Salam, alahaiii sunyinya rumah ni, anak-anak baru je ikut balik kampung dengan Tok, Tokwan dorang semalam, serius tak suka sebenarnya keadaan yang sunyi macam ni, dah biasa dengan riuh rendah dan karenah anak-anak, terasa sangat sunyi hidup tanpa 2 beradik yang suka main gaduh, main gaduh tu….tapi sebenarnya dorang tu baik sangat, biasalah budak-budak kan memang gitu, erm..takpelah kejap je, nanti pergilah ambik dorang huhuuuu.
Oklah nak cerita pasal Pizza Roti aje pun, tapi mak datuk macam nak bagi panjang lagi mukadimah tu hahahaha, rindu anak oiii…belumpun 2-3 hari tapi hati dah meronta-ronta, terbayang duk berebut remote dengan Aiman HAHAHHAA.
Oklah cerita tentang Pizza Roti viral ni, sebenarnya teringin nak makan pizza tapi macam malas nak cari, timbul idea nak buat pizza roti yang simple aje, anak-anak pun memang suka makan yang simple-simple ni, kalau yang rumit-rumit tu sudahnya tak makan pun, leceh kot.
Memandangkan juga stok roti kat rumah ni tak pernahnya putus, asiklah nak topup saja stok roti tu sebab anak-anak memang penggemar roti-roti. jadi takde idea nak buat apa dengan roti tu, bosan agaknya asik makan dengan nutella, susu, peanut butter, jadinya saya tanya jugalah anak-anak kalau nak makan pizza simple ni, sebab takut nanti dah buat kang saya sorang je makan tak syioklah pulak kan. Sebab teringin orang mengandung ni lain macam, sebelum dapat tu tamak nak banyak, dah dapat tu makan sikit je kikiki…apa boleh buat…
Aiman haziq melompat-lompat kata nak!!!, jadinya apalagi terus bangun buka peti keluarkan apa yang ada dalam peti, hah nasib baik bahan-bahan semuanya ada weeeee~
Ok jom buat Pizza Roti Gardenia, Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap
1. Roti Gardenia
2. Keju
3. Sosej *celur
4. Cendawan *potong kecil dan celur
5. Sos Pasta/Spaghetti
6. Bawang Merah potong halus
7. Cili besar potong halus
8. Oregano Leaves
9. Parsley Leaves
10. Olive Oil (Sapukan sedikit pada kuali pemanggang)
Cara-cara menyediakan dan memasak Pizza Roti Gardenia Pemanggang Ajaib
Sapu roti dengan sos pasta/spaghetti, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. dah susun semuanya, barulah letakkan keju diatasnya dan bakar dengan api sederhana.
Untuk permulaan proses memasak, jangan tutup pemanggang ajaib tu, biarkan 2 minit gitu, kemudian baru tutup dan kuatkan api sedikit untuk mencairkan keju tadi.
Tak perlu masak lama-lama nanti hangit pula roti tu, kejap je masaknya, agak-agaklah ye.
Tak letak Chili Flakes sebab Angah tak suka pedas, oh ye saya juga buat kentang putar, resepi google aje hihihi. anak-anak suka, senang je rupanya buat kentang putar ni. Janji kena rajin je hehee
Si abang pula suka makan pedas-pedas macam ibu, harus letak Chili Flakes baru ummppp!!
Time masak ni baunya memanglah menusuk kalbu, sedap sangat, kalah Pizza Hut tu…hahhahaa, anak keluar masuk dapur ambik bau nnggeee~
Ok selamat mencuba, senang sangat kan, kot ada stok roti tak habis tu boleh buat Pizza Roti mudah lagi sedap macam ni. tak perlu dah nak uli-uli doh heheee.
