Tempat Makan Menarik Di Penang – Nurul Ikan Bakar

Salam, kan baru ni kami sekeluarga cuti-cuti ke Penang, sempatlah juga merasa makanan yang menarik disana, tapi sayangnya banyak tempat makan yang kami tak sempat pergi, plus perut asyik kenyang je manjang bila cuti-cuti ni, tak menyempat-nyempat nak lapar hihihi

tempat makan menarik di penang

Nurul Ikan Bakar Penang

Tapi apa yang bestnya kami sempat makan malam di kedai makan yang terletak di Batu Uban iaitu Kedai Makan Nurul Ikan Bakar, tu pun kebetulan je jumpa kedai makan tu, sebelum tu pusing sampai ke Georgetown cari kedai makan hahahaa, yelah nama pun tempat kita tak biasa kan, sesambil round bandar penang, sesambil cari kedai makan.

Continue reading “Tempat Makan Menarik Di Penang – Nurul Ikan Bakar”

Pasang Bracket TV LED

Salam, minggu lepas saya ke Kedai peralatan menjual barangan Electric, tumpuan ke bahagian TV untuk mencari Bracket TV, dah sampai masanya untuk Pasang Bracket TV LED tu, sebab Alang Irfan tu suka sangatlah melepak depan TV, risau takut jadi rabun dan silau mata nanti, cukuplah abang-abang dah ber-empat mata sekarang ni, tak maulah Alang Irfan pun sama huuuu~

pasang bracket

hah dah tergantung, puas hati heheee

Jadinya apa lagi…misi mencari Bracket TV, sebelum tu En.Suami dah tunjuk gambar rupa Bracket TV yang dia nak tu, macam biasa saya yang cari, tugas-tugas ni saya boleh handle, tu yang laki sayang lebih tu hahahhaa.

Continue reading “Pasang Bracket TV LED”

Bawa Irfan Gunting Rambut

Salam, baru-baru ni bawa Alang Irfan pergi gunting rambut di Kedai “Ane”, pertama kali bawa dia gunting rambut di kedai, biasanya ayahnya yang bawa. ni sebab kes rimas tengok dia berambut panjang, jadinya buat surprise hari tu kat abang-abangnya dan ayahnya heheheeee.

kedai gunting rambut

Mula-mula tu sembanglah dulu dalam kereta dengan dia, cakap nak gunting rambut, dia senyum je sengih-sengih, tah faham tah tidak apa yang mak dia bebelkan hahahaa.

Continue reading “Bawa Irfan Gunting Rambut”

Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi

Salam, wah-wahhhhh kemain viral sana sini tentang Jeruk Mangga Asam Boi ni kan??, meh saya share Resepi Jeruk Mangga Asam Boi, takdelah susah mana nak buatnya, senang je…tutup mata pun boleh, ecehhhh hihihi.

Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi

Sebenarnya Jeruk Mangga Asam Boi ni dah lama tau, sejak tahun 2012 lagi, tak sangka baru viral sekarang ni, makan tahun juga nak viral ye hahahaha. Buka Facebook sana sini orang post gambar Jeruk Mangga Asam Boi ni. mengundang sungguh nak suruh orang buat hehehee

Jeruk Buah Mangga

Jeruk Buah Mangga Asam Boi 2012

Continue reading “Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi”

Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit

Salam, senyum sikit!!!! hahaha sebab pepagi boleh upadte blog, baik sikit mood Alang Irfan pagi ni, saja try on laptop, dia ok pula, tak pula cakap suruh tutup hahaha, ke sebab semalam dapat melepaskan geram kat Angahnya kikikiki. Kesian Angah kena gigit sampai berdarah-darah dengan Alang huuuuu~

Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit

Ni sekarang masalah yang saya hadapi dengan Alang Irfan, dia jadi suka sangatlah nak menggigit, tak boleh silap sikit atau buat dia marah, mesti dia kejar sampai dapat punya. Tapi sekarang ni dah kurang sikit, tak macam dulu-dulu.

Budak kalau mula-mula nak tumbuh gigi tu kita seronok lah, kita pun mula-mula duk seronok suka dia gigit, nah…sekarang amik ko!!! kalau dulu sua tangan suh gigit, sekarang ni sorok tangan dari dia hahahaa.

Continue reading “Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit”

Mengesan Rabun Mata Dan Silau Pada Kanak-kanak

Salam, baru-baru ini Angah tak sihat, Muntah dan pening2, gaya muntah tu macam orang mengandung, kesian jugalah sampai tak sekolah sehari tu, bawa dia pergi klinik, doktor sarankan buat pemeriksaan mata untuk Mengesan Rabun Mata Dan Silau (Astigmatisma) Pada Kanak-kanak.

dr choong eye specialist bukit tinggi klang

Di Klang ni kami suka buat pemeriksaan mata di Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang, Mahal tapinya memang berbaloi, Dr Choong sangat baik dan peramah, pandai ambil hati anak-anak.

Continue reading “Mengesan Rabun Mata Dan Silau Pada Kanak-kanak”

Menginap Di Hotel Vistana Penang

Salam, susulan entry percutian ke Pulau Pinang, kami Menginap Di Hotel Vistana Penang, hal-hal tempahan macam biasalah semua En.Suami berikan kepada saya hihihi. Mula-mula call Hotel Traders, hotel baru orang kata (anak syarikat hotel Shangri-La). Tapinya sayang tak boleh nak menginap disitu coz takde suite yang boleh memuatkan kami anak beranak, yang ada cuma bilik-bilik hotel aje, ada pun bilik hotel yang guna connecting room, ermmm tak bestlah.

hotel vistana pulau pinang

Sudahnya call Hotel Vistana Penang, zup zap call tak sampai 5 minit setel semua. Suite yang kami duduk ni 2 bilik, RM580 aje semalam, termasuk tax dan sarapan pagi untuk 4 orang.

Memang puas hati dengan servis yang diberikan, plus Suite yang kami dapat ni best gila. cantik, baru lagi dalamnya sebab baru renovate kot, kalau tak silap saya dulu-dulu boleh masak dalam Suite Hotel ni, tapi sejak dah direnovate dah tak boleh masak, tapi ok juga macam tu, kita pergi pun nak bercuti bukan nak masak-masak kan heheee, time ni lah nak merasa makanan sedap-sedap ditempat orang, betul tak??

Continue reading “Menginap Di Hotel Vistana Penang”

Cuti-cuti Ke Penang

Salam, wahhh punyalah terlampau sibuk sungguh, banyak aktiviti sebenarnya tu yang tak dapat nak update blog juga, manjang jalan sana sini, ni banyak benda nak update tapi tak tau nak mula yang mana dulu, semua pun cerita yang best-best hahaha, bestlah sebab entry Travel kan hihihi, kali ni kami Cuti-cuti Ke Penang, syiokkkk~ serius cakap, kat Pulau Pinang ni banyak tempat menarik tau!, tapi tulah sehari je boleh habis pergi semua tepat tu ngehngehh..

jambatan kedua pulau pinang1

Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)

Memandangkan kami sekeluarga berhari raya Aidiladha di rumah Tok En. Suami di Kedah, jadinya kami mengambil kesempatan untuk bercuti dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.

Continue reading “Cuti-cuti Ke Penang”

Placenta Previa – Uri Dibawah Semasa Mengandung

Salam, semasa mengandungkan Baby Irfan dulu saya pernah disahkan mengalami Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung tapi taklah tahap kritikal, uri cuma berada ditepi pintu rahim dan tidak menutupi sepenuh pintu rahim, dan masa tu usia kandungan dalam 28 minggu, masih banyak masa untuk Uri naik dan bertukar kedudukan. tapinya time tu kena bedah juga secara emergency sebab air ketuban dah pecah dan pintu rahim tidak ada bukaan.

Dan kali ni, scan banyak kali (adalah dalam 8 kali gitu), Uri/Plasenta berada dibawah, tak berubah-ubah kedudukannya, masih dibawah, naik risau pula saya jadinya. Tapi saya yakin sebabnya masih lagi awal baru 24 minggu iaitu 6 bulan. Tapi sepatutnya Uri dah naik sikit ni.

Tiap kali scan mesti doktor cakap, Uri kat bawah sangat ni, betul-betul menutup pintu rahim, . haishhhh risau sungguh-sungguh, mana tak risaunya uri menutup laluan pintu rahim. memang tak boleh bersalin secara normal lagilah kalau macam ni.

Patutlah saya mengadu kenapa baby ni gerak asik kat kawasan bawah sahaja? tak naik-naik pula baby ni gerak, kadang rasa tak selesa sebab duk gerak kat bahagian bawah perut je, rasa dicuit-cuit gitu hehehee. Doktor cakap mungkin sebab uri dibawah jadi baby berada dibawah juga. Bila perut besar nanti automatik baby akan naik. ermmm tapi tulaa..Mengandung Tapi Perut Kecil je ni, tak puas hati pula, macam segan nak besar hehehee. Aurat kot kan..baby malu nak tunjuk perut ibu yang boyot ahaks!

Continue reading “Placenta Previa – Uri Dibawah Semasa Mengandung”