Salam, hoorraayyy dah abis pantang 44 hari, rasa macam nak lompat bintang dia punya seronok tu hahaha, bosan juga pantang makan lama-lama ni, tekak ada je benda teringin nak makan, tapi pantang dengan mak sendiri ni cara moden, apa nak makan semua boleh makan, janji bukan makanan yang gatal-gatal atau berbisa, selebih dari tu lantaklah nak makan apa pun, takde halangan heheee. Nak bagi sihat badan,Β nak makan yang berkhasiat sebab anak menyusu susu ibu sepenuhnya.
tak menahan tengok, belanja tekak dengan Mee Sizzling hahaa
Tapi yang sedihnya Mak dan Adik dah balik kampung, dah takde orang tolong-tolong kat rumah ni, sunyi terus rumah ni, alahaiii rindu Mak….semalam dekat 50 kali kot Alang Irfan ni duk tanya “mana nenek”, “mana maksu”, sedihlah pula huhuhu
Kenangan langgar pantang heheee, En.Suami takde time ni, dia gi Penang, tapinya time ni dah hujung-hujung pantang dah
Bila mak dan adik dah balik kampung, bermula lah rutin saya macam biasa, uruskan hal rumahtangga dan hal sekolah anak-anak, nasib saya untung sebab Alang Irfan sangat baik bila kami bertiga sahaja dirumah, caring sangat dengan adik, bila adik nangis dia bagitau adik nangis, tak kacau pun adik, kalau dulu masa mula-mula dapat adik tu dia macam tak boleh nak terima hakikat hahahahha.
Sekarang ni tak buat dah adik, sayang sangat adiknya. Tapinya dia jadi baik sangat bila kami bertiga je, bila ada ayahnya dia pula jadi manja lebih, bila abang-abangnya balik dari sekolah mula lah pula dia jadi garang hahahhaa, tak faham ibu nakkkk…
Baby Haiqal pula syukur alhamdulillah tak banyak ragam, nangis je kalau nak susu, selebihnya sengih sendiri sambil memikirkan masa depan hahhaha. Eh tapi cerdik ooo budak lah ni, bila dia nangis tu dia boleh berhenti nangis kalau ada orang angkat dia, elok terus tau, takde nak sambung-sambung nangis lagi….haahaha, kekdahnya nak minta dukung lah tu, jemu baring saja kot, agak je hehehee
Sepanjang pantang 44 hari, banyak hari juga saya langgar hahaha adeiiii mujurlah pantang dengan mak sendiri. siap boleh gi sales jusco, gi gm, gi poslaju, ngeh…ngehhh….tak boleh duduk diamlah, jadi sakit badan pula kalau duk sesaje, heheee boleh terima tak alasan ni ^_^
Tapinya mak dah balik ni tak boleh pergi mana dah lah, urusan poslaju di kaunter pun dah tak buat, posmen datang pick up barang je sebab dah buka akaun poslaju. yelah payah sebab takde orang pegang Baby Haiqal ni, lainlah kalau berjalan sekeluarga bolehlah saya pegang baby, suami pegang Alang, yang dua orang tu lagi bawa diri sendiri hehehee. Tak sangka anak dah 4 orang oiii heeeee.
Ini kali ke 2 saya berpantang cara bersalin pembedahan, kali pertama bersalin secara pembedahan masa tahun 2012, kali ke dua tahun ni 2015, so maknanya boleh bersalin sekali je lagi lepas tu nanti kena stop, tak boleh dah, hancur impian nak anak ramai….hahahhhaa
– kenangan 45 hari yang lalu masih segar dalam ingatan, MERDEKA!!
the kids are so CUTE! masyaAllah π
bestnya ada baby. pengalaman berpantang yang mengujakan kali ini.
Huuraayyy… dah habis pantang..hehehe
bagus betul abang jaga adik dia tuhh..
mesti sayang adik tau baby…. π
comelnyaaa si adik bam bam..
Macam mana cara akak ajar irfan sayang adiknya ya.
Manis sangat kecil kecil dah pandai sayang adik
tahniah dah abes berpantang~~ ^_^
Amboi dah merdeka yea.
Hanya mereka yang berpantang bersalin sahaja tau bagaimana rasa merdeka kan.
Ngehngeh.
Tahniah dah merdeka dan kembali sihat.
wow, dah sihat dah ni yer, hehe nampak sihat anak kak yan.. π
yanmie, tahniah dah habis tempoh berpantang..alhamdulillah
bestnya dah ada anak 4.. meriah!
Sambut Merdeka awal yer. π