Salam, senyum sikit!!!! hahaha sebab pepagi boleh upadte blog, baik sikit mood Alang Irfan pagi ni, saja try on laptop, dia ok pula, tak pula cakap suruh tutup hahaha, ke sebab semalam dapat melepaskan geram kat Angahnya kikikiki. Kesian Angah kena gigit sampai berdarah-darah dengan Alang huuuuu~

Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit

Ni sekarang masalah yang saya hadapi dengan Alang Irfan, dia jadi suka sangatlah nak menggigit, tak boleh silap sikit atau buat dia marah, mesti dia kejar sampai dapat punya. Tapi sekarang ni dah kurang sikit, tak macam dulu-dulu.

Budak kalau mula-mula nak tumbuh gigi tu kita seronok lah, kita pun mula-mula duk seronok suka dia gigit, nah…sekarang amik ko!!! kalau dulu sua tangan suh gigit, sekarang ni sorok tangan dari dia hahahaa.

Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit

Sebenarnya sekarang ni dah kurang dah sikit tabiat Alang Irfan yang suka menggigit tu, takde dah ketagih nak menggigit macam dulu-dulu tu, kalau dulu kita tengah rilek pun tetiba menyinggah je gigi dia kat badan kita heheee, memang teruk sangat tau dulu, sampai kelam kabut abang-abang lintang pukang naik atas panjat tangga hahaha.

suite hotel vistana penang

Cabut gigi kang!!!!

Apa yang saya perasan sekarang ni, semakin Alang Irfan membesar dan banyak benda dia tahu dan boleh bercakap sedikit, semakin kurang tumpuannya untuk menggigit, alhamdulillah.

Ini Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit bagi sayalah ^_^

1. Tenangkan dahulu anak yang kena gigit tadi, pujuk dan bagi perhatian padanya, apatah lagi kalau anak orang lain kan, kita tak tahu gigitan tadi sakitnya macam mana.

2. Pujuk juga si kecik yang suka menggigit tadi dengan cara lembut tetapi tegas, katakan padanya “Jangan gigit orang!!” ataupun cakap “No!, tak boleh!”, tak perlu bebel banyak sebab dia pun tak faham sangat, bebel banyak kang nanti korang juga yang stress hihihi.

3. Bila keadaan dah tenang macam biasa, cuba bercakap dengan anak dan ajar dia cakap perkataan “Jangan” ataupun “No”, maknanya tak boleh. bila dia nak gigit je cepat-cepat cakap “Jangan” ataupun “No” jadi dia pun stop tak jadi nak gigit, “Jangan/No” di sini maknanya tidak membenarkan dia membuat perkara tersebut”.

4. Ini yang selalu saya buat, alih perhatian anak yang suka menggigit tadi dengan aktiviti lain, kalau dia tengah geram nak menggigit, laju-laju pergi kat dia tarik tangan dengan lembut, bagitahu dia “jom kita gi ambik biskut”, “Jom duk kat luar tengok kucing”…apa-apa jelah helah agar dapat mengalih perhatian dia heheeee. Alang Irfan senang je umpan dengan Biskut oklah dia hihihi.

Saya sendiri selalu jadi mangsa gigitannya bila tiba waktu menyusu erm….apa nak buat HAAHAHHAA, tapi sekarang ni dia tak gigit dah lah, cuma time dia tidur sambil menyusu tu ada juga dia tergigit, dengar mak nye menjerit dia lepaslah HAHAHA.

Kita sendiri faham anak kita macam mana kan?? jadi jangan putus asa untuk buat yang terbaik untuk anak-anak kita. Harap perkongsihan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang dalam dilema sebab masalah anak suka menggigit ni.