Bismillahirrahmanirrahim…gila lama tak update blog, 29 hari tak update okeh! hihihi tudiaaa betul-betul mood kelaut sungguhlah. Ok saya ada berita gembira, Alhamdulillah saya disahkanΒ Mengandung Anak Ke 4, syukur rezeki ALLAH beri, suka sangat.

clearblue digital

InsyaALLAH due 18.01.2015

Sejujurnya kami suami isteri tidak merancang, kami memang dah bersedia mental dan fizikal untuk menerima seandainya ALLAH ingin memberi kami lagi rezeki anak, buat apa merancang lama-lama, rugi masa, itulah yang saya rasa masa mengandungkan baby Irfan, jarak usia Baby Irfan dan Angah 6 tahun, begitu jauh jaraknya, sedikit kesal.

Buat apa saya merancang lama-lama sedangkan usia semakin meningkat?, dan sejujurnya kami menginginkan anak perempuan, kalau rancang lama bila masanya nak dapat anak perempuan?, biarlah orang nak kata apa, memang tujuannya mencari anak perempuan, tapi andai ditakdirkan bayi dalam kandungan ini anak lelaki, kami terima dengan hati yang besar, sedikit rasa kesal pun tidak ada, rezeki ALLAH bagi, kenapa nak menolak rezeki, kenapa nak kesal?? eeee…best tau cium baby, jaga baby hihihi. Orang lain nak dapat anak sikit punya susah, ni kau pulak nak kesal bagai! (ada orang macam ni tau!) huhuhu. Nauzubillah…

Untuk kandungan ke 4 ini, saya membuat ujian kehamilan banyak kali tau, sebab excited nak tahu heheee, lewat period 1 hari saya dah cek UPT, tapi hasilnya negative, saya ok je cuma pelik sebab biasanya saya datang bulan tak pernah lewat, kalau lewat tu adalah sesuatu tu hihihi, lepas tu seminggu lewat period saya cek lagi, still negative, saya tak putus asa, sebab saya tahu instinct saya mengatakan yang saya sedang mengandung walaupun tidak ada tanda-tanda kehamilan mahupun ujian kehamilan masa tu negative, hati saya tetap mengatakan saya mengandung!.

Hari ke 15 lewat period suami minta saya buat scanning, tengok kot2 baby ada tapi UPT tak dapat detek sebab hormon hcg masih rendah. Scan di klinik, pun sama tak nampak, takde kantung baby, ok saya tak frust pun, instinct saya kuat mengatakan saya mengandung. bersabar lagi, hari ke 20 cek lagi UPT, kali ni nampak double line tapi samar-samar, hati dah berdebar dan berbunga-bunga, tak puas hati beli lagi Test Kit Kehamilan yang Mahal sikit, Clearblue Digital, hah suspen ok tunggu result tu, dan hasilnya macam dalam gambar diatas. Itupun belum cukup meyakinkan, takut ada silap mana-mana, pergi scan lagi di klinik lain, dan alhamdulillah kali ni doktor sahkan saya mengandung, scan pun nampak kecik je, fresh lagi gitu doktor cakap.

Sembang dengan suami, “Doktor dah scan tadi, ibu mengandung”, suami balas “Alhamdulillah, manalah tahu anak perempuan kali ni”, 1st time dengar dari mulut suami nak anak perempuan hihihi, saya kesian dengan suami, mesti teringin nak anak perempuan, saya kesian dengan mak mertua yang mana tidak mempunyai walau seorang pun anak perempuan, dapat pulak cucu dah 9 orang semuanya lelaki, ni insyaALLAH cucu ke 10 tak tahulah…berserah je pada ALLAH, kalau lelaki juga alhamdulillah, kami tetap gembira, syukur sangat ALLAH buka pintu rezeki untuk kami.

See instinct seorang ibu kan, walaupun tidak ada tanda kehamilan still dapat merasakan diri sedang berbadan dua. 1st time mengandung lambat detect, biasanya anak-anak saya yang 3 orang ni, lewat sehari dua je dah nampak double line tau, ni nak masuk 7 minggu baru lah dapat detect mengandung.

Dan alhamdulillah sekarang usia kandungan saya hampir mencecah 3 bulan, saya tidak mempunyai alahan mabuk, loya, muntah, pening…semua tu takde, alhamdulillah syukur, mungkin ALLAH ingin mempermudahkan agar dapat fokus pada suami dan anak-anak. syukur. Masa mengandungkan anak-anak yang 3 orang ni saya mengalami alahan, lagi-lagi time baby Irfan tu, alahan memang teruk sangat, sampai demam-demam saya dibuatnya. kali ni rilek je, alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH

~bersambung….macam dah panjang sangat (ginilah lama tak menaip hehee)