Jalan-jalan Di Bukit Bendera Pulau Pinang

Salam, seronok bila dapat bercuti-cuti ni kan, baru ni kami Cuti-cuti Ke Penang dan Menginap Di Hotel Vistana Penang. Serius cakap cuti-cuti kat Penang ni memang best, banyak tempat menarik, Tempat Makan Menarik. Kami juga ambil kesempatan untuk pusing-pusing 1 penang tu, sehari je boleh khatam pusing 1 Penang, tapi tak puas sebabnya cuaca time tu sejuk-sejuk, hujan dari pagi sampailah ke malam kehkehkeh. Timing tak ngam kot!

bukit bendera pulau pinang

Tapi takpe insyaALLAH hujung minggu ni kami nak ke Penang lagi, kali ni sewa Homestay di Sungai Dua, haaaa dapatlah merasa nanti Mee Udang Sungai Dua, insyaALLAH. itupun kalau takde halangan.

penang hill bukit bendera

Eh….nak cerita tentang Jalan-jalan Di Bukit Bendera Pulau Pinang, terpanjang pula mukadimah heheee, seronok juga naik ke Bukit Bendera ni, pemandangan yang cantik, tapi macam saya katakan tadi, cuaca sejuk huhuhu, elok sampai atas tu tetiba hujan lebat, so lepak ajelah kat atas tu, takde gi memana dah kat atas tu, lepak makan-makan dan minum-minum aje. Kesian kan?? hahahah

tiket ke bukit bendera pulau pinang

Kami ambik tiket Pakej Keluarga iaitu untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM18 pergi balik, murah je kan??, yang beli tiket ni kena tunjuk kad pengenalan baru dapat harga murah gitu.

kereta api bukit bendera pulau pinang

Kalau tengok dari bawah memang tinggi juga kereta api ni panjat Bukit Bendera ni, tapi bila dah naik tu takdelah rasa gayat ke apa, biasa aje.

kereta api bukit bendera pulau pinang

Alang Irfan excited tengok orang ramai dalam train ni, takde pun rasa takut ke gayat ke, dia boleh bantai gelak dalam tu hihihi

bukit bendera pulau pinang

bukit bendera pulau pinang

Walaupun hujan, pengunjung tetap ramai…terbaiklah!

bukit bendera penang

Mula-mula sampai kat atas ni terkejutlah juga, ingatkan takde kedai-kedai macam ni, rupanya berlambak kedai-kedai yang menjual barangan cenderahati, juga ada kedai buah-buahan dan minuman.

restoran bukit bendera penang

Dah sampai atas ni hujan lebat, pekena air dan buah dulu sementara tunggu hujan reda, sekali tu hujan tak reda-reda juga pun, tak dapek lah nak gi muzium kat atas tu, dan tak dapatlah juga tengok view dari bukit bendera ni, hahaha alahaiii nasib badan, bukan rezeki kot. takpe next time insyaALLAH.

irfan dan ayah

Nasiblah Alang Irfan baik sangat time ni, dia janji duk dengan ayah dia diamlah, sebab ayah suka dukung dia, Ibu dah tak larat -..-“

kedai minum bukit bendera penang

Berlepak-kan, mujur kami dapat meja, takdelah berdiri sesaja nengok hujan turun hihihi

kedai cenderahati di bukit bendera

Sempatlah juga belikan anak-anak baju Penang ni sebagai kenangan, sorang sehelai dah lah heheee, siap boleh tuliskan nama lagi kat baju tu.

bukit bendera pulau pinang

Hujan -..-“

Walaupun cuaca hujan sepanjang kami di Bukit Bendera Pulau Pinang ni hujan, tetap puas hati jugalah sebab dapat naik sampai ke atas, dapat jugalah jejakkan kaki kesana kan, sebelum ni dengar dan tengok gambar orang lain je heheeee.

Ok nanti sambung lagi, ada banyak nak update ni ^_^

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Jalan-jalan Di Bukit Bendera Pulau Pinang”

  1. Menarik nya boleh printing baju terus kat sana.

    Siap boleh tulis nama sendiri lagi. Boleh jadi kenang kenangan bila balik ke rumah nanti

    Jauh berjalan luas permandangan

  2. syoknya jln2 bukit bendera.. lama dh xp mmg merangcang nk p sana. bila k.yan nk p lagi haloo haloo ler.. kut leh singgah taiping.. leh ler jumpe.. ^_~

Leave a Reply

Your email address will not be published.