Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak

Salam, hujung minggu yang lepas saya dah pun setel Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak-anak untuk tahun 2015, alhamdulillah lega semuanya dah selesai, tiap tahun pun shopping awal, malas nak shopping last minit, tambahan pula tengah sarat sekarang ni, takut bila-bila masa je bersalin, jadi eloklah dipercepatkan urusan yang penting ni. Takde lah kesian dengan en.suami kena uruskan macam-macam, kalau boleh nak semuanya setel, jadi bila beranak nanti aman damai gitu, takde nak risau apa-apa dah.

shopping barang sekolah

Saya beli barang keperluan sekolah anak-anak di Giant, ikutkan en.suami suruh beli je di Jusco sebab dekat dengan rumah, saya pula kalau boleh nak cari tempat murah hahahhaa, biasalah orang perempuan gitu kannn…

Sampai-sampai di Giant Bukit Tinggi Klang tu, mak nenek ramainya orang shopping maklumlah awal bulan, masing-masing baru dapat gaji gitu kikiki, sampaikan troli kena cari sendiri, nampaknya ramai juga mak bapak yang buat persiapan awal untuk membeli barangan keperluan sekolah anak-anak ni, mungkin tak nak bersesak-sesak, maklumlah gaya dah macam shopping baju raya untuk anak heheee.

Pertama sekali saya terpandang beg sekolah, cakap kat anak pilihlah nak beg yang mana abang dan angah suka. tudiaaa memasing belek beg, beg sekolah pula mak datuk mahal gila….hahahhaa mau berair mata nengok. Nah ko sekali dorang pilih beg yang mahal gitu, keluarkan handset terus buat kira-kira hahahhaa, sebab duit cash dalam tangan cuma bawa rm700 aje, takut kang terlebih bajet, malas nak cucuk-cucuk duit dah.

Beg sekolah pula beli bukan sorang 1, tapi sorang 2 sebab nak guna untuk 2 sekolah, maklumlah anak-anak ni sekolah pagi petang, pagi ke sekolah rendah, petang pula ke sekolah agama. jadinya nak beli barang tu kena ada 2 set untuk sorang.

barang sekolah murah 2015

Tapi kali ni takdelah menyopping sangat, mana yang boleh recycle tu kita recycle, barang pun mahal-mahal oiiittt, baju sekolah pun dah berapa RM dah, tu baru baju belum lagi seluar, kain samping. bukan macam dulu jual 1 set terus, nak pula kalau brand canggih…uishhhh canggih sungguh time bayar tu huuuuu~

Kasut sekolah anak-anak elok sangat lagi, sebab baru tukar sebelum nak habis sekolah hari tu, Angah je ada 2 pasang lagi, tapi belikan lah juga sepasang lagi kasut baru, nak buat syarat je untuk sambut buka sekolah, jadi takdelah dia sedih nengok kawan-kawan pakai baru dia pakai lama…heheee….kasut sekolah si Abang pula dua2 elok lagi, tapi disebabkan kasut dia macam tak cukup sebab hanya ada hitam sepasang, putih sepasang, jadinya belikan lagi lah 2 pasang untuk dia, hitam dan putih. Bolehlah buat tukar-tukar, ibu tak rajin kot membasuh selalu sebab time tu dah ada baby heheeee. eh tapinya kasut memang si Abang pun yang basuh hahahaha.

Baju sekolah agama belikan sorang 2 pasang, yang lama tu ada lagi tapi dah lusuhlah…memang kena tukar dah pun. baju sekolah rendah tak belikan pun untuk si Abang sebab baju Purplenya (Pengawas) ada 2 helai elok sangat lagi, belikan seluar sekolah aje 2 pasang, angah pun sama belikan sehelai baju sekolah warna putih dan sehelai seluar sekolah, sebab yang lama ada 2 pasang memang elok sangat-sangat lagi.

Kiranya macam saya katakan tadi, mana yang boleh recycle tu kita recycle, jimat duit sikit, boleh buat beli benda lain pula ataupun simpan.

Stokin pun beli belaka dah semua, yang lama-lama pun masih ada lagi, sajalah beli lebih lagi, sebab stokin pesen selalu hilang sebelah hahahhaha. pelik sungguh haish…

Alat tulis pun dah beli, sorang semua dapat 2 set, tapi saja saya beli lebih untuk simpan dirumah, pensel, pemadam berkotak-kotak beli tapi saya sorok dari anak-anak hahaha, kang dorang tau keje nanti duk asik minta pensel pemadam je…faham sangat perangai anak-anak ni, pesen tak sayang dengan barang, ingat mak pak kaya agaknya -..-“

Tinggal lagi beli buku sekolah, book shop buka 15hb ni, so lepas gi klinik mengandung terus gi beli buku, lepas tu tunggu sekolah buka pula untuk bayar yuran dan beli baju sukan, baju sukan yang lama tu dah lusuh sangat dah.

resit pembelian

ni anak yang bersekolah baru 2 orang, bajet pun boleh tahan, total shopping hampir RM700, mujurlah ada balance untuk buat beli air minum dalam kereta hahhaha.

Cuba bayangkan yang anak-anak ramai bersekolah, mesti bajet lagi tinggi. alahaiiii barang semuapun mahal-mahal belaka, ni pun dah habis jimat dah.

Apa pun lega sangat dah setel bab kelengkapan sekolah anak-anak ni. Buku teks dan buku aktiviti pun dah siap balut semua…leeegggaaaa

– Pening hari-hari tengok anak menerai beg dan kasut sekolah -..-“

* Korang dah shopping barang-barang sekolah anak ke belum??

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

13 Comments on “Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge