuk sesi persekolahan 2016 nanti (Pendaftaran bagi sesi 2016 akan berterusan disekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran)

Continue reading “Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016”