Faça mesmo com todas e cada uma das flores, preenchendo a
tiara. http://www.moddingstudio.com/member.php?378162-VelmaRosal
http://www.moddingstudio.com recently posted..http://www.moddingstudio.com
Sua ação é de evitar a ejaculação extemporâneo. https://www.owesys.org/index.php/Benutzer:AdeleSayre
https://www.owesys.org recently posted..https://www.owesys.org
thanks sharing
wahh sedap nya. xpayah mozarela cheese ya dah sedap
Menyelerakan dan senang nak buat…bole la nk try…mintak resepi ni ye…
Huu nak buat juga lah…kebetulan ade roti gardenia expired hari ini
Blog Suami Isteri recently posted..Octa Core Processor Xiaomi Redmi Note HP Untuk Anda
I like this recipe 🙂 nanti mesti buat ikut resipi puan. Looks delicious dan fabulous. Tengok gambar pun teruja, saya bagi 5 bintang 🙂
Ome recently posted..The Whys – Why I Do What I Do Nowadays ……
Memang mencari resipi ala piza pun.
Disebabkan malas nak buat doh kan so tak jadi la piza tue.
Bila boleh buat dengan roti wowww bestnya.
Dah cuba dah resipi.
Menjadi dan best sangat.
Sedap.
Ala-ala piza di kedai.
Azeni Ahmad recently posted..Bagaimana Pelukan Membantu Dalam Hubungan?
wah betul betul menyelerakan, tak sangka boleh dimasak guna pemanggang ajaib je
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Memang Menjadi Gambar Budak Rosak Otak Tu
boleh buat menu bekal anak nanti
Raihanah Ahmad recently posted..Testimoni Vivix untuk SLE
gemuk toppingnya itu. haha
encik plow recently posted..Jobdirumah Tak Tipu. Jobdirumah memang BEST.
Praktis, mudah dan tentu lezattt
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
boleh la nanti cuba buat..nmpk mcm senang..x tahu la jadi ke x..hihi
Vimax Malaysia Original recently posted..Vimax 3D Izon Hologram
yeaaaaa boleh tryyy
Mama Alya recently posted..9 Amalan Di Trimester Pertama Kehamilan
resepi roti ni nampak ringkas, tp bila dah siap nampak sedap dan lazat pulak, hehe
myrujukan recently posted..Review MyKuali Penang Red Tom Yum
wah liat gambarnya aja udah ngilernih. gimana kalau ada yang ngirim ya. 🙂 ngarep
tutorial89 recently posted..Cara mudah membuat blog gratis di blogger terbaru
terima kasih idea nie kak..rumah kami nie xde oven, tapi teringin nak buat pizza sendiri. bolehlah lepas nie buat guna pemanggang ajaib je kan? risau hangus sebenarnya..hihi
Oja Samid recently posted..Sabun Basuh Baju yang Bagus untuk Baby dan Seisi Keluarga : Fresh Laundry Concentrate
sedap dan mudah.
benda yang ringkas ini biasanya lagi sedap dari benda yang terlalu rumit, bab makanan ler yer bukan bab lain…hehe
lelehan keju yang mencair tu sangat menggoda iman.
ApaRasa recently posted..Kuih Cincin Dari Sarawak.
perghh.. sedapnye. sng!
Que recently posted..Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 17 Disember 2014
sedappp…puashati boleh buh topping macam2 😀
yanmie recently posted..Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap
Mudah untuk disediakan. Yang tak tahan adalah lelehan mayonis. 🙂
akubiomed recently posted..Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah
itu bukan mayonis tapi cheese 😀
yanmie recently posted..Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap
boleh cuba juga nanti.. nampak sedap
Mus recently posted..Berkelah Di Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong, Kiulu
Cubalah mus, senang je…anak2 mesti suka 🙂
yanmie recently posted..Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap
sini pun bau sedap u
Raihanah Ahmad recently posted..4 Suplemen Antioksidan Untuk Cegah Kanser
Hahaahaha betul2 dasyat kalau mcm tu 😛
yanmie recently posted..Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap