Check Up 1 Bulan Untuk Baby Haiqal

Salam, 14hb baru ni alhamdulillah genap umur Baby Haiqal 1 bulan, dan semalam appointment untuk checkup 1 bulan. Alhamdulillah progress yang sangat memberangsangkan. Baby Haiqal sihat, berat pula naik 2kg dalam sebulan. Sungguh ibu kagum dengan semangatmu nak!!! Hahahaha….kussss semangat 2kg ok sebulan!

image

Berat masa lahir 3kg. Berat sebulan 5kg, alhamdulillah rezeki untuknya menyusu susu ibu seperti Alangnya. Sesungguhnya susu ibu adalah susu yang paling terbaik. Alhamdulillah berjaya menyusukan Alangnya sehingga umur 2 tahun, dan untuk Baby Haiqal ini moga-moga tercapai hajat untuk menyusukan dia selama 2 tahun atau lebih seperti Alangnya, bagi saya apa yang penting sentiasa berfikiran positif tentang penyusuan susu ibu.

image

Bukan saya je terkejut dengan kenaikkan berat badan Baby Haiqal, malah nurse, doktor pun terkejut, tembam sangat kata doktor hahahaha mana tidaknya manjanglah menyusu, jap-jap nak susu, Alhamdulillah….moga sihat selalu ye nak ^_^

image

Tapinya body dan bentuk muka tak se-gah Alang Irfan dulu, Alangnya dulu pesen gemuk ketak-ketak, Baby Haiqal ni takde ketak-ketak kat lengan. Lengan macam dalam gambar tu lah. Tapi tang pipi macam bola-bola hahahaha. Alangnya pipi labuh. Muka pun tak sama masa lahir tu, dah besar sikit ni ada pula macam iras Alangnya hahahahahaa.

Oklah progress untuk sebulan ni :-

– Dah nampak orang dengan jelas, dah pandai senyum, jap-jap tengok orang pastu senyum, tapi senyum kambing, tak senyum luas hahahaha, kedekut kan…
– Cam arah bunyi datang dari mana, lepastu cecepat dia toleh kearah bunyi.
– Hari ke 20 dah mula pakai pampers saiz S, saiz New Born ada lagi 64 dan langsung tak buka lagi, nak pakai memang tak muat, suh neneknya bawa balik kg bagi kat bakal sepupunya.
– Sekarang pakai baju saiz 6m dan 12m, padahal umur baru 36 hari
– dah tak pakai sarung kaki dan tangan, pakai stokin je, sebab saya tak gemar pakaikan sarung tangan, susah nak cium tangannya, bau tangan baby sedap..masam…hahaha pelikkan…
– dah 3 kali potong kuku tangan, kuku kaki tak juga panjang hahahaha. Subur sungguh kuku mu anak
– dan yang last, dah pandai berjaga malam….huhhhh jangan buat selalu…pengsan ibu…hahahaa

Ok entry ni memang takde gambar muka baby haiqal lagi sebabnya belum habis pantang 44 hari. InsyaALLAH lepas pantang nanti saya kongsikan wajah comel Baby Haiqal ^_^

You Might Also Like

15 Replies to “Check Up 1 Bulan Untuk Baby Haiqal”

  1. Eh. Amani sebaya haiqal. Amani lahir 6/1…
    Btw.. Kawan ayu kata.. Kalu baby kerap poopee.. Kuku tangan mmg cpt panjang. Amani pun gitu.

    Salam kenal kak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge