Salam, satu pengalaman baru buat saya, keluar pergi shopping atau buat urusan diluar bersama 2 orang anak kecil tanpa suami, dulu sebelum bersalin selalu sangatlah fikir “macam mana aku nak keluar nanti kalau ada urusan diluar?”, “Boleh ke aku drive dengan 2 orang budak kecik ni?” hahahhaa…macam-macam lagi fikir tau.
Tapi bila dah bersalin dan dah tempuh sendiri saat ini, barulah kita tau rupanya tak lah rumit mana pun, janji kena hadap je benda ni, kalau bagi alasan sampai bila pun tak kemana, duk jelah kat rumah, tak payah buat urusan diluar, manjanglah kata anak menyusahkan “susahlah anak ni tak duduk diam, susahlah anak ni..bla..bla…, kesian kat anak asyik duk kata dia menyusahkan hehee”, lepastu bergantung harap jelah dengan suami, kesian suami…dia pun penat keje kot, jadi tak mau bebankan dia, selagi boleh urus sendiri buat je sendiri. kita tolong permudahkan urusan bersama-sama, ye tak??
Best ye dik dapat car seat baru? heheee, Alang punya tak ngam dengan dia
Perkara pertama yang perlu dilakukan semasa keluar bersama anak kecil/bayi, ini bagi saya ye, orang lain saya tak tahu, apa saya buat?? :-
1. Siapkan pampers/baju/seluar spare untuk anak, letak dalam handbag senang, so kena guna handbag besar sikitlah ye, tak perlu bawa banyak beg, susah nak pegang jap lagi huhuhu
2. sediakan car seat untuk anak, macam saya car seat untuk Baby Haiqal aje, Alang Irfan tak duduk dalam car seat dah, dia dah boleh duduk sendiri dan pastikan dia memakai tali pinggang
3. Sebelum keluar rumah, susukan dahulu baby Haiqal, dan beri makan minum pada Alang Irfan, pendek kata sebelum keluar rumah kena pastikan anak-anak kenyang, bukan dalam keadaan lapar
4. Periksa Pampers anak sebelum masuk ke dalam kereta, anak tak selesa ye kalau pampers basah atau buang air besar
5. Sebelum memandu pastikan pintu kereta tempat duduk anak dalam mode child lock, dan anak-anak dalam keadaan tenang, begitu juga dengan si ibu, jangan memandu dalam keadaan kelam kabut (ni suami selalu sangat pesan) hehehee
6. Letak anak di tempat duduk belakang, bukan di bahagian depan ye, kalau tak nanti nak memandu tak fokus, anak menangis je mesti tangan nak capai anak, bahaya tau! (Suami pesan gini). Nasib baik Alang Irfan nak duduk dibelakang dengan adiknya.
7. Memandangkan Alang Irfan dah pandai bercakap, jangan bagi dia tidur dalam kereta nanti susah nak handle bila dah sampai ketempat kita nak pergi tu, nak dukung macam mana kalau ada adiknya sama??, jadi tarik perhatiannya dengan ajak bersembang, gurau-gurau dengan dia, jadi dia tak bosan dan tidur. adik tidur takpe hahahaa, jangan dia yang tidur, naya nak mendukung 2 baby huhuhuuu
8. dah sampai ke destinasi dituju, parking dahulu lepas tu ambil si kecik bawa duduk di depan dan kunci terlebih dahulu pintu bagi mengelak jadi perhatian orang “Jahat”. dan pakaikan penggendong pada si adik tadi, dah setel uruskan si adik barulah keluar dan bawa si abang keluar bersama, bawa handbag tadi dan kunci pintu kereta.
Kalau kita tengok macam rumit je, tapi sebenarnya bila kita plan dengan baik dan dah terbiasa dengan keadaan sebegini insyaALLAH semuanya mudah dengan Izin ALLAH.
Sesudah sampai di tempat yang dituju tadi, pastikan anda tahu kemana hala tuju anda, maksudnya disini dah plan nak kemana, jalan mana yang lebih selesa dan dekat untuk dilalui
terus tuju ketempat yang dihajati, jangan sambil lewa, kang silap hari bulan tak shoppinglah korang ye hahaha
Pastikan dah tahu dimana tandas yang terdekat, senang nak salin-salin pampers anak
sebelum anak merengek, cari nursing room dan susukan dahulu, baby cepat lapar ye, jangan dah menangis baru kelam kabut cari nursing room, mau dengar suara baby tu nangis 1 pasaraya hahahha, ni biasa gak gini tapi cecepat handle, alhamdulillah.
dah beli apa yang dihajati, selagi anak tak nangis bolehlah teruskan dengan window shopping, jangan window shopping dulu…kang urusan utama tadi tak tercapai hahaha, so kena setelkan urusan utama dulu ok!
selebihnya dah setel2 tu, bolehlah singgah beli air ke hahahaha, tak boleh nak pergi kedai makan dengan anak kecik ni, lainlah keluar dengan ayahnya. ni boleh minum je, tu pun dah alhamdulillah sangat dah urusan dipermudahkan.
