Shopping Online Di Butik Baju Muslimah Zolace Malaysia

Hai semua!! sekarang ni nak shopping senang sangat dah kan?, semuanya dihujung jari je, tapi pernah tak korang terfikir untuk membeli pakaian atau barangan secara online tetapi tidak menemui laman web yang menjual pakaian Muslimah yang diinginkan contohnya macam blaus, skirt labuh, seluar palazzo, tudung bawal kosong atau corak dan juga beg tangan yang cun melecun?

zolace malaysia

Hah kalau tak tau kat mana, meh nak bagitau, saya baru je shopping online di web Zolace, huishh macam-macam barang keperluan dan perhiasan diri ada dijual disana, betul-betul rambang mata dibuatnya hahahaha. Zolace ni laman web membeli-belah dengan banyak koleksi hebat pakaian Muslimah berserta barang aksesori yang lain tau. Yang bestnya apa tau?, ni semua buyers pun suka hehehee, sebab Zolace menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei! bestkan??

Continue reading “Shopping Online Di Butik Baju Muslimah Zolace Malaysia”

Sukanya Photobook Dari Foto-ZZoom

Salam, yeayy photobook dari Foto-ZZoom dah sampai kat rumah, terkejut juga sebab cepat betul servis dorang, tau-tau je abang posmen dah ada kat depan pagar, tak sangka siap secepat tu, memang tip top lah. Proses nak hasilkan photobook melalui Foto-ZZoom ni pun senang sangat, design pun dah ada, banyak design tau, saya sampai amik masa lama nak pilih design tu sebab cantik-cantik belaka, eiiii geram sangat rasa nak grab semua design HAHAHAHA, saya ambik design Megazine White. paling bestnya step tu senang nak faham, proses saya menyiapkan order ni cuma 15 minit je dah siap, senang tau cuma perlu pilih design macam saya katakan tadi dan upload gambar, dan siap!!, serius harus repeat order lepas ni, mana tidaknya cepat betul siap Photobook ni, cuma memakan masa 3 hari sahaja dah siap, tau-tau je posmen dah hantar depan pagar, terbaiklah!. walaupun prosesnya dikatakan mengambil masa 4-6 hari tetapi tak sangka secepat ini siap, 3 hari je ok! puas hati betul hihihi.

photobook photozzoom

Ini Photobook kami yang pertama, kesiankan? hahahahaha, orang lain dah berbundle-bundle Photobook dorang, kami baru satu ni, best rupanya abadikan gambar-gambar dalam photobook ni berbanding biarkan aja dalam bentuk digital, yang mana bila memory dah full terpaksa delete gambar-gambar kenagan tu, sadis…saya selalu macam ni huhuuu.

Continue reading “Sukanya Photobook Dari Foto-ZZoom”

Tips Bawa Baby Keluar Jalan

Salam, satu pengalaman baru buat saya, keluar pergi shopping atau  buat urusan diluar bersama 2 orang anak kecil tanpa suami, dulu sebelum bersalin selalu sangatlah fikir “macam mana aku nak keluar nanti kalau ada urusan diluar?”, “Boleh ke aku drive dengan 2 orang budak kecik ni?” hahahhaa…macam-macam lagi fikir tau.

car seat

Tapi bila dah bersalin dan dah tempuh sendiri saat ini, barulah kita tau rupanya tak lah rumit mana pun, janji kena hadap je benda ni, kalau bagi alasan sampai bila pun tak kemana, duk jelah kat rumah, tak payah buat urusan diluar, manjanglah kata anak menyusahkan “susahlah anak ni tak duduk diam, susahlah anak ni..bla..bla…, kesian kat anak asyik duk kata dia menyusahkan hehee”, lepastu bergantung harap jelah dengan suami, kesian suami…dia pun penat keje kot, jadi tak mau bebankan dia, selagi boleh urus sendiri buat je sendiri. kita tolong permudahkan urusan bersama-sama, ye tak??

Continue reading “Tips Bawa Baby Keluar Jalan”

Dah Besar Rupanya Alang Irfan

Salam, wah-wah sejak dah jadi abang-abang ni kemain dia punya bergaya, abanglah sangat hahahhaha. kejapnya masa berlalu, dah besar sangat anak ibu ni, akal pun panjang, cakap memang lancar, takde pelat-pelat pun, sebut perkataan sebiji-sebiji, kagum kejap hahahha, banding dengan abang-abangnya umur 4 tahun gitu kot baru boleh cakap dengan betul.

yanmieonline

Cepatnya masa berlalu, dah nak masuk 3 tahun

Sekarang ni nak berjalan kemana-mana dia pilih sendiri baju apa nak pakai adoiiii, asiklah pakai baju yang sama je, nak melaram baju sama warna dengan dia macam dulu-dulu pun dah susah -..-“

Continue reading “Dah Besar Rupanya Alang Irfan”