Salam, alhamdulillah breastfeeding journey Alang Irfan baru sahaja berakhir pada saat umurnya 2 tahun 1 bulan 2 hari (kalau ikut tahun 3 tahun lah hehehe), syukur…syukur berjaya susukan Alang Irfan sehingga 2 tahun lebih, 1 pencapaian yang sangat cemerlang dalam hidup, abang-abangnya dulu menyusu susu ibu kejap je tak sampai pun 6 bulan, kesian kan? Mungkin sebab time tu kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu ni. Huhuuu…
Abaikan muka saya yang semangat tu hahaha #preggy9months, motif gambar? Hahaha….
Dengan Alang Irfan berbeza sedikit, mungkin sebab jarak usianya dengan angah 6 tahun, jadi kira macam semangat sikit, rasa macam baru dapat anak pertama hahahaha, lama tak berbaby kan time tu. Jadi saya membuat research tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan khasiat-khasiat yang ada pada susu ibu. Sentiasa berfikiran positif tentang penyusuan susu ibu dan sentiasa mind set kan dalam kepala bahawa susu ibu ada dan cukup sehingga usianya 2 tahun. Dan ternyata tidak ada susu yang hebat lagi setanding dari susu ibu. Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri selama menyusukan Alang Irfan selama 2 tahun lebih tu. Tak percaya? Sila alami sendiri.
Alang Irfan manja dengan semua orang ^_^
Selain dari itu memang benarlah kata orang, bila anak menyusu susu ibu ni ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sangat kuat, si anak sangat rapat dengan ibu dan begitu juga dengan ibu. Si anak juga caring sangat dengan ibunya. Satu moment yang paling berharga dalam diri.
Manja sangat juga dengan ayahnya
Walaupun disaat saya mengandungkan adiknya selama 9 bulan, Alang Irfan masih lagi menyusu susu ibu walaupun waktu itu susu ibu tak berapa nak ada tetapi saya tetap berikan juga sebab saya fikir saya dah niat untuk susukan Alang Irfan sehingga usianya 2 tahun, saya tahu apa yang baik insyaALLAH ALLAH permudahkan, cuba bayangkan dalam saat mengandung sambil susukan anak?, seriously cakap yang menyusukan anak semasa mengandung ni sangatlah mencabar sebab sakit pada nipple teramatlah pedih, tak tahu nak describe macam mana dia punya sakit tu, pernah juga saya meraung cakap sakit hahahaha, dah pula tu sakit ditambah lagi dengan gigitan berbisa dari Alang Irfan hahahahaha serius cakap sakit gila!!! Dan nak tahu? Sebelum saya admit untuk bersalin pun saya sempat susukan Alang Irfan lagi muehehee, betapa sayangnya kat anak kan….
Alang pun caring sangat, cium adik tak berhenti hehee
Dan yang paling mengusik jiwa bila saya dah bersalin, Alang Irfan dan ayahnya datang melawat. Sempat lagi Alang Irfan minta susu dan saya susukan dia di atas katil hospital hahahaa. Orang tengok pun pelik, bukan baby yang disusukan tetapi abang baby yang disusukan heheee. Ntahlah macam perasaan tu lain sedikit bila tak dapat susukan Alang Irfan huuuu….mungkin ikatan kasih sayang tu kuat. Plus manja sikit Alang Irfan kat mak pak nya kot huhuuu.
Tetapi saya terpaksa dan nekad untuk wean off breastfeedkan Alang sebab adik dah lahir dan target susukan dia pun dah tercapai selama 2 tahun lebih. Jadi sekarang ni fokus fully bfkan adiknya pula, insyaALLAH moga ALLAH permudahkan. Tetapi bukan mudah nak cerai susu dengan Alang Irfan ni, nanti saya share cara saya ye, sehari je saya cuba cara ni dan akhirnya berjaya wean offkan Alang Irfan.
Kenangan menyusukan Alang Irfan di Public
Siapa kata susah nak susukan anak diluar?? Semuanya atas kita je antara nak dan tak nak.
Dalam pada dah berjaya wean off tu, perasaan sedih tu ada…nanti saya entry pasal wean off tu…sedihlah pula nak cerita uhukkk….plus dah panjang sangat kot entry ni. Gigih saya taip dari smartphone aje hahaha, rajin nanti on laptop lah huuu.
nantikann jejaka jejaka tampan masa akan datangg.cewahhh
Jagoan semua,
alhamdulillah..tahniah ya..memang satu kepuasan dapat bf anak2 sendiri. mudah2an misi penyusuan utk si kecil baby nie pun juga akan dipermudahkan Allah.. ganbatte ne~~
Alhamduliilah.. irfan dah adik… dah bujang dah irfan.. hihihi
pernah jumpa ibu bf tak cover. nampak isi dalam. huhu
besar dah irfan sekarang.
k sya sokong penyusuan susu ibu sebab ia lebih jimat….anak ke3 baru baca kebaikan penyusuan susu ibu… lagipun adik beradik semua 100% susu ibu…
husna wean off tatkala 2 tahun 5 bulan 24 hari…. trik berjaya ambil masa dalam 12 jam je…
tapi…rindu saat kakak husna menyusu…. hehehe
Cepat betul masa berlalu seperti baru semalam Irfan dilahirkan.
bila baca tentang breastfeeding ni teringin plak nak cepat ada baby..memang breastfeeding juga dalah salah satu cabang yang memang mak jemah minat. kalau boleh rasa nak wajibkan semua ibu susukan bayi dengan susu ibu hehee