Salam, ingat tak entry saya Tablet Multimode Pertama Di Dunia – Lenovo Yoga Tablet, bukan sahaja hebat sebab Tablet Multimode Pertama Di Dunia, malahan Bateri Lenovo Yoga Tablet sangat POWER!!, Kalah Powerbank korang tu heheee, serius tak tipu. Tak percaya trylah beli sebijik, confirm korang suka! saya jamin hehee
Ini saya dah setting, kagum takkk??, kalau guna lasak-lasak pun mau 16 jam juga!
Lenovo Yoga Tablet ni didatangkan dengan 2 model dengan menggunakan Platform Android Jelly Bean iaitu Lenovo Yoga Tablet 8 dan Lenovo Yoga Tablet 10, yang saya guna ni Lenovo Yoga Tablet 8, bateri Lenovo Yoga Tablet 8 ni sangatlah kebal dan tahan sehingga 16 jam (mood online)!, power sangat!, tu belum lagi Lenovo Yoga Tablet 10 yang baterinya tahan sehingga 18 jam!.
Macam saya ni memang ada buat bisnes online, sudah semestinya menggunakan Yoga Tablet ni dengan “lasak”, yang bestnya tak perlu risau pasal bateri langsung, boleh je online dengan aman damai, kalau kemana-mana pun saya dah tak perlukan lagi powerbank, serius cakap!, tak perlukan powerbank. sebab bateri Yoga Tablet 8 ni boleh tahan lama. Saya tak tipu, memang betul! malahan bukan tablet yoga ni je, gadget lenovo yang lain pun sama, bateri sangat power!
Saya pasti sesiapa sahaja sekarang ini yang mempunyai smartphone mesti menginginkan bateri smartphone tahan lasak, betul tak?? saya menggunakan iPhone dan iPad2, bateri memang cepat kong, nak jimat sikit bateri kenalah kurangkan sikit brightness-nya, off benda-benda yang tak guna. hah…tapi dengan lenovo ni, slumber je on semua, bateri ok je tahan lama, tidak ada masalah lagi nak online dimana-mana.
Ok sekiranya korang mencari tablet yang sangat trendy dan stylish, bateri tahan, kebal, lasak semua tu, nak pulak dengan harga yang mampu milik, hah!! saya cadangkan Lenovo Yoga Tablet ni!, bukan cakap kosonglah, serius memang terbaik!.
– Harga murah, canggih, berbaloi-baloi!!
lenovo yoga tablet ni ada yg paling baru kan?? yoga tablet 10hd+,:ygbtu harga brapa eyh?
menggugat keimanannya..samsung tab sy ni pun separuh hari dah habis bateri..ke hulur hilir angkut power bank..
dari segi performance camne kak yan??
Saya pon pakai Yoga 13.
Mmg hari2 ko yogakan beliau.
Dah la batteri tahan lama, ringan amat pulak. memang syiok~!!
Dapatkan
Ubat Sendi Shaklee di sini.
IbuCergas
Memang best lenovo, yang lain manja betul pkai xsampai 1 hari dah abih bateri. Nokia pon lejen gak hehe bateri tahan lama.
Terima kasih atas perkongsian yang menarik… kena beli ni 🙂
Beli jangan xbeli nurul.
Kawan saya pun ada bg tau yg dia pakai smartphone lenovo, bateri memang tahan lama. K. yan brp harga tablet ni?
Saya pun ada guna Leptop Lenovo, memang tahan lasak sungguh
Free Promo….rase macam nk terus tukar dr samsung ke lenovo je……kene kumpul duit cepat2 ni…
Hebat kak yan promo.. Perasaan saya makin membuak-buak nak cuba lenovo ni.. Dah ramai tengok orang guna.. Semua bagi review yang best..
Kalau nak ambil tablet, apa option terbaik yang ada? Hehe, dah jadi jurujual lenovo plak.. =)
cara promosi kak yan buat saya rasa nak beli plak
Beli jangan xbeli. Belanja kat aku 1 wei hehe
tq for info
Memang mantap betul Lenovo ni. Adik ada pakai S930 sangat hebat! Bateri pon tahan lama
Memang hebat, dah guna baru tau macam mana kehebatannya, yang penting bateri tu superBEST 🙂
Sangat bagus info ini.. berangan nk beli lenovo terima kasih
Sama2 🙂
terbaik ketahanan bateri LENOVO!!
Try guna, baru rasa kehebatannya 🙂
Saya merupakan pengguna smartphone keluaran Lenovo. Walaupun harga tak sampai RM650.00, tapi prestasi sangat memuaskan..berbaloi-baloi!
Mak Mertua saya juga guna Smartphone Lenovo, memang berbaloi-baloi. harga murah tapi canggih.
Wahh.. Makin goyang iman ku. Memang selama ni dok teringin sangat nak pakai tab. Sebab buat bisnes online.
Balik2 habis bateri. Handphone habis bateri. laptop habiis bateri. Tengah2 penting orang call pun habis
Memang masuk dalam wishlist la. Thank Kak Yan. Kalau tidak saya tak tahu pasal lenovo yoga ni
Sebelum ni guna ipad2 untuk buat biz online, tapi frust bateri laju macam air terjun, tak tau nak jimat macam mana lagi, dapat Yoga Tablet ni lega lah sikit, bateri tahan lama. online kat mana2 sambil buat biz online ni memang berbaloi-baloi.
kalau cari tablet, kakyan cadangkan Lenovo Yoga Tablet ni, ni berdasarkan pengalaman kakyan lah, best guna sbb canggih, nak pegang pun senang, macam2 gaya boleh buat. bateri super BEST. yang penting harga murah…berbaloi2 gitu 😀
Lama juga tahan beteri lenovo tablet nie, sama dengan ipad air saya tahan lama juga
Ha’ah memang tahan lama, lasak, kebal hihihi puas hati sangat 😀
Dengar daripada pengalaman Kak Yan dengan Lenovo ni macam best je..memang bagus kalau dapat peranti yang bateri tahan lasak..nak gi survey2 hargalah..S920 yang akak cakap tu pun bateri tahan jugak ke?
Dari Lenovo S920 lah kakyan mula jatuh hati dengan produk lenovo. jadi sudah semestinya memang terbaik. bateri s920 pun tahan lama. beza sangat dengan smartphone htc, iphone yang sebelum ni kakyan guna.
Sampai sekarang kakyan masih guna lagi Lenovo S920, puas hati 🙂
Tidak lama lagi Lenovo akan menjadi peneraju di pasaran.
Sekarang ni jalan kat mana-mana nampak ramai je yang duk guna smartphone Lenovo ni, so memang tak mustahil kalau sedikit masa lagi Lenovo bakal menjadi peneraju di pasaran
kualiti gambar camner k.yan..ok x???sbb sy dah terminat plak lenovo ni sejak k.yan review kt blog k.yan la..bateri tahan lasak..kamera superb..harga ok..memang nak angkat sebijik la jadinye..terima kasih k.yan kerana mempengaruhi..hehe
Kalau untuk ambil gambar kurang sesuai sebab kamera depan 1.6mp je, belakang 5mp. tapi kalau untuk video call memang cun.
Bateri memang lasak, puas hati. kalau cari untuk kamera, S920 pun ok. gambar cun, phone besar, canggih dan yang penting murah 😀