Salam, baru ni sebelum puasa, kami suami isteri berkesempatan bawa anak-anak ke Playground Taman Tasik Titiwangsa, dah lama sebenarnya berhajat nak bawa Irfan ke sana, nak bagi dia main buai heheee, Kalau abang-abangnya memang dah biasa kami bawa kesini. ni kira pertama kali bawa Irfan main disini.

playground taman tasik titiwangsa

Sebenarnya bercadang juga nak bawa diorang gi mandi manda, erm…tapi memikirkan keselamatan budak-budak ni jadi takut pulak, abang-abang tengah aktif, Irfan pula perlukan perhatian sepenuhnya, takut terleka. Erm…pastu macam takut dengan kencing tikus, tempat-tempat mandi manda macam ni berisiko dengan kencing tikus, nauzubilla…kita elak jelah.

playground taman tasik titiwangsa

Eleh….malu-malu lagi dia tau hihhi

playground taman tasik titiwangsa

Yeayy akhirnya!! pandai tau dia imbang badan nak bagi buai tu gerak sendiri ^_^

playground taman tasik titiwangsa

Sukanya dia ngekek-ngekek gelak hihihi

anak yanmie

Nak tahu tak kenapa saya suka pakaikan anak baju sedondon? sebabnya salah satunya senang nak cam kalau di tempat orang ramai, dari jauh saya dah nampak diorang duk tang mana, tengah main apa, bukan apa tau, takut terlepas pandang je, bila baju sama ni senang nak cam, plus orang tau itu anak-anak kita, risaulah sekarang ni macam-macam kes.

playground taman tasik titiwangsa

Mak pak diorang pun sedondon sama hihihi, dah terbiasa gitu

– Happy bila dapat happykan anak-anak