Alhamdulillah, gadget terbaru saya dan Baby Haiqal, makin mudahlah nak berjalan lepas ni, insyaALLAH.
– Ada sesiapa nak menambah Tips Bawa Baby Keluar Jalan?, dialu-alu kan…
betul tuh, memang kena berhati hati kalau bab anak nih
ya allah, cute nya
MV recently posted..Kenapa Penting Mengambil Set Asas Shaklee?
perkara yang menakutkan bila bawa baby keluar jalan adalah merengek dan menangis..hehe
musadun recently posted..Tarikh Keputusan PT3 2015 Diumumkan
totally agree specifically with the part “perhatian org jahat”
we have to be extra careful
thanks utk perkongsian yg mnarik!
bawak baby kuar kene jaga jaga skrg..mcm mcm boleh jadi..ke penculikan makn berleluasa sekrang..
Coway Malaysia recently posted..Coway Water Filter Pilihan Rakyat
Betul2 point ni..kuncinya, kena prepare segala kemungkinan dalam melibatkan baby/anak kecil hehe :3
Shaima recently posted..Asal Shai Mula Ambil Budu
Saya pun ada anak kecik, baru 5 bulan. Anak saya lahir pramatang. Alhamdulillah sihat. Cumanya tak boleh bawak tempat ramai orang takut terjejas kesihatannya.
nasslimdiet2 recently posted..Pengedar Nano Centa dan Glucos Cut
hehe stuju sgt. mmg klau ade anak kecil kene sntiasa bwk baby punya seat tuu
kenapa alang punya tak ngam dgn adik ? adik lg demok ke ?
puanbee recently posted..Statistik terbaru blog puanbee.com
tips yang sangat berguna…anyways nice one and cute baby
Tembamnya babyyyyyy
Salwa recently posted..Alhamdulillah dapat lagi FREE TRIP SHAKLEE
wahh, ni banyak tip tips untuk ibu muda mengendalikan anak anak apabila diluar sana
myrujukan recently posted..Potensi Keuntungan Dari Bisnes Satay Secara Kecil Kecilan
memang banyak bro.. 🙂
Aya recently posted..31 Tahun & 5 Tahun Professional Blogger Malaysia
Sudah ada baby carrier mudah sikit hendak berjalan cari Kangoo Hip Seat tidak sakit badan untuk kita dan bayi. Baby carrier ini lebih ergonamik.
akubiomed recently posted..Alat kawalan jauh Astro hasil tebus mata ganjaran Astro Circle
Ibu yang bawa anak-anak terdedah serangan penjenayah mana taknya. Mana nak bawa anak, mana nak beg tangan, mana nak bawa barang.
akubiomed recently posted..Child theme Twenty Fifteen PERCUMA untuk pengguna WordPress
Saya ada tambahan kak..tapi nanti saya buat entri versi saya pulak..hehe
ctfand recently posted..Senarai Balloonist Dan Penaja Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2015
Wah…..nanti entrylah, nak juga tau…boleh jadi panduan sama 🙂
yanmie recently posted..Tips Bawa Baby Keluar Jalan
InsyaAllah kak.. lupa pulak..terima kasih kerana berkongsi tips ini.. 🙂
ya.. Nnt Aya pun nak kongsi juga ni.. tips bawa anak.. sbb aya akan list dulu sebelum gerak pi mana2..hehehe
Aya recently posted..31 Tahun & 5 Tahun Professional Blogger Malaysia
abangnya tu pakai seat belt dewasa kan. mau dia duduk diam tu u?
Raihanah Ahmad recently posted..Pengalaman Bersalin Anak Ketiga
ha’ah alhamdulillah dia nak pakai seat belt tu. dah ajar Dari mula dia tinggalkan baby car seat. asal nail me terus pakai seat belt 😀
yanmie recently posted..Tips Bawa Baby Keluar Jalan
bagusnya camtu. anak2 i dulu i kurang tegas sgt kot jadi both tak pakai. tapi yang baby baru ni dah siap beli dan pakai sejak awal. alhamdulillah ok je dia. and boba tu pun i ada, memang comfy sangat
Raihanah Ahmad recently posted..Tingkatkan Selera Anak Dalam 5 Hari