Irfan Dan Lilo

Salam, susahnya nak update blog bila ada anak kecik ni kan?? asal duduk depan laptop mula lah dia pun nak itu nak ini (merengek), sesapa yang ada anak kecik tu yang dapat update blog dengan konsisten memang tererlah, saya?? ok surrender hahaha, kalah dengan Baby Irfan. Ni nak cerita yang Irfan dah ada kucing, namanya Lilo hehee.

irfan dan lilo

Sampai juling-juling mata hahahaa

Alkisahnya, 2 bulan yang lalu, suami outstation ke oversea sebulan, tah tetiba ada pulak kucing betina ni lepak meneman kami diluar rumah sepanjang ketiadaan suami, saya ni serius cakap memang takut dengan kucing, geli pun ye, kucing tak boleh nak dekat dengan saya, mulalah saya yang teriak sambil lari hahahaha, terukkan???

irfan dan lilo

Sampaikan nak keluar rumah pun takut, nak sidai kain kena jenguk sekitar rumah, tengok bawah kereta kot-kot kucing tu menyorok bawah kereta, mana tidaknya asal nampak kita mula kucing tu ikut kita kemana-mana, mula lah nak gesel badan kat kaki, tak boleh nak buat apa. pernah sekali tu time kakak ada kat rumah, saya sidai kain duk berkejar-kejar dengan kucing kat luar, tak boleh nak masuk dalam rumah, kakak keluar dengan penyapu konon nak halau je, sekali dengan kakak sekali menjerit-jerit hahaha.

irfan dan lilo

Tapi…dah lama-lama tu, 2 bulan dah kucing ni kami bagi makan, tapi kucing duk luar rumah aje, memang tak bagi masuk, kucing ni pun jenis tak masuk dalam rumah. nak kencing berak pi tempat lain, tak membuang kat laman rumah ni, memang baiklah kucing ni.

irfan dan lilo

marah Lilo kena angkat tunggang terbalik, berani betul Irfan ni -..-“

Saya yang penakut dengan kucing ni jadi berani, jadi sayang sangat dengan kucing, tah kucing ni kalau tengok kita jadi lembut hati sangat. mungkin ada hikmah disebaliknya, saya jadi berani dan sayang kat kucing ni. tambahan lagi sekarang kucing ni dah bunting…ermm…depan mata tengok kucing ni dikerjakan oleh kucing jantan..ermm…kesian -..-“, ni besok kucing ni dah beranak macam manalah gamaknya!

irfan dan lilo

Kucing ni Aiman bagi nama Lilo, macam nama jantan pulak hahaha, nak tukar ke Lily dah tak boleh sebab Irfan pun dah lekat panggil Lilo kat kucing ni, see…Irfan boleh sebut Lilo tapi tak boleh sebut Ibu (nak merajuklah!!! hahahaa).

irfan dan lilo

Tak bagi sangat Irfan main dengan Lilo ni sebab bukan kucing duduk dalam rumah, so dah sah-sah lah kucing ni pergi merata, bak kata orang tak berapa nak bersihlah, tak macam Julie siap di mandikan, potong kuku, bawa gi klinik, memang bersihlah Julie tu, yang ni belum lagi, saya tak berani lagi nak pegang-pegang sangat kucing ni, tunggu berani tu datang sendiri, biarlah dulu (ambil masa nak sesuaikan diri), kami jaga kucing ni kat luar rumah, bagi makan minum. Itu je yang termampu buat masa ni.

Ramai yang memelihara dan menyanyangi kucing, tahukah anda, Nabi Muhammad SAW juga mempunyai seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan “Mueezza”

Mueezza kesayangan Rasulullah

kucing tidak najis

Sumber : Mueezza Kesayangan Nabi Muhammad SAW

– Takutnya Lilo nak beranak nanti, tak tau nak buat apa -..-“

You Might Also Like

10 Replies to “Irfan Dan Lilo”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge