Salam, kan baru ni kami sekeluarga cuti-cuti ke Penang, sempatlah juga merasa makanan yang menarik disana, tapi sayangnya banyak tempat makan yang kami tak sempat pergi, plus perut asyik kenyang je manjang bila cuti-cuti ni, tak menyempat-nyempat nak lapar hihihi
Nurul Ikan Bakar Penang
Tapi apa yang bestnya kami sempat makan malam di kedai makan yang terletak di Batu Uban iaitu Kedai Makan Nurul Ikan Bakar, tu pun kebetulan je jumpa kedai makan tu, sebelum tu pusing sampai ke Georgetown cari kedai makan hahahaa, yelah nama pun tempat kita tak biasa kan, sesambil round bandar penang, sesambil cari kedai makan.
Kami order, Siakap masak 3 rasa, Udang goreng Tepung, Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar, memang sedap, terutamanya udang goreng tepung tu, nak-nak pulak anak-anak tak berapa makan udang ni, en.suami pun sama, kurang minat tapi dia order juga, maybe tau bini suka makan udang kan heheee, apa lagi…saya soranglah perabis..opssss tak!! berdua dengan Alang Irfan heheee.
Berbaloilah pusing-pusing town coz jumpa kedai makan yang best, kemain ramai gila umat makan kat sini, servis pun best tak tunggu lama.
Nak pula time tu hujan, nah memang ngam betullah dapat makan yang sedap-sedap gini hahaha, Abang dan Angah makan sampai licin you!, tak taulah sebab lapar ke sebab sedap hahaha.
Kami laki bini pun apa kurangnya, memang kenyang sungguhlah, puas hati dengan harga yang dibayar, untuk yang kami makan ni, kalau tak silap saya dalam RM80++ gitu, ikan siakap besaq!
Huiii dia punya teh ais tu sedap kaw-kaw punya!, slurrppp abis sungguh hheehee
Alang Irfan makan Udang goreng tepung je, tu pun dia sampai luah coz kenyang sangat meratah, mana tidaknya kami berdua je yang perabis mueheheee.
Dah kenyang-kenyang ni, balik hotel je anak-anak terus pengsan, bukan anak-anak je kot, dengan mak pak diorang sekali pengsan, HAHAHA punyalah penat hari tu.
Oh ye sebelum sampai Penang ni, duk berangan nak makan Kayu Nasi Kandar, sekali sampai sana tak teringin pulak, alahailah nafsu hahahhaa, padahal Restoran tu sebelah aje dengan Hotel Vistana Penang yang kami stay tu hahaha, ni dah balik ni barulah teringin nak pulak hiks, sabar jeler kan…
InsyaALLAH awal bulan depan nak ke Penang lagi, duk mengidam Mee Udang Sungai Dua ni heheee, harap-harap dapatlah merasa Mee Udang yang femes kat Sungai Dua tu hihihi.
Puas hati akak jalan jalan cari makan kali ni.
Penang memang banyak tempat menarik untuk makan
Awatlah hari tue pergi tak tau pasal kedai nie. Syok kalau pergi kedai yg serba-serbinya puas hati macam nie, kan?
sedap nya ikan bakar. kalau makan ramai2 ngn famili lagi sedap…
ikan bakar memang sedap tiada duanya
okeh.
pandai dah irfan lap tangan sendiri. 🙂
Memang seronok kan bila tengok anak-anak berselera je makan tambah kalau diorang tambah nasik ….
Nak tumpang kasi jap admin..hehe..
Tak buat kontest utk dpt like byk kat fb lgi ke ?sy cume tolong kwn je ni, tuk page dia yg baru..
Jom like ni..
https://m.facebook.com/home.php?soft=more#!/profile.php?id=815486688514270&ref=bookmark
saya ke Penang bulan ogos haritu, dan kami makan mee udang kat sg dua tu, memang superbb!! udang besar2. nyum nyumss…
Lepasni pi penang bolehla terjah…hehehe…
Selama myra duduk penang ni, baru sekali terjah Nurul ikan bakar..heheee
Memang sedap..
Port yang sesuai untuk pengemar makan makanan laut. Kalau belanja saya memang rugi sebab kurang gemar makan ikan. 🙂