kedai cermin mata di klang

Cermin Mata Baru Sebelum GST

Salam, eh tajuk hahahhaa, baru-baru ni anak-anak dapatlah Cermin Mata Baru Sebelum GST, mulanya En.Suami minta saya bawa anak-anak untuk cek power mata anak samada bertambah atau berkurang, jadi bawalah ke semua askar-askar saya ni hahaha, 1st time jalan dengan semua askar kecik ni tanpa en.suami, takdelah susah mana nak handle pun, alhamdulillah.

focus point klang

Lokasinya kami ke Giant Bukit Tinggi Klang, cek power mata, memandangkan power semakin meninggi terpaksalah buat yang baru, biar yang sesuai dengan power mereka sekarang ni, sedih pula kecik-kecik dah pakai cermin mata yang power tinggi macam ni, apa boleh buat erm…

bincang punya bincang harga, nah koooo…dah alang-alang buat tu biar terus yang terbaik, harap-harap power tak meninggi lah ye anak-anak, kali ni beli lens yang terbaik dari ladang, anti silau punya. anak-anak ni silau yang tinggi berbanding rabun. jadi spek mata tu kena tempah khas, cermin yang sebelum ni 1 angle view je, yang kali ni semua angle view anti silau, kiri kanan atas bawah semua boleh.

kedai cermin mata di klang

Tapi ya Rabbi mahal gila cermin anti silau ni tau, sorang RM640 untuk cermin je, belum bingkai lagi, tolak campur bahagi semua dapatlah less sebab ambik dua, dan dapat lagi less student price, jadinya sorang punya kos cermin mata RM720, total 2 orang 1,140 ish…ish…anak…takpelah janji anak sihat, belajar rajin-rajin, sian ayah keje cari duit nak oiii, jaga leklok spek mata tu, huhuhu (bajet anak baca blog hahaha).

harga cermin mata di focus point klang

tak sabar nak ambik spek baru dorang, huii comei mcm kpop #eh hahaha

Dah lega buat spek baru untuk anak-anak, saya pula ni pun sama power makin naik, sabar jelah huhuhu, tapi biarlah dulu sebab baru je tukar tahun lepas hahaha, sayang ke duit…teruk betul kan, plus boleh guna lagi, utamakan anak-anak dulu, lagi pun masih boleh memandu dengan spek lama ni.

Tapinya kan spek ni beli sebelum GST, spek siap GST dah caj, nasib baiklah bayar penuh time tempah tu, kalau tak melayang RM60 juga untuk GST tu huhuhu.

Bagi kami ni alhamdulillah tidak terkesan sangat dengan GST ni, tapi kesian kat orang yang tak berapa nak mampu tu…terutamanya yang di kampung-kampung tu, dah lah barang mahal, pendapatan tak tetapkan, erm…bertabahla…mari kita fikir macam mana cara untuk tingkatkan hidup dan pendapatan.

food court giant bukit tinggi klang

Sebelum balik, bawa anak-anak makan makanan kegemaran dorang

anak-anak yanmie

Alamdulillah anak-semua semua bagi kerjasama, termasuk yang kