Salam, baru-baru ni bawa Alang Irfan pergi gunting rambut di Kedai “Ane”, pertama kali bawa dia gunting rambut di kedai, biasanya ayahnya yang bawa. ni sebab kes rimas tengok dia berambut panjang, jadinya buat surprise hari tu kat abang-abangnya dan ayahnya heheheeee.
Mula-mula tu sembanglah dulu dalam kereta dengan dia, cakap nak gunting rambut, dia senyum je sengih-sengih, tah faham tah tidak apa yang mak dia bebelkan hahahaa.
Sampai giliran dia potong rambut bawa lagi sembang elok-elok, “alang gunting rambut macam abang ye, tak sakit pun”, selamba je Alang jawab “yee” hahaa, terkejut mak!
Letak dia elok kat kerusi tu, dia duduk diam je tengok Ane tu buat macam-macam kat dia, eeiiii suka sangatlah tengok dia duduk senyap, takde pun tunjuk-tunjuk muka takut ke menangis ke, baik betullah Alang ni…hahahha kan dah kena puji ahaks!, good boy!
Mak dia ni pula jadi gelihati nengok dia duk rilek je kena layan gitu hahahhaa.
Alang dengan gaya rambut baru, hensem kann?? hahaha
Irfan 1 tahun 10 bulan, serius berani betul dia gunting rambut macam tu, time abang-abangnya dulu takut kat mesin gunting rambut tu hahaha. Cayalaaaa Alang ^_^
Irfan kalem sekali di cukur ya, good boy
hoho..
memang macho bergaya tak terkalah irfan nih.
makasih pakcik titan 😛
nufail bulan lepas gunting rambut.. meragam pulak dia..
ye ada tengok gambar terbaru nufail di instagram. gunting di kedai ke dia sampai meragam tu?
alahai comel nya irfan duk atas kerusi… behave je dia…
Dah biasa tengok abang2, tu yang dia ok kot 🙂
Adik ensem….meh saya nak gomo2 sikit..hehehe
nanti hazim jeles lah uncle 😛
Hensemlah Irfan selepas digunting rambut. 🙂
Hahahahhaa makasih uncle 😀