Salam, sabtu lepas kami ke Penang lagi, kali ke 2 sampai Penang, kali ni tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan top famous kat Sungai Dua Penang tu, apa lagi kalau bukan Mee Udang Sungai Dua, bak kata orang kalau dah sampai Sungai Dua ni tak lengkap rasanya kalau tak pekena Mee Udangnya.
Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang
Oh tapi tudiaaaa belambak-lambak Restoran yang jual Mee Udang ni, sampai tak tahu nak makan kat Restoran yang mana satu, mujur juga Owner Homestay yang kami duduk tu ada bagi cadangan Restoran Mee Udang yang Popular di sana sedap katanya, cuma sedia duit jelah nak bayar sebab udang tu besar-besar, kena timbang dulu ngeh…ngeh..ngeh…
Semasa dalam perjalanan kami dari Klang Ke Penang, saya cakap dengan En.Suami nak makan Mee Udang Sungai Dua, teringin. Malam tu En.Suami bawa gi makan Mee Udang yang Popular di Sungai Dua tu, hihihi bahagiaaanyaaaaa rasa anak tekak ni, dapat apa yang dihajati. Alhamdulillah.
Malam tu kami dinner dengan family abang ipar sekali, meriahnya makan ramai-ramai, kami dewasa 4 orang je, tapi anak-anak ada 7, anak-anak tulah yang buat meriah hihihi.
Kami order Mee Udang, Tomyam, Sayur, Telur dadar, ikutkan En.Suami nak order ikan, tapi time ni ikan semua dah habis, jadinya order jelah apa yang ada, janji dapat merasa Mee Udang tu…itu yang penting heheee
Close up sikit, Udang tu timbang dulu, kami ambil 11 ekor kena RM70 macam tu, udang je tau!, so kiralah 1 ekor tu berapa RM ye hahaha, tapi puas hatilah sebab udangnya besar-besar, fresh lagi tu!, memang puas hati.
Kami order Air Milo Suam 1 Jug, Air Suam 1 Jug dan Air kelapa ni RM5 untuk saya heheehee
Puas hati makan semuanya berselera, abis licin semua, kuah Mee udang tu pun licin, sampai tonggeng mangkuk nak ambik kuah hahahaa. oh ye Tomyam pun sodaaappp.
Total untuk makan malam kami di Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang ni, RM160. Oklah kot harganya, biasa kami 1 famili makan pun bayar dalam rm70-80 gitu, ni 2 family kira ngam lah kan..
Bulan 2 tahun depan nak turun Penang lagi, nak try Char Kuey Teow Sungai Dua pula, itupun kalau dah lepas pantang…erm…hahaha, harapnya laaaa
– Alhamdulillah tertunai sudah hajat dihati kikiki
wahh bestnyaa
Aduhaii … geramnya tengok udang2 besar tu. Tapi takut gout!
saya yang tgk i plak terasa nak makan mee udang, hehhee
macam sedap je mee udang tu. banyak udang dia. Selalunya kalau beli mee udang ni..paling hebat pun boleh la jumpa 3 ekor..huhu
Salam Kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: http://www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
pergh memang masyuk kot..pernah skli pergi makan kt tempat nie.mula2 tengok harga RMa pastu bkn main layan lagi tp bila bayar jadi RMb..rupaya salah oder size mee udang..terkona den..haha..pape mmg terbaik..
Sedap nye Memang sedap mee udung kat situ, saya pun pernah makan mee udang kat situ
Besar juga mangkuk mee udang dia.Memng berbaloi.
terliur plak tengok air kelapa tuhh..
Salam,
Wow, sedap nya… buat saya terliur pulak… 🙂
Mee udang besar. Fuhh berapi ni kak mie.
🙂 Kecur air liur
Salam ukhwah ….wah nengokkan gambor nye tu pun dah tau mesti sodappp habis 😀 . So far, kalau yang kat area Pantai Merdeka pun ada juga yang sedap ..
waaaahhh… menarik dan tertarik tengok makan-makan ni. tempat best pulak tu…
Rojak, Pasembor dan Nasi Kandar wajib kalau ke Pulau Mutiara. Terliur melihat menu-menu didalam entri ini. 🙂
Salam,
Fuhh tu dia udang besar-besar. Sedap nya… Akak buat saya terliur pulak… senang tak nk cari kedai ni? Hari tu g Penang, tak jumpa…
dah lame tak p penang, memang kalo kepingin nak makan sedap2 elok p penang…
Hohohoho..kak yan bikin saya leleh la…
wow.. makan besar ni..
sedap oo..