Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2014

Salam, wahhhh minggu depan insyaALLAH kita akan mula berpuasa, Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2014 telahpun ditetapkan dan telahpun di umumkan oleh Majlis Raja-Raja iaitu pada 27 Jun 2014 (Jumaat).

tarikh melihat anak bulan puasa ramadhan 2014

Tahun ni puasa sangat mencabar bagi saya, saya berbadan dua dan dalam masa yang sama Irfan masih lagi fully Breastfeed. Tapi semangat ni, alhamdulillah juga saya tidak mengalami alahan masa Mengandung Anak Ke 4 ni. Kiranya kalau takde apa-apa masalah, tahun ni boleh puasa penuh lagi hihihi.

– Ok kengkawan, selamat menyambut bulan ramadhan ^_^

Mengandung Anak Ke 4

Bismillahirrahmanirrahim…gila lama tak update blog, 29 hari tak update okeh! hihihi tudiaaa betul-betul mood kelaut sungguhlah. Ok saya ada berita gembira, Alhamdulillah saya disahkan Mengandung Anak Ke 4, syukur rezeki ALLAH beri, suka sangat.

clearblue digital

InsyaALLAH due 18.01.2015

Sejujurnya kami suami isteri tidak merancang, kami memang dah bersedia mental dan fizikal untuk menerima seandainya ALLAH ingin memberi kami lagi rezeki anak, buat apa merancang lama-lama, rugi masa, itulah yang saya rasa masa mengandungkan baby Irfan, jarak usia Baby Irfan dan Angah 6 tahun, begitu jauh jaraknya, sedikit kesal.

Continue reading “Mengandung Anak Ke 4”