Menginap Di Hotel Vistana Penang

Salam, susulan entry percutian ke Pulau Pinang, kami Menginap Di Hotel Vistana Penang, hal-hal tempahan macam biasalah semua En.Suami berikan kepada saya hihihi. Mula-mula call Hotel Traders, hotel baru orang kata (anak syarikat hotel Shangri-La). Tapinya sayang tak boleh nak menginap disitu coz takde suite yang boleh memuatkan kami anak beranak, yang ada cuma bilik-bilik hotel aje, ada pun bilik hotel yang guna connecting room, ermmm tak bestlah.

hotel vistana pulau pinang

Sudahnya call Hotel Vistana Penang, zup zap call tak sampai 5 minit setel semua. Suite yang kami duduk ni 2 bilik, RM580 aje semalam, termasuk tax dan sarapan pagi untuk 4 orang.

Memang puas hati dengan servis yang diberikan, plus Suite yang kami dapat ni best gila. cantik, baru lagi dalamnya sebab baru renovate kot, kalau tak silap saya dulu-dulu boleh masak dalam Suite Hotel ni, tapi sejak dah direnovate dah tak boleh masak, tapi ok juga macam tu, kita pergi pun nak bercuti bukan nak masak-masak kan heheee, time ni lah nak merasa makanan sedap-sedap ditempat orang, betul tak??

Sesampai kami disini kami tunggu En.Suami dalam kereta dulu sementara En.Suami setelkan booking dan bayar segala mak nenek, lepastu staff Hotel datang angkat segala mak nenek bagasi kami untuk naik ke Suite kami.

hotel vistana penang

Laluan ke Suite Hotel, 1st impression wowww cun juga dekorasi Hotel ni, simple tapi menarik

hotel vistana penang

Swimming Pool, anak-anak teringin nak mandi tapi duk fikir takut selsema pula berendam, kang jadi 1 hal nak bercuti dengan keadaan tak sihat, lagipun nak datang sini untuk bercuti, bukan untuk mandi kolam muehee, nak mandi berendam macam ni kat rumah pun boleh kan, kan ada swimming pool portable tu hahaha.

hotel vistana penang

Yang ni Executive Room, boleh lepak-lepak 24 jam sini sambil mengopi, macam-macam jenis minuman ada, bancuh jelah kalau rajin. Cantik bilik ni..suka tengok!, oh ya gym pun ada tau, buka 24jam, bersenamlah sampai lebam pun..semuanya FREE, tapi tulah lupa pula nak masuk dalam tu kehkehkeh

Ok Jom tengok Suite kami pulak…..

suite hotel vistana penang3

Masuk-masuk je jumpa Dining area dulu

suite hotel vistana penang

Angah dan Alang gegolek kat sofa sambil tengok TV

hotel vistana penang

Asik hilang je si Abang ni, hahaha…meround kot time ni kikiki

suite hotel vistana penang

Bilik Mak pak dorang 😛

suite hotel vistana penang

suite hotel vistana penang

Sibuk je budak tecik ni hahahhaa

suite hotel vistana penang

Ini bilik anak-anak

suite hotel vistana penang

Abang awat muka macam tu??? haahhaa

suite hotel vistana penang

2 bilik air, bilik air yang sangat simple dan sangat-sangat menarik, mandi sejam pun takpe ni hahaha

suite hotel vistana penang

Budak kecik ni mandi kejap je, marah dia tak puas tau hahaha

suite hotel vistana penang

Ini bilik bacaan kot, tahlah, dalam bilik ni ada ruangan untuk menggosok baju, ada meja dan lampu bacaan, ada air dan peti sejuk juga, serius cun bila digabungkan dalam 1 bilik macam ni, agaknya kalau lepak blogging dalam ni pun best, air dan tersedia kat tepi tu ha tinggal bancuh je, kat bawah meja tu pula ada peti sejuk, nak makan ke minum ke capai je dalam peti tu..semua keliling je hahaha syiok, rasa nak buat 1 bilik gini tapi kat rumah ni dah takde ruang, bilik 4 pun kat rumah ni macam tak cukup je hahahaa.

suite hotel vistana penang

Hahhhh….cari apa tuuuu??

pemandangan pulau pinang

Pemandangan dari tingkat 23 Suite Hotel Vistana Penang

pemandangan pulau pinang

Untung dapat Suite kat tepi ni, boleh tengok view cantik.

pemandangan penang

Ini view dari bilik anak-anak, kalau malam cantik sungguh, nampak Queensbay Mall

pemandangan waku malam penang

Cantikkan view malam Penang ni, gerammmm sangat, ni yang syiok duk rumah atas ni hahaha, kami duk rumah atas tanah tu yang jakun sikit tengok view macam ni kikikiki.

Malam tu kami meround Pulau Pinang hahahhaa, balik dah kepenatan…terus tidooooo, dan siangnya bersiap untuk check out, sebelum tu kami bersarapan dahulu.

sarapan pagi di hotel vistana penang

Punyalah banyak menu breakfast, macam-macam jenis ada, kampung, western, chinese…eiii banyaklah serba serbi sampai tak tau nak ambik apa.

sarapan pagi di hotel vistana penang

omnomnommm…

sarapan pagi di hotel vistana penang

Tema pink hari tu muehehee

sarapan pagi di hotel vistana penang

My Big Bos ^_^

Untuk Hotel Vistana Penang ni saya bagi 4.5/5 bintang, sebabnya environment dan layanan yang sangat baik dan ramah sangat dari staff  Hotel Vistana Penang ni, murah dengan senyuman, cakap pun semuanya lemah lembut tak kira staff lelaki ke perempuan ke semua baik dan ramah-ramah belaka, dari staff penyambut tetamu yang buka pintu tu, staff yang angkat barang sampai ke Suite, Staff di kaunter, di cafe hotel…eiiii semualah muka manis je senyum kat orang, suka tau!, lepas tu kami ada request Baby Cot untuk Alang Irfan, kejap je diorang hantar, memang terbaiklah. barang-barang yang ada dalam Suite ni pun serba serbi ada, macam duduk rumah sendiri, selesa sangat. Siap ada free wifi lagi, Memang berbaloi sangat Menginap Di Hotel Vistana Penang ni. Puas hati! dan boleh senyum time checkout tu heheee coz berbaloi dengan apa yang dibayar.

hotel vistana penang

Check out, amboiii gaya Alang Irfan tu macam ayah pulak hahahhahaa. suka tengok gambar ni.

Gila panjang entry ni, macam lepas geram pun ada ni sebab hampir 2 minggu blog tak update muehehee, tangan pun macam tak mau nak berhenti menaip ni adoiii….ok nanti sambung entry jalan-jalan kat Penang pulak.

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “Menginap Di Hotel Vistana Penang”

  1. Wonderful beat ! I would like to apprentice even as you amend
    your website, how could i subscribe for a weblog website?

    The account helped me a acceptable deal. I have been tiny
    bit familiar of this your broadcast provided vivid
    clear idea

  2. Salam,

    Syoknyaa jalan2. Tapikan, dalam banyak2 benda buat kalau dok hotel, yang paling best ialah mandi swimming pool laa! Tapi kalau ada swimming pool portable kat rumah pun ok gak, hihihi

    1. hahaa yeee rm580 jeee semalam, oklah tu 2 bilik. now dah tak boleh nak duduk 1 bilik dengan anak-anak, tak muat, family makin besar kan. so kenalah cari suite macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.