Salam, senyum sikit!!!! hahaha sebab pepagi boleh upadte blog, baik sikit mood Alang Irfan pagi ni, saja try on laptop, dia ok pula, tak pula cakap suruh tutup hahaha, ke sebab semalam dapat melepaskan geram kat Angahnya kikikiki. Kesian Angah kena gigit sampai berdarah-darah dengan Alang huuuuu~
Ni sekarang masalah yang saya hadapi dengan Alang Irfan, dia jadi suka sangatlah nak menggigit, tak boleh silap sikit atau buat dia marah, mesti dia kejar sampai dapat punya. Tapi sekarang ni dah kurang sikit, tak macam dulu-dulu.
Budak kalau mula-mula nak tumbuh gigi tu kita seronok lah, kita pun mula-mula duk seronok suka dia gigit, nah…sekarang amik ko!!! kalau dulu sua tangan suh gigit, sekarang ni sorok tangan dari dia hahahaa.
Sebenarnya sekarang ni dah kurang dah sikit tabiat Alang Irfan yang suka menggigit tu, takde dah ketagih nak menggigit macam dulu-dulu tu, kalau dulu kita tengah rilek pun tetiba menyinggah je gigi dia kat badan kita heheee, memang teruk sangat tau dulu, sampai kelam kabut abang-abang lintang pukang naik atas panjat tangga hahaha.
Cabut gigi kang!!!!
Apa yang saya perasan sekarang ni, semakin Alang Irfan membesar dan banyak benda dia tahu dan boleh bercakap sedikit, semakin kurang tumpuannya untuk menggigit, alhamdulillah.
Ini Petua Cara Mengatasi Anak Suka Menggigit bagi sayalah ^_^
1. Tenangkan dahulu anak yang kena gigit tadi, pujuk dan bagi perhatian padanya, apatah lagi kalau anak orang lain kan, kita tak tahu gigitan tadi sakitnya macam mana.
2. Pujuk juga si kecik yang suka menggigit tadi dengan cara lembut tetapi tegas, katakan padanya “Jangan gigit orang!!” ataupun cakap “No!, tak boleh!”, tak perlu bebel banyak sebab dia pun tak faham sangat, bebel banyak kang nanti korang juga yang stress hihihi.
3. Bila keadaan dah tenang macam biasa, cuba bercakap dengan anak dan ajar dia cakap perkataan “Jangan” ataupun “No”, maknanya tak boleh. bila dia nak gigit je cepat-cepat cakap “Jangan” ataupun “No” jadi dia pun stop tak jadi nak gigit, “Jangan/No” di sini maknanya tidak membenarkan dia membuat perkara tersebut”.
4. Ini yang selalu saya buat, alih perhatian anak yang suka menggigit tadi dengan aktiviti lain, kalau dia tengah geram nak menggigit, laju-laju pergi kat dia tarik tangan dengan lembut, bagitahu dia “jom kita gi ambik biskut”, “Jom duk kat luar tengok kucing”…apa-apa jelah helah agar dapat mengalih perhatian dia heheeee. Alang Irfan senang je umpan dengan Biskut oklah dia hihihi.
Saya sendiri selalu jadi mangsa gigitannya bila tiba waktu menyusu erm….apa nak buat HAAHAHHAA, tapi sekarang ni dia tak gigit dah lah, cuma time dia tidur sambil menyusu tu ada juga dia tergigit, dengar mak nye menjerit dia lepaslah HAHAHA.
Kita sendiri faham anak kita macam mana kan?? jadi jangan putus asa untuk buat yang terbaik untuk anak-anak kita. Harap perkongsihan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang dalam dilema sebab masalah anak suka menggigit ni.
saya suka tips no 4, selalu juga buat
tapi tips no 3 selalu asben buat, anak jadi macam ikut pula, di no no nya kat kita balik..huhu
mama solehah recently posted..10 sebab memilih suplemen shaklee
Memang anak-anak saat masa mau tumbuh gigi suka sekali gigit-gigit.
setya recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
salam kenal puan yanmie..
setakat ni anak saya Hani (1 tahun 2 bulan) tak menunjukkan tanda2 dia suka menggigit. Dia pula kena gigit kat taska..sampai lebam…. 😀
ctfand recently posted..Hobi Baru Kimi: Membuat Kapal Terbang Kertas
aishh..
main geget-geget la plak si irfan ni ye..
ohcikgu recently posted..Contoh Soalan dan Pakej Rujukan Peperiksaan Exam Online PTD 2014
ada sorang kawan saya share rahsia anak dah tak gigit dah..rahsianya ialah dia gigit anak dia balik..hehe..tapi serius memang lepas tu anak dia dah takde gigit2 lagi..
Mummy Dina recently posted..7 Tips Keselamatan Anak
Hah serius?? hahahhaa tak sampai hati kot nak gigit anak tu…
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
betul..dia memang buat camtu..saya pun x sampai hati nak gigit anak sendiri..gigit manja boleh la kot..hehe
Mummy Dina recently posted..Bayi Menangis – Punca Dan Cara Menenangkannya
Nasib baik anak AA Xde tabiat menggigit masa kecik2 dulu.cuma bila tergigit masa menyusu tu..aduhai…i
aishah ahmad recently posted..Perfume paling wangi dalam Malaysia
Anak no 1 dan 2 takde tabiat gini, yang ni jelah suka menggigit, tapi dah kurang dah ni.
menggigit masa nyusu tu memang azab rasa hahaaa
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
waa…tang digigit masa menyusu tu yg paling tak boleh tahan. mengingatnya je pun dh seriau. hehe..
Oja Samid recently posted..Cara Mudah Atasi Masalah Kulit Berminyak
Hahahhahaa dia punya sakit sampai boleh buat kita menjerit2.
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
Perghh, boleh geng ngan vampire ni… Hehehe
eyriqazz recently posted..Orang Lain Pun Nak Cepat
kejam tu klu geng dengan vampire
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
Salam.
muka yang suka mengigit tu comel je haa…
hihihi tq 🙂
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
Anak saya pun suka menggigit tapi bila dah nak masuk umur 2 tahun, dia dah mula berenti.. Masa kecil bila dia gigit jari rasa ok je sebab tak kuat sangat, tapi bila dah besar sikit sakit bukan main..hehehe
p/s : Blog KeretaMoto.com untuk dijual, berminat sila hubungi email mykeretamoto@gmail.com atau talian 019-4366764..
Yuzz recently posted..Tempahan dibuka untuk Benelli TNT 300
Sekarang ni dia dah nak masuk 2 tahun, dah kurang sikit, sebelum ni teruk juga, tak boleh usik sikit mesti dia nak balas dengan gigitan -..-”
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
Ikut siapalah nih yang suka mengigit? 🙂
akubiomed recently posted..Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Belum dikenal pasti lagi hihihiihi
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi