Assalammualaikum, alhamdulillah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan Rumahtangga dan juga kedai online Butik Baby Ibu ini walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak yang ke 4.

web butik baby ibu

Banyak lagi barang belum dimasukkan, tunggu free hihihi

Dan Alhamdulillah maju selangkah kehadapan Bila Dah Serius Berniaga Online ni, saya dapat membuka Web E-Commerce untuk Butik Baby Ibu yang mana beroperasi sepenuhnya dari rumah, berkat dari sokongan dan dorongan dari insan-insan tersayang dirumah ini. Saya menggunakan perkhidmatan dari Squarelet E-Commerce. Bila dah sanggup keluarkan duit macam ni, ini maknanya serius kekekeke

web butik baby ibu

Korang boleh buat pembelian terus dengan menggunakan kaedah pembayaran secara online ataupun manual payment. takpun WhatsApp je kalau nak respon lagi laju hihihi.

Saya tahu untuk berjaya bukannya mudah, oleh sebab itu saya sekarang berada dalam Zon “Hidup berani untuk gagal”, tanpa kegagalan tidak ada kejayaan, bak kata orang rezeki tak datang bergolek, kita kena cari. Rasulullah SAW sendiri menegaskan bahawa 9/10 dari sumber itu terdapat dalam perniagaan.

parcel pos laju

Sampai ke dalam kereta pack barang, abaikan kaki cinonet tu hehee

Sebenarnya dan sejujurnya sebelum ini saya bukanlah minat berniaga, ada saja alasan yang saya cipta untuk tidak terlibat dalam perniagaan online ni, sebabnya saya adalah seorang yang suka shopping online heheee. Tapi bila anak dah ramai ni, nak beli barang kena beli untuk semua anak, jadinya saya ambil kesempatan ini untuk try and error. saya beli barang secara borong, janji lepas barang untuk anak-anak, dan selebihnya saya jual, dan alhamdulillah cara sedemikian berjaya untuk saya. dan yang mananya saya tak perlu shopping online barang anak-anak lagi, mereka terus dapat barang tersebut dan juga selebihnya saya boleh jual.

Permulaan Modal? sejujurnya saya tidak mengeluarkan walaupun sesen untuk memulakan modal permulaan perniagaan saya, sebab masa tu saya dapat voucher 1K hasil job review yang saya terima diblog ini, jadinya saya gunakan voucher 1K tersebut untuk mengambil barang heheeee, bijak tak???, saya cuma keluar modal untuk Daftar Perniagaan Di SSM

Saya jual pun murah-murah aje, tak ambik untung banyak, bagi saya untuk permulaan ini saya nakkan “Branding” aje dulu, biar orang kenal, biar orang sebut-sebut dulu, dah tu baru fikir strategi untuk mantapkan perniagaan, pelbagaikan barangan jualan. Bak kata orang Cina “Biar untung sedikit janji ada, dan sedikit tulah yang buatkan ianya menjadi banyak”.

parcel

Berniaga online ni sebenarnya kena rajin, kalau malas memang hasilnya pun liat, kalau rajin insyaALLAH tak menang tangan pack barang customer. Tapi saya tidak fokus 100% kepada bisnes online ni, ianya hanyalah sampingan, sebab ada benda lebih penting untuk saya iaitu keluarga.

Dalam berniaga harus kreatif, kreatif macam mana? try buat research,cari apa yang tengah “IN” sekarang ni, follow perkembangan semasa, lebih mudah untuk kita tahu barangan apa yang customer cari.

bill book

Saya pun masih lagi merangkak-rangkak dalam bisnes online ni, banyak benda yang harus dipelajari lagi. Cumanya tak sangka sangat, seronok rupanya berniaga online dirumah ni, dapat uruskan rumahtangga, uruskan bisnes online sambil tengok tv, guling2 baring dengan Irfan pun sempat lagi ambik order muehehee. Saya bos, saya kuli…semuanya saya tentukan sendiri.

Ramai orang ingin menjadi kaya, tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kejayaan

Itu jelah nak share, baru sikit je ni…sebab ilmu baru dapat sikit, dapat ilmu lebih lagi nanti saya share lagi hihihi.