Salam, baru-baru ini saya ada bawa anak ke Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang untuk membuat pemeriksaan mata, saya dan suami memang dah tahu yang si Abang ni ada masalah rabun, ingatkan takdelah teruk sangat. Bersalah jugalah rasa sebab sambil lewa je, maafkan mak pak nakkk!! huhuhu.
Dah tau yang si Abang ni kena pakai spek mata, so pergilah buat kaca mata dengan dia, suami kerja so macam biasalah saya akan ambil alih, namapun SUPERMAK kan heheheee. (Tolong suami, besar pahala)
Ini adalah bacaan Rabun dan Silau mata si Abang, tudiaaa silau sampai 300, sangat tinggi pada kalangan kanak-kanak, Doktor pun terkejut. So memang takleh nak ngelak lah, Doktor cakap memang kena pakai juga spek mata tu sebab mata pun rabun.
Nak buat spek mata pun banyak kedai kami pergi, mula tu kebetulan balik kampung, pergilah cari kedai spek mata disana, memang berlambak tapinya takde pun 1 kedai yang ada power macam si Abang tu, terpaksa tempah dan tunggu sehingga seminggu, lama pulak…
Balik Klang semula, cari lagi..banyak kedai spek kat sini, belambak-lambak, pilih je. Tapi macam tadi jugalah masalahnya, power tinggi so memang kena tempah khas, nak pulak time tu catuan air, optometris kata tak janji boleh siap cepat sebab air kena catu (apa kena mengena dengan air kena catu ye? heheheee).
Sebelum bawa si Abang ke Specialist Mata :-
- Si Abang selalu mengadu “Abang tak nampaklah, tak boleh baca”
- Pening dan sakit kepala
- Kerap membawa balik buku kawan, tiru apa yang kawan tulis sebab tak nampak apa yang cikgu tulis di papan hitam
Penyebab Rabun & Silau pada si Abang :-
- Mungkin sebelum ni banyak menghadap iPad time cuti sekolah -..-“
- Suka tengok TV dekat-dekat (TERLALU DEKAT)
Saya percaya dengan zaman teknologi serba canggih ni, ramai anak-anak kita yang terdedah dengan Rabun Silau ni, jadi kalau rasa anak-anak ada simpton-simpton yang melibatkan penglihatan, sebaiknya bawa berjumpa specialist, dapatkan konsultasi dan juga rawatan, kesian kalau kecik-kecik dah pakai spek mata ni huhuhuuu.
– Aktiviti sekolah pun jadi terbatas sob..sob…
YaAllah ank saya baru nak masuk prasekokah ni…mata da rabun.kanan 600 kiri 300.silau pon tinggi…akibat suka main game kat tab…dan sy terperasan pon sbb bila tgok tv dua terkebil2 je…cepat2 g cek…kesian kecik2 da kena pakai spac
rabun menurut saya sangat mengganggu, walau masih bisa memakai kacamata.
takpe. lelaki spek mata..biasanya ramai orang pempuan suka. hoho..
Saya pakai spek masa darjah 1.punca tgk tv dekat ngan baca buku dlm gelap..dah umur 30 lebih ni, power mcm makin tinggi..rasa sy dulu awal2 pakai lagi tinggi daripada abg tu…
Skang keje lak ngadap komp.. alahai mata ku sayang..
Ramai juga budak-budak sokolah sekarang yang pakai spek
Masa kecik-kecik dulu selalu juga tengok tv dekat-dekat tapi alhamdulilah ok lagi mata nie
ramai juga tengok budak-budak sekarang muda-muda dah pakai spek
Sediakan payung sebelum hujan.
Lamanya xsinggah sini…. kesian kat abg… macam anak sepupu saya… dok main ipad banyak sangat…huhuhuhu
Sekarang zaman Screenagers…Anak – anak kecik suka Ipad daripada basikal…
Sy yang power rendah pon susah nak nampak bila. Apa lagi la yang tinggi macam ni. Sakit kepala kalau tak pakai cermin mata.
Sis Yanmie saya pun astigmatisme (silau tinggi) sejak kecik
kata doktor bergantung faktor keturunan jugak
keturunan saya semuanya rabun silau
kena buat speck khas pulak tu
speck has silau ni mahal kan sis
mujo la sis jutawan blog boleh la buat speck lagu mana pun… (amin.. )
🙂
Anak yang sulung mengalami masalah yang sama iaitu silau dan rabun diperingkat awal.
Saya rasa jenis papan putih yang digunakan disekolah ada 2 jenis iaitu yang biasa dan anti silau.
Saya dengar, orang kata kalau masih dalam peringkat awal masih boleh dielakkan lagi, dengan cara banyakkan minum air jus lobak. itu yang Ejam Othman cakap lah.
Ya, Peringkat awal boleh dibaiki. Boleh beli pati blueberry Innershine.
Kalau dah tua sikit macam saya ni dah takleh ke kalau try innershine
susah jugak silau ni sebab nak drive sangat susah kalau waktu malam
Boleh cari cermin mata jenis anti silau.
Kesian dekat Abang.. Kecil-kecil dah terpaksa pakai cermin mata… Risau juga saya tengok anak saya.. Asyik mengadap television, komputer dan main game… Adakalanya bila dah tersedar dengan risiko keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa pemantauan, saya akan menegur anak saya… Tapi sekejap tegur dan sekejap tak tegur…. Harap lepas ni saya boleh jadi lebih tegas lagi untuk kebaikan anak-anak…
Kena tegas dalam bab ni, erm..tapi budak2 ni depan kita boleh lah diorang ngelak dari berdiri depan TV tu, belakang2 kita dia pegi juga tengok TV dekat2. tak tau nak buat macam mana lagi 🙁
Anak saudara saya pun seawal usia 8 tahun dah berspek. Tapi kadang tu nampak intelek pulak pakai spek ni kan 🙂
Budak pakai spek nampak nerd gitu heheee
Rasanya pernah nampak Kak Yan post gambar anak tengok TV dengan jarak yang sangat dekat…
Memang terlalu dekat…
Iktibar untuk diri saya…
Terima kasih share…
Anak memang suka tengok TV dekat2, walaupun TV yang kecik dulunya dah ditukar ke yang besar, masih juga nak tengok TV dekat-dekat, sampailah sekarang ni.
Hari2 diorang kena bebel sebab tengok TV dekat2 -..-“
betul. Sya dulu nak rabun pun macam tu lah, silau tak nampak apa cikgu tulis. dah lah duduk belakang.
kalau anak mengadu tak nampak, memang kena cepat2 bawa pergi check. kalau tak, bila power dah tinggi baru nak pakai spek, memang tak boleh baik rabun tu. semakin bertambah power nanti seiring dengan peningkatan usia.
kalau baru rabun sikit, dah pakai spek cepat2, insyaAllah, boleh hilang rabun.
Aiman macam kakyan, rabun silau, silau memang tinggi, kakyan sendiri tak confident nak drive malam2.
masalahnya dah terlambat…kenalah juga bergantung dengan spek mata ni, kesian dia coz masih budak lagi
Power sampai 300! Kena cepat-cepat pakai cermin mata tu…
Memang dah pakai pun
Hihi nak potong lens atau process edging lens tu memerlukan air 🙂