Cuti-cuti Ke Penang

Salam, wahhh punyalah terlampau sibuk sungguh, banyak aktiviti sebenarnya tu yang tak dapat nak update blog juga, manjang jalan sana sini, ni banyak benda nak update tapi tak tau nak mula yang mana dulu, semua pun cerita yang best-best hahaha, bestlah sebab entry Travel kan hihihi, kali ni kami Cuti-cuti Ke Penang, syiokkkk~ serius cakap, kat Pulau Pinang ni banyak tempat menarik tau!, tapi tulah sehari je boleh habis pergi semua tepat tu ngehngehh..

jambatan kedua pulau pinang1

Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)

Memandangkan kami sekeluarga berhari raya Aidiladha di rumah Tok En. Suami di Kedah, jadinya kami mengambil kesempatan untuk bercuti dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.

Percutian yang sangat best sebab Surprise dari En.Suami, “Ibu, nanti call Hotel Vistana ataupun hotel Traders Penang ye”, kita jalan-jalan Penang dulu”, hah lebih kurang gitulah ayat En.Suami heheeee, percutian yang tak banyak songeh dan tak banyak plan. Call Hotel pun kejap je setel bab booking Suite, dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

jambatan kedua pulau pinang

Gambar tak clear sebabnya cuaca time ni mendung dan hujan sekejap, plus tak bawapun DSLR, cuma guna kamera Smartphone aje, tu pun dah seronok sebab dapat rakam kenangan sepanjang bercuti diutara ni.

hotel vistana penang

Ni gambar dalam bilik anak-anak, amboiii excited diorang lompat sana sini atas katil tu hahahhaa, yelah kat rumah tak boleh buat gitu kan, mau kena jerit dengan mak dorang wahahaha. apa lagi bergustilah dorang atas katil tu muehehee.

Ni baru entry intro je ni, jap-jap lagi menyusul entry sambungan pulak, tak syiok combine semua, tak puas plus nanti kang meleret-leret, nak view gambar pun slow je kan heheee. layann~

baby comel

Nah dulu seketul gambar “mengulu” dari Alang Irfan heheeee

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 thoughts on “Cuti-cuti Ke Penang”

Leave a Reply

Your email address will not be published.