Majlis Berkhatan Aiman Dan Haziq

Salam, alhamdulillah sabtu baru ni Majlis Berkhatan Aiman Dan Haziq yang mana mereka turut serta dalam Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014 di Surau Bandar Puteri Klang. Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab besar kepada anak-anak.

majlis berkhatan beramai-ramai

Majlis pada pagi tu sederhana tetapi meriah, seawal 7.45 pagi kami sekeluarga dah sampai di Surau Annur Bandar Puteri ni, bayar yuran pendaftaran siap-siap lepas tu ada jamuan sikit dan kemudian tunggu Bomba sampai untuk acara mandi air pancuran bomba.

Continue reading “Majlis Berkhatan Aiman Dan Haziq”

Kem Cuti Sekolah 2014

Salam, Kem Cuti Sekolah 2014 kem yang dinanti-nanti oleh pelajar dan juga ibu bapa, bukan takat tu je, kalau boleh apa-apa program yang melibatkan anak-anak sekolah ni mesti nak masukkan dorang sekali kan?. saya ada jugalah cari info tentang Kem Cuti Sekolah 2014 ni untuk anak-anak saya, tapi sayangnya umur mereka tidak melayakkan untuk mereka menyertainya.

kem cuti sekolah 2014

Takpelah, maybe insyaALLAH tahun depan, dah alang-alang tu nak share info dari Surau tempat tinggal saya ni, apakata daftarkan anak-anak remaja anda yang berumur 12-17 tahun untuk Kem Daurah Remaja yang bakal diadakan di Kem Sungai Congkak.

Menariknya Kem ni sarat dengan pengisian ilmu (Modul JAIS) seperti:

  •  Aqidah
  • Ibadah
  • Al-Quran & Tajwid
  • Sirah
  • Hadith
  • Akhlak
  • Jawi
  • Doa Hafazan

Bestkan??? rugi rasanya kalau tak rebut peluang macam ni, setahun sekali je ada Kem Cuti Sekolah macam ni. Jadi apakata daftarkan anak-anak anda, yuran pun murah sangat-sangat cuma RM150 sahaja untuk 6 hari yang padat dengan pengisian ilmu, insyaALLAH.

Untuk keterangan lanjut contact je ye no dalam gambar tu, cepat-cepat tempat adalah terhad.

Sejujurnya saya rasa amat beruntung, surau tempat tinggal saya ini penuh dengan aktiviti, terdahulu saya juga ada menghantar anak-anak saya menyertai Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014, dan yang terkini saya baru sahaja mendaftarkan mereka untuk Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.

– Jom share dengan pembaca blog ni kot ada lagi Kem Cuti Sekolah 2014 yang menarik~

Mee Udang Sungai Dua Penang

Salam, sabtu lepas kami ke Penang lagi, kali ke 2 sampai Penang, kali ni tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan top famous kat Sungai Dua Penang tu, apa lagi kalau bukan Mee Udang Sungai Dua, bak kata orang kalau dah sampai Sungai Dua ni tak lengkap rasanya kalau tak pekena Mee Udangnya.

mee udang sungai dua penang

Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang

Oh tapi tudiaaaa belambak-lambak Restoran yang jual Mee Udang ni, sampai tak tahu nak makan kat Restoran yang mana satu, mujur juga Owner Homestay yang kami duduk tu ada bagi cadangan Restoran Mee Udang yang Popular di sana sedap katanya, cuma sedia duit jelah nak bayar sebab udang tu besar-besar, kena timbang dulu ngeh…ngeh..ngeh…

Continue reading “Mee Udang Sungai Dua Penang”

Tarikh Buka Sekolah 2015

Tarikh Buka Sekolah 2015 tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa dan juga murid, dimana bermulanya hari pertama persekolahan bagi sesi tahun 2015. Mana yang baru memasuki alam persekolahan mesti mak pak lebih excited, betul tak?? yang pelajar pula excited nak jumpa kawan-kawan, lama sangat cuti kan..tak lupa juga excited pakai baju, beg dan kasut baru heheee.

tarikh buka sekolah 2015

Ok Tarikh Buka Sekolah 2015 bagi KUMPULAN A iaitu Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada tarikh 04.1.2015.

Continue reading “Tarikh Buka Sekolah 2015”

Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014

Salam, lebih kurang tinggal seminggu je lagi cuti sekolah kan? mesti mak pak dah plan cuti-cuti sekolah untuk anak-anak kan?, kami belum ada apa-apa perancangan, perut makin sarat ni, nak kemana-mana pun macam tak berapa nak larat sangat, cumanya dah daftarkan anak-anak dalam Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.

program bersunat 2014

InsyaALLAH 22.11.2014 ini nanti anak-anak akan berkhatan di Surau Bandar Puteri Klang, harapnya program tersebut berjalan dengan lancar, amin….

Sebelum ni ada juga mencari klinik untuk berkhatan/bersunat untuk anak-anak, tapinya ada pun jauh dari rumah, macam masalah pula nak bawa anak balik dari berkhatan tu, takut kesakitan masa dalam perjalanan balik tu, dah ada program ni elok sangatlah, surau pun kat area rumah ni je. Alhamdulillah.

Continue reading “Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014”

Tanda-tanda Ingin Bersalin

Salam, wahhhh tudiaaaa pejam celik  insyaALLAH 11 minggu lagi kalau diizinkan oleh-NYA, lahir lah adik Irfan nanti, kejap je rasanya kali ni, mungkin sebab sibuk tu yang tak terasa masa cepat berlalu kot, nak ingat balik Tanda-tanda Bersalin sebelum ni yang pernah saya alami. Macam dah lupa sikit-sikit hihii

cesarean

Moga-moga kali ni bersalin cara normal, Irfan dulu cara macam kat atas tu (Cesarean)

Maklumlah pengalaman lain-lain kan, anak yang ni macam ni, yang tu macam tu, memang lain sungguhlah, tapi yang saya listkan dibawah ni Tanda-tanda Bersalin yang saya sendiri alami.

Continue reading “Tanda-tanda Ingin Bersalin”

Jalan-jalan Di Bukit Bendera Pulau Pinang

Salam, seronok bila dapat bercuti-cuti ni kan, baru ni kami Cuti-cuti Ke Penang dan Menginap Di Hotel Vistana Penang. Serius cakap cuti-cuti kat Penang ni memang best, banyak tempat menarik, Tempat Makan Menarik. Kami juga ambil kesempatan untuk pusing-pusing 1 penang tu, sehari je boleh khatam pusing 1 Penang, tapi tak puas sebabnya cuaca time tu sejuk-sejuk, hujan dari pagi sampailah ke malam kehkehkeh. Timing tak ngam kot!

bukit bendera pulau pinang

Tapi takpe insyaALLAH hujung minggu ni kami nak ke Penang lagi, kali ni sewa Homestay di Sungai Dua, haaaa dapatlah merasa nanti Mee Udang Sungai Dua, insyaALLAH. itupun kalau takde halangan.

Continue reading “Jalan-jalan Di Bukit Bendera Pulau Pinang”