Tanda-tanda Ingin Bersalin

Salam, wahhhh tudiaaaa pejam celik  insyaALLAH 11 minggu lagi kalau diizinkan oleh-NYA, lahir lah adik Irfan nanti, kejap je rasanya kali ni, mungkin sebab sibuk tu yang tak terasa masa cepat berlalu kot, nak ingat balik Tanda-tanda Bersalin sebelum ni yang pernah saya alami. Macam dah lupa sikit-sikit hihii

cesarean

Moga-moga kali ni bersalin cara normal, Irfan dulu cara macam kat atas tu (Cesarean)

Maklumlah pengalaman lain-lain kan, anak yang ni macam ni, yang tu macam tu, memang lain sungguhlah, tapi yang saya listkan dibawah ni Tanda-tanda Bersalin yang saya sendiri alami.

Tanda-tanda Bersalin

  • Sakit dibahagian belakang punggung dan ari-ari seperti senggugut
  • Berlakunya Contraction sama ada Contraction Braxton Hicks yang lebih kuat dan kerap yang ni kena alertlah ye, buat kiraan sendiri senang nak pantau
  • lelehan lendir yang luar biasa berserta darah berwarna kecoklatan, sedikit je
  • Rasa macam nak buang air besar tapi tak membuang pun
  • Pecah air ketuban

baju baby

Lain orang lain Tanda-tanda Bersalin nya, saya sendiri semasa anak pertama dan kedua tidak mengalami pecah air ketuban, semasa anak ketiga barulah saya merasa pengalaman Pecah air ketuban.

Meh ibu-ibu yang ada tanda bersalin atau pengalaman bersalin yang lain dari saya alami ini, mohon kongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Manalah tahu ianya sedikit sebanyak membantu ibu-ibu muda yang kurang berpengalamankan…

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Tanda-tanda Ingin Bersalin”

  1. Banyak tanda tanda nak bersalin ni kak 🙂

    Lain orang lain tandanya. Apa pun semoga Allah swt lancarkan urusan akak sekeluarga.

    Semoga semuanya selamat insyaallah

  2. Kedua-dua anak saya berbeza. Anak pertama rasa sakit seminggu sebelum due.. Tapi masih belum ada bukaan.. Anak kedua pula, dah bukaan 3cm, tapi tak rasa sakit pun.. Kena hantar balik rumah, sekali bila dah start sakit, bukaan dah 6cm, apalagi kelam kabut doktor sorong ke dewan bersalin.. Tapi apapun, ianya memang pengalaman yang sangat indah..

  3. k sya 4 orang semua air ketuban doktor yang kena pecahkan
    tanda bersalin for me…adalah kontraksi…
    nasib baik hospital dekat
    anak kedua hampir bersalin dalam kereta
    alhamdulillah….semuanya Allah permudahkan…syukur

    1. Sama la kita, saya pun tak alami pecah ketuban.. Doktor yang pecahkan ketuban.. Anak kedua yang lawak, sebab saya betul-betul tak bersedia lagi, tiba2 doktor kata nak pecahkan ketuban.. Sangat panik sebab husband tiada di sisi..

  4. pengalaman bersalin mmg satu pengalaman yg susah nak digambarkan. bila ingat balik tu macam2 perasaan ada. anak pertama & kedua sb tempoh masa sakit & bersalin tu kejap sangat. so tak sempat perasan apa tanda. tanda sakit tu jelh. yg ketiga sb dh overdue so induce. yg ni pon sakit kejap je. air ketuban tiga2 doc yg pecahkan.

  5. moga dipermudahkan urusan bersalin nanti ya,,insyaAllah. saya dengan kedua2 anak bermula dengan spotting sehari sebelumnya. tu pun cuak juga kalau2 ketuban yg pecah dulu, sebab saya nie jenis kalut sikit..hehe..

    1. Wahhhh menanti kehadiran baby baru rupanya ye….tak tahu pula baby aslah nak dapat adik.

      Tahniah….moga selamat ibu dan anak. Syiokkk tu tunggu tak lama lagi. Silap2 esok lusa 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.