Salam, baru-baru ini Angah tak sihat, Muntah dan pening2, gaya muntah tu macam orang mengandung, kesian jugalah sampai tak sekolah sehari tu, bawa dia pergi klinik, doktor sarankan buat pemeriksaan mata untuk Mengesan Rabun Mata Dan Silau (Astigmatisma) Pada Kanak-kanak.
Di Klang ni kami suka buat pemeriksaan mata di Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang, Mahal tapinya memang berbaloi, Dr Choong sangat baik dan peramah, pandai ambil hati anak-anak.
Si Abang 5 bulan yang lalu time buat tempahan spek mata
Sebelum ini Si Abang ada masalah rabun dan silau, dah setel bab si Abang, dah pakai spek pun dia sekarang, dah 5 bulan gitu. Dia pun dah selesa guna, erm..tapinya tak boleh pula kalau tak pakai spek tu, jadi pening tak boleh buat apa, sekarang ni dia memang bergantung harap dengan speknya…erm..kesian.
Ni Si Angah baru aje kelmarin dulu dapat spek matanya, Angah disahkan Rabun Mata dan Silau sama macam abangnya, power kedua beradik ni lebih kurang sama je 300 lebih, power yang sangat tinggi dikalangan kanak-kanak, erm..kesian kecik-kecik dah pakai spek huhuuu, apa boleh buat.
Hensem pulak Si Angah pakai spek ^_^
Saya sendiri memakai kaca mata sebab Rabun dan Silau ni, Kedua-dua anak pun pakai, ada yang kata mungkin sebab faktor keturunan, ntahlah…
Mengesan Rabun Mata Dan Silau Pada Kanak-kanak (Pengalaman anak-anak saya)
- Anak mengadu sakit kepala dan pening, kadang-kadang tu muntah sekali, mungkin sebab pening.
- Anak mengadu kata tak nampak dengan clear
- Kerap membawa balik buku kawan, tiru apa yang kawan tulis sebab tak nampak apa yang cikgu tulis di papan hitam
Rabun Silau ini datang sekali dengan pakej Rabun Dekat dan Rabun Jauh, ianya boleh dialami oleh pelbagai peringkat umur. Ianya juga boleh terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan ataupun pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau ni, cuma tahap keterukannya sahaja yang berbeza-beza.
Mata Normal, penglihatan dengan satu titik fokus
Mata Rabun Silau dengan banyak titik fokus
Rabun silau ni kalau tak dibetulkan boleh menyebabkan penghidap mengalami gejala-gejala seperti pandangan kabur pada sebarang objek, masalah mata letih, kerap mengerdipkan mata ataupun menutup mata, sakit kepala, pening dan muntah, juga boleh mengakibatkan mata juling akibat keadaan mata yang tidak selari tau!, jangan main-main!, dan bahaya untuk memandu diwaktu malam kerana objek akan kelihatan terherot menjadi dua.
Saya sendiri tidak boleh memandu waktu malam, kalau tak pakai spek tu memang tak confident nak memandu.
Jadi apa yang perlu dilakukan?
- Bawa anak ke Klinik pakar mata untuk membuat pemeriksaan mata, doktor akan cek detail, siap scan masuk computer dan tunjuk segala urat mata.
- Sekiranya ada masalah Rabun Silau ni, doktor akan sarankan untuk anak memakai Kaca Mata, yang mana pemakaian kaca mata lebih selamat, senang dan menjadi pilihan ramai.
- Sekiranya perlu memakai kanta lekap, doktor akan beritahu, erm…tapi untuk anak-anak macam leceh kot, baik pilih untuk guna kaca mata.
- Pembedahan juga boleh dilakukan melalui laser ataupun lasik, apa pun pastikan telah mendapat khidmat nasihat dari pengamal perubatan yang bertauliah, tak semua orang sesuai dengan prosedur secara pembedahan ini.
Banyak main game ke sebab rabun silau??
Sekarang ini apa yang perlu kami lalukan bagi mengelakkan Alang Irfan pula dari Rabun Silau ni, iaitu dengan menggantung TV hahahahhaaa, sebabnya dia suka sangatlah lepak depan TV macam abang-abangnya sebelum ini. Nak main ke nak tengok TV ke mesti duk depan-depan TV tu, abang-abangnya dulu macam ni lah, tengok TV dekat-dekat hhuhuuuuu….
Saya tak rasa anak-anak saya dapat Rabun Silau sebab main game, sebab anak-anak bukan jenis yang senang-senang main game, ipad/tab diorang boleh pegang pun time cuti sekolah hujung tahun je, itupun bukan 24jam diorang main game. ada masa-masanya.
Ni saya syak sebab anak-anak tengok TV dekat-dekat, dah larang pun masih macam tu juga, time kita nampak takpelah, time kita tak nampak, elok je diorang beratur depan-depan TV tu, geram pun ada. huhuuu
Jadinya semalam tetiba En.Suami cakap nak gantung TV hahahahhaa, baguslaaa…dulu lagi dah bagi idea tu tapi macam tak peru sangat time tu, kali ni memang sungguh-sungguhlah kena gantung TV, kalau tak takut Alang Irfan pula ni kang pakai spek…haru je anak beranak pakai spek, nasib baiklah En.Suami tak pakai, jeles sebab mata dia clean and clear, alhamdulillah.
OK LAST!
Disebabkan kedai spek mata yang kami pergi ni ada SALE, saya pun dapat spek baru HAHAHA,.upgdare power gitu hhuuu~
– Orang kata Lobak elok untuk mata, ada lagi tips lain tak untuk kesihatan mata ni?
*Gambar : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/rabun-silau
Anda mengalami masalah mata spt rabun@silau @ selaput @ katarak @ dll yg berkaitan dgn mata,boleh la hubungi sy di 0179011736 (call,sms,wasap,wechat)
Blh juga ke fb sy : fadilah bt mahadi / page : rawat mata anda
InsyaAllah saya akan membantu anda memulihkan masalah mata anda.
kecik2 dah rabun. kesian jugak. harap rabun tu berkurang
suhailey recently posted..PENCUCI PINGGAN MANGKUK SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK | IBU TAK PERLU RISAU LAGI
Sayur wortel mengandung vitamin untuk mata.
setya recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
bagus juga dapat detect awal. bila pakai spec ni mmg nampak intelligent sikit :p
Raihanah Ahmad recently posted..Senarai Semak Persediaan Persekolahan Anak
Saya zaman belajar pun silau..sampai skang tak nak pakai cermin mata, nanti takut makin naik powernya..hehehe
eyriqazz recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
syukur dapat detect awal. kadang2 anak2 belum pandai nak cerita dia ada masalah mata. kesian juga nak belajar tak nampak. 🙂
Oja Samid recently posted..Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat
What’s up, the whole thing is going nicely here and
ofcourse every one is sharing information, that’s truly excellent, keep up writing.
Unfinished Bathroom Vanities recently posted..Unfinished Bathroom Vanities
lobak memang bagus…ada lagi satu makanan tambahan mcm carotomax boleh membantu. sebab sedara dia kencing manis, try carotomax, mata terang
Faizura Omar recently posted..Wanita Berkerjaya vs Surirumah
lepas ni kena buat jus lobak hari-hari kak..hihi..
MamaBard recently posted..Dilema Bila Anak Lambat Bercakap
Hensem abang Ngah pakai cermin mata. Harap mata beliau dapat kembali normal.
akubiomed recently posted..Cara pantas setting modem tp-link tdw8961nd