Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang

yanmie 19

Salam, baru-baru ini kami ke Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang untuk membuat pemeriksaan mata Aiman, duk asyik mengadu pening sakit kepala, sebelum ni memang tahu dia rabun, cuma tak sangka boleh jadi serius macam ni.

dr choong eye specialist bukit tinggi klang

Sampai 1 hari tu Aiman tak larat pergi sekolah pening sangat, En.Suami minta saya bawa Aiman ke Klinik Pakar Mata Dr Choong ni.

Sampai kat sini, boleh pula lupa bawa mykid Aiman, adeiii punyalah nak cepat kejar masa, nasib baiklah boleh register juga guna d.o.b Aiman, legaaa

baby irfan

Baby Irfan baik sangat nunggu Abang kena panggil ^_^

Masa menunggu takdelah lama mana, tempat pun selesa, nyaman sangat. Staff baik-baik belaka, yang cek mata Aiman tu pun kemain peramah sungguh, gelak-gelak saya nengok gelagat dia dengan Aiman time cek mata tu, HAHAHAHAHA.

Setel cek mata, Aiman di refer untuk jumpa Dr Choong pula, ini pertama kali Aiman mendapatkan rawatan dari beliau, 1st impression jumpa Doktor Choong ni, Wowww!!! sangat-sangat baik, peramah!! saya suka dengan layanan beliau dengan pesakit!!, Dr. Choong sangat fasih berbaha Melayu!

Sepanjang-panjang cek mata Aiman dengan segala-gala macam mesin canggih tu, sepanjang tulah saya dan Aiman tergelak, pandai betul doktor ni berkomunikasi dengan pesakit. serius terhibur, tak sangka ada doktor sebaik dan seperamah Doktor Choong ni!! 1st time jumpa kat Malaysia ni heheee.

Mata Aiman di scan (tak tau istilah ni panggil apa), kami tengok di komputer, cantiknya mata Aiman, brown gitu hehee, doktor siap tunjuk urat mata, alergi mata, segala benda kat mata, kagum jap dengan mesin-mesin yang ada didalam bilik Dr. Choong ni.

mata rabun dan silau

Doktor cakap Mata aiman ni rabun, plus silau sangat tinggi, power 300 doktor cakap, sangat teruk. so doktor bagi surat untuk tempah cermin mata, memang tak boleh buat apa laaa kena pakai juga spek kalau tak nanti lagi teruk hhuuhuhuhu.

Dah siap jumpa doktor tu, Aiman diberikan ubat titis mata sebab time ni mata Aiman ada alergi, dan kad Appointment.

harga cek mata

Kos untuk rawatan pun tak mahal mana, memang puas hati dengan rawatan dan layanan yang diberikan.

Saya memang rekomen untuk korang pergi ke Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang ni untuk membuat rawatan pemeriksaan mata atau pun apa2 je yang berkaitan dengan mata. macam-macam servis berkenaan mata ada disini. insyaALLAH puas hati kot.

Dah dapat rawatan ni, sesi mencari spek mata pulak…nanti bersambung hihihi

19 thoughts on “Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang

  1. I want to bring my baby go clnick and check his eye.He is 7 months now.His eye had been red.I need good doctor could help me check his eye and give him treatment.Hope i would get reply as soon as possible…
    Regard
    Thank yoy so much

  2. Kesian Aiman, kecil lagi dah kena pakai cermin mata. Mesti suka main gajet komputer, ipad, game kat telefon etc. Memang kanak2 sekarang cepat terdedah kepada penyakit mata. Anak-anak saya pun sama 5/6 sudah pakai cermin mata. Tinggal yang paling kecil belum lagi.
    Saya ingin cadangkan puan berikan Aiman Carotomax Shaklee untuk merawat rabun mata dan penyakit berkenaan mata. Produk ini sukar didapati dari pengedar sebab terlalu cepat habis. Saya masih simpan stok lagi beberapa botol. Kalau nak boleh hubungi saya. Terima kasih

  3. We have to care of our eyes and regularly have to go eyes specialists for eyes check. Dr. Choong is a famous eye specialist. I know him very well. I also had gone to his clinic for eye check last month.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Ephyra Memang Terbaik!

Salam, ingat tak dulu saya pernah entry tentang Ephyra? saya sendiri menggunakan Ephyra ni, memang terbaik!, malahan Kakak saya pun dah terjebak dengan Ephyra ni. kemain dia bergaya dengan muka glowingnya masa Majlis perkahwinan adik baru-baru ni. Jadinya korang kalau nak kulit cantik, glowing gitu boleh cuba Ephyra ni, terbukti […]

Subscribe US Now