Salam, baru-baru ni kami balik kampung, naik flight dari LCCT, ada cerita lucu masa nak masuk ke balai berlepas, ingatkan sensor tak berbunyi, sebab saya tak pakai pun tali pinggang besi ke or apa-apa aksesori yang bermotifkan besi. Handbag dan handphone macam biasa letak dalam bakul laluan scanner. So dengan confidentnya lalu kat bahagian pintu sensor Imigresen tu, sekali tit..tit..tit…sensor bunyi hahaha

yanmie selfie

Punyalah bergaya sekali berkaki ayam jap hahahaa

Tercari-cari juga, apakah yang membuatkan sensor tersebut berbunyi, nak kata tali pinggang suami tak mungkin sebab suami dah buka siap2 tali pinggangnya, sekali cek-cek sensor bunyi bila saya yang lalu.

kasut merah

Belek punya belek, rupanya kasut yang saya pakai ada besi HAHAHAHA, acane tah boleh tak perasan? duk ingat plastik bukan besi huhuuu..tak pasal-pasal kena buka depan semua orang hahaa, maluoiii tebal muka, hilang keayuan (ayu lah sangat hahaha).

Jadinya, diorang minta saya tanggalkan kasut, cuba bayangkan betapa tebalnya rasa muka ni, terpaksa berkaki ayam sambil berjalan kedepan dan menunggu kasut keluar dari dalam box scanner hahahahaa. maluuuu huuuhaaiii

kasut Sambil tunggu Plane, tengok kasut gelak sensorang hahaha. Paling tak boleh blah bila Suami dan anak-anak gelakkan saya yang berkaki ayam waktu itu hahaa.

– Gelak sensorang bila ingat balik hehee