Salam, Kem Cuti Sekolah 2014 kem yang dinanti-nanti oleh pelajar dan juga ibu bapa, bukan takat tu je, kalau boleh apa-apa program yang melibatkan anak-anak sekolah ni mesti nak masukkan dorang sekali kan?. saya ada jugalah cari info tentang Kem Cuti Sekolah 2014 ni untuk anak-anak saya, tapi sayangnya umur mereka tidak melayakkan untuk mereka menyertainya.
Takpelah, maybe insyaALLAH tahun depan, dah alang-alang tu nak share info dari Surau tempat tinggal saya ni, apakata daftarkan anak-anak remaja anda yang berumur 12-17 tahun untuk Kem Daurah Remaja yang bakal diadakan di Kem Sungai Congkak.
Menariknya Kem ni sarat dengan pengisian ilmu (Modul JAIS) seperti:
- Aqidah
- Ibadah
- Al-Quran & Tajwid
- Sirah
- Hadith
- Akhlak
- Jawi
- Doa Hafazan
Bestkan??? rugi rasanya kalau tak rebut peluang macam ni, setahun sekali je ada Kem Cuti Sekolah macam ni. Jadi apakata daftarkan anak-anak anda, yuran pun murah sangat-sangat cuma RM150 sahaja untuk 6 hari yang padat dengan pengisian ilmu, insyaALLAH.
Untuk keterangan lanjut contact je ye no dalam gambar tu, cepat-cepat tempat adalah terhad.
Sejujurnya saya rasa amat beruntung, surau tempat tinggal saya ini penuh dengan aktiviti, terdahulu saya juga ada menghantar anak-anak saya menyertai Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014, dan yang terkini saya baru sahaja mendaftarkan mereka untuk Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.
– Jom share dengan pembaca blog ni kot ada lagi Kem Cuti Sekolah 2014 yang menarik~
Yup..program macam ni memang patut masukkan nama anak..hehe
bagus ni. Tapi anak sedara Sya kecil lagi, baru 2 tahun.
paling besar pun baru 4 tahun ^_^
Bestni…tapi alisya baru 5 tahun…..
Dah boleh simpan duit dari awal. 🙂 Cukup masa memang terus laju laju hantar
sekarang untung sebab banyak kem2 n aktiviti untuk musim cuti sekolah, kan? tinggal pilih yg mana sesuai dengan kemampuan, keperluan n kemudahan masing2 je. 🙂
I got this site from my friend who informed
me about this web page and now this time I am browsing this site and reading very informative posts here.
Memang bagus program cam ni at least terluang masa tu dgn program bermanfaat.
Bagus ada kem sebegini dari anak-anak bosan dan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah masa cuti sekolah.
Bagus anak-anak dapat menyertai program yang dapat membina keperibadian dan kerahonian sempena cuti sekolah.
dah nak musim sekolah dah.
Gunakanlah dengan bermanfaat ye. hehe
Ibu bapa mesti rancang untuk anak anak. Masa yang dah di bazirkan tidak akan kembali
seronoknya. tapi tu lah anak saya pon belum cukup umur. memang plan bila dah bole ikut program camni kompem nak anta
Alhamdulillah dan tahniah kerana menyokong program anjuran surau dan masjid bandar puteri klang…
Alhamdulillah tahniah kak kerana sokong program anjuran surau dan masjid belah bandar puteri.
Lagipun mendorong kesedaran agama dalam diri anak anak
Moga dapat jadi bekalan masa akan datang.
Pencen kubur kita juga kan. Masa yang tidk di manfaatkan dengan perkara baik automatik akan di ganti dengan perkara sia sia.
Kita sebagai ibu bapa yang mencorak mereka sebagai kain puith ni