Majlis Berkhatan Aiman Dan Haziq

Salam, alhamdulillah sabtu baru ni Majlis Berkhatan Aiman Dan Haziq yang mana mereka turut serta dalam Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014 di Surau Bandar Puteri Klang. Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab besar kepada anak-anak.

majlis berkhatan beramai-ramai

Majlis pada pagi tu sederhana tetapi meriah, seawal 7.45 pagi kami sekeluarga dah sampai di Surau Annur Bandar Puteri ni, bayar yuran pendaftaran siap-siap lepas tu ada jamuan sikit dan kemudian tunggu Bomba sampai untuk acara mandi air pancuran bomba.

majlis berkhatan beramai-ramai

Seronok tengok anak-anak yang begitu meriah pada pagi tu, ramai mak pak yang jadi fotografer dan videografer untuk anak-anak. ni sebahagian kanak-kanak je, ada lagi yang tak mandi sekali, semuanya 17 orang peserta.

majlis berkhatan beramai-ramai

Selesai mandi, salin baju dan dengar taklimat dari Doktor Salleh dari Poliklinik MyMedik, kami diterangkan tentang kaedah yang digunakan serta cara penjagaan semasa dalam pantang.

doktor salleh poliklinik mymedik

lepas tu rest sekejap sementara doktor dan staffnya memanggil no giliran, untuk Aiman dan Haziq, saya sendiri minta untuk mendahulukan anak-anak saya, jadinya no giliran 1 dan 2. hahahahhaa….bukan apa takut kalau no tengah atau last nanti kang jenuh nak pujuk, silap-silap tak mau sunat sebab tengok kawan-kawan lain menjerit menangis, so disini mak pak kena pandai mainkan peranan, sebab tu saya minta no 1 dan 2. hihihi…

aiman dan haziq berkhatan

Ini gambar sebelum berkhatan, Aiman mata berkaca, berdebar agaknya menanti saat-saat menjadi orang besar, haziq rileks je dia, masih boleh tersenyum.

Ok no dah panggil, sekali masuk terus 2 orang, kiranya doktor buat serentak, lepas sorang doktor ke sebelah pula buat lagi sorang, kiranya dalam masa yang sama anak-anak berdua dalam tu, mujur juga ibu bapa boleh temankan anak-anak.

aiman bersunat

Baca doa terlebih dahulu

haziq bersunat

Haziq mendengar penerangan dan baca doa

Mula-mula tu saya dan suami temankan Aiman, lepas tu saya kesebelah pula temankan Haziq, tetapi disebabkan Haziq menangis, saya minta suami aje temankan haziq, saya tak kuat nak memujuk haziq yang time tu kesakitan menangis hahahhaa, so suamilah yang temankan haziq disebelah.

Pertama kali saya melihat proses berkhatan dari A – Z, terbeliak bijik mata nengok prosesnya, terasa sakit ngilu sama masa kulit “Anu” dipotong, time ni suami masuk tengok Aiman, suami tengok saya dah lain macam gaya hahahaha, seriau ok!, time potong tu, dengar juga aiman ngadu “au..auuuu..sakit…”, saya pula cakap “sikit lagi abang…sikit lagi”, padahal doktor baru gunting sikit time tu hahahahhaa…ngeri tengok. Suami senyum aje nengok keletah saya hahahhaa.

Tapi yang bestnya time doktor injek bius dan potong kulit tu, aiman takde pun menjerit-jerit, sepanjang-panjang proses tu aiman tak henti-henti selawat, good boy!

Setel Aiman, doktor kesebelah pula uruskan Haziq, yang ni suamilah teman, saya tak kuat meneman haziq sebab dia meraung heheeee.

kanak-kanak bersunat

2 hari juga Irfan ajuk cara jalan abang-abangnya HAHAHA

Keluar dari bilik berkhatan tu, aiman siap boleh jalan, orang lain tengok pun seronok, duk cakap kat anak diorang, “Tengok abang tu…tak sakit pun” hahahaha. tapi….nah kau sampai dirumah bius bersunat tadi dah hilang hahahhaa, melayan lah drama diorang adoiiiiii….sabar…sabar…

Sampai dirumah pula mulalah suami pasang tali untuk gantung kain pelikat anak-anak ni, jadi takdelah terkena kat Anu dorang, sakit kalau terkena kain tu, tapinya 2 hari je buat macam tu, hari ke 3 tu dah tak guna dah tali tu.

Dan hari ke 3 alhamdulillah anak-anak dah boleh berjalan, cuma aiman ni manja sikit, kena pujuk je manjang baru nak bergerak, kalau tak nak terbaring aje sambil kontrol remote -..-“

Hari ke 4 Haziq dah mula pakai seluar, dan sehingga hari ni haziq dah boleh pakai seluar tanpa banyak songeh banding dengan abangnya masih berkain pelikat, tapi mereka aktif kesana kemari, siap boleh panjat tangga naik keatas.

cuma saya pantaulah juga setiap pergerakan mereka, tak boleh aktif sangat, takut bentan orang kata, nanti lagi susah nak jaga.

Sepanjang anak-anak dalam pantang ni, suamilah yang menguruskan dorang, yang pegang dan lap anu dorang, saya memang tak pegang pun, anak-anak tak bagi pegang, plus suami pun tak bagi, katanya tak boleh pegang anu anak, tak elok hahahhaha, jadinya suamilah yang uruskan penjagaan Anu anak-anak tu. kikikiki

Bab makan pula tak susah, anak-anak nak makan yang simple-simple aje, macam nasi goreng kosong letak bawang putih, garam dan ikan bilis je, dan bubur nasi. simple je kan??, saya buat sup ikan merah dorang tak mau. jadi menu dorang 2 jenis tu jelah. pagi pula makan roti aje. ni memang betul-betul pantang macam orang lepas beranak hehheee. Mujurlah tak komplen macam-macam. Alhamdulillah.

irfan yanmie

ok next 4-5 tahun lagi giliran Irfan pula kikiki, siaplah ko anak!!

kain pelikat kanak-kanak

Nasib baiklah terfikir nak belikan anak-anak kain pelikat untuk kanak-kanak, kalau tak jenuh juga pakai kain pelikat bapak dorang hahaha, comel gila kain pelikat kanak-kanak ni, yang pelikat mangga junior tu kainnya sedap pakai tapi ada tinggal 3 tu je, yang 3 lagi beli yang brand Emirates ok juga, cuma pelikat mangga tu kainnya comel. Puas hati beli. Sesambil tu boleh ajar biasakan anak-anak pakai kain pelikat, nanti solat pakai kain pelikat je, takyah pakai seluar, baru nampak macam budak besar heheee.

Oklah tu je, ada banyak lagi gambar tapi gambar yang menjolok mata tak boleh dipamerkan disini kang meraung anak-anak tengok blog nanti hahahahhaa, cukuplah apa yang ada ni sebagai kenang-kenangan untuk mereka.

– Selamat menempuh hari besar buat anak-anak ^_^

You Might Also Like

35 Replies to “Majlis Berkhatan Aiman Dan Haziq”

  1. Gingko Biloba has been used by the Chinese for centuries to treat various
    ailments and is now thought to be an effective natural treatment for tinnitus.
    Practicing yoga exercises or any other meditation techniques helps to a great extend in reducing stress and tension. 3 inches,
    which makes it the largest known beetle species in the Amazon.

    Feel free to surf to my blog – how to cure external hemorrhoids
    (pusku.com)
    pusku.com recently posted..pusku.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge