Salam, minggu lepas saya ke Kedai peralatan menjual barangan Electric, tumpuan ke bahagian TV untuk mencari Bracket TV, dah sampai masanya untuk Pasang Bracket TV LED tu, sebab Alang Irfan tu suka sangatlah melepak depan TV, risau takut jadi rabun dan silau mata nanti, cukuplah abang-abang dah ber-empat mata sekarang ni, tak maulah Alang Irfan pun sama huuuu~

pasang bracket

hah dah tergantung, puas hati heheee

Jadinya apa lagi…misi mencari Bracket TV, sebelum tu En.Suami dah tunjuk gambar rupa Bracket TV yang dia nak tu, macam biasa saya yang cari, tugas-tugas ni saya boleh handle, tu yang laki sayang lebih tu hahahhaa.

Boleh tahan juga harga Bracket TV ni ye, dah tu ada macam-macam jenis pula tu, naik pening dibuatnya time memilih tu, ada yang saya berkenan tapi takde stock pula, ada satu kedai tu mak aiiii dia punya mahal sampai dekat RM500 pun ada. Whastapp En.Suami, katanya takpe suka hati nak yang mana.

jenis bracket tv

Jenis Bracket TV

Ada yang paling murah RM90 tapi yang biasa punya, yang boleh ejas keatas dan kebawah je, sikit je boleh ejasnya, tengok pun dah tau tak berapa nak kukuh, dah tu tak boleh nak ejas keluar masuk TV tu. plus takut TV jatuh

bracket tv adjustable

Mahal yang ni dekat rm500 juga, tapi keciklah macam tak yakin je

Yang En.Suami nak serba serbi boleh buat dengan TV tu, dia nak Bracket TV yang boleh di tarik ke depan dan belakang, boleh ejas ke kiri dan kekanan, pendek kata nak yang fully adjustable lah. senang time makan di dining area pun masih boleh tengok tv kan, tarik je tv tu kedepan dan ejas ke kanan sikit.

harga bracket tv

3 kedai saya pergi, semuanya tak menepati citarasa, adapun macam saya katakan kat atas tadi, harga mencekik darah hihihi, sudahnya ke Giant Bandar Bukit Tinggi, elok-elok masuk je terpandang kedai TV hahaha, memang cun sangatlah, tanya punya tanya alhamdulillah Bracket TV yang macam kami nak tu ada, tanya harga rm300, tawar menawar dapat rm250, time dorang tengak cek-cek barang saya try lagi minta kurang…akhirnya dapatlah RM200 HAHAHAHHAA, berbaloi-baloi sungguh.

Nah sekarang lega TV dah bergantung, takde lagi masalah anak-anak duk berhimpun depan TV hahahaa, lega sungguhlah, feeling tengok TV di kedai mamak plak dah, sebab kena dongak sikit heheeee.

Oh ye, Bracket TV ni En.Suami pasang sendiri, senang je pun, ada manual disertakan, nak suruh orang pasang pun boleh, dorang ada juga buat servis pemasangan Bracket TV ni, tapi kena bayar lebihlah.

– Memang betullah orang cakap, skill tawar menawar ni memang orang perempuan terer kikiki.