Seronoknya Shopping Di Padang Besar, Perlis

Salam, hari tu kami balik kedah, sebelum tu singgah dulu bercuti-cuti Malaysia di Penang, lepas tu baru balik Kedah. Dah alang-alang sampai ke utara ni, apa lagi plan pun kena baik punya. Bukan selalu sampai ke Utara ni, jadinya sehari sebelum balik Klang, kami Shopping Di Padang Besar, Perlis dulu, nasiblah sekali ajak je En.Suami sudi bawa shopping ke sana, bahagianyalah rasa hahahha.

padang besar perlis

Sebelum pergi tu dah cakap awal-awal nak shopping barang kat sana, tak maulah cuci mata je, boleh sakit hati rasa kalau dah sampai tapi tak shopping kan..heheee, shopping tu terapi untuk orang perempuan, setuju tak ladies??

Continue reading “Seronoknya Shopping Di Padang Besar, Perlis”

Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)

Salam, sekarang ni rasa macam tak sihat sebabnya Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome), dan alhamdulillah sekarang ni tunggu masa aje nak bersalin, cepatnya masa berlalu, berdebar-debar pun ada juga ni heheee, insyaALLAH kalau takde masalah Januari 2015 dapatlah cium bau baby.

Tapi tulah macam saya katakan awal tadi, rasa sakit tangan yang tak menahan, tak selesa sungguh. ingatkan kebas biasa aje, rupanya ianya adalah Penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Ni 1st time kena, masa anak-anak dulu takpernah pun kena macam ni.

Penyakit Carpal Tunnel Syndrome

Gagah research pasal penyakit ni, rupanya ianya adalah normal bagi wanita yang mengandung, legalah sikit bila baca macam tu. Penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni hanya sementara untuk ibu mengandung dan ianya akan hilang sendirinya selepas bersalin, tetapi sekiranya lepas bersalin masih ada rasa sakit tersebut, ianya adalah serius, mungkin memerlukan pembedahan ataupun suntikan bagi menghilangkan/mengurangkan rasa sakit. wuwuwuuu seramnyaaa~

Continue reading “Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)”

Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap

Salam, alahaiii sunyinya rumah ni, anak-anak baru je ikut balik kampung dengan Tok, Tokwan dorang semalam, serius tak suka sebenarnya keadaan yang sunyi macam ni, dah biasa dengan riuh rendah dan karenah anak-anak, terasa sangat sunyi hidup tanpa 2 beradik yang suka main gaduh, main gaduh tu….tapi sebenarnya dorang tu baik sangat, biasalah budak-budak kan memang gitu, erm..takpelah kejap je, nanti pergilah ambik dorang huhuuuu.

pizza roti gardenia

Oklah nak cerita pasal Pizza Roti aje pun, tapi mak datuk macam nak bagi panjang lagi mukadimah tu hahahaha, rindu anak oiii…belumpun 2-3 hari tapi hati dah meronta-ronta, terbayang duk berebut remote dengan Aiman HAHAHHAA.

Continue reading “Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap”

Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak

Salam, hujung minggu yang lepas saya dah pun setel Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak-anak untuk tahun 2015, alhamdulillah lega semuanya dah selesai, tiap tahun pun shopping awal, malas nak shopping last minit, tambahan pula tengah sarat sekarang ni, takut bila-bila masa je bersalin, jadi eloklah dipercepatkan urusan yang penting ni. Takde lah kesian dengan en.suami kena uruskan macam-macam, kalau boleh nak semuanya setel, jadi bila beranak nanti aman damai gitu, takde nak risau apa-apa dah.

shopping barang sekolah

Saya beli barang keperluan sekolah anak-anak di Giant, ikutkan en.suami suruh beli je di Jusco sebab dekat dengan rumah, saya pula kalau boleh nak cari tempat murah hahahhaa, biasalah orang perempuan gitu kannn…

Continue reading “Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak”

Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL

Salam, baru-baru ni kami turun KL, cari Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL, mengidam nak makan tu, teringat-ingat kesedapannya, terus WhatsApp En.Suami yang time tu tengah keje, bagitau dia nak makan Kuey Teow Kerang yang sebelah dengan Ikan Bakar Pak Lang di Kampung Baru KL tu, meleleh-leleh air liur hahahaa..cakap kat En.Suami kalau boleh sebelum beranak nak makan Kuey Teow Kerang tu, siap WhatsApp gambar Kuey Teow Kerang tu kat dia, gambar tahun 2011 hahahaa.

char kuay teow

Gambar yang saya WhatsApp kat En.Suami hihihi, gambar tahun 2011, nasib masih ada kedai yang sama, legaaaa sesampai disini.

Last makan masa tahun 2011, saya ada entrykan dulu diblog ni, boleh baca SINI, alhamdulillah tertunai hasrat dihati bila En.Suami mengajak cari Kuey Teow Kerang tu malam tu juga. yelah kan….sebab cakap sebelum beranak nak makan, kang tetiba terberanak dulu sebelum makan kang kempunan pulak. Kesian juga kat En.Suami terpaksa drive malam-malam ke KL nuuu…kalau ikutkan kat Klang ni berlambak-lambak je kedai makan jual Kuey Teow Kerang tu, tapi apa nak buat tekak dan baby dalam perut ni nak juga yang kat Kampung Baru KL tu heheeee.

Continue reading “Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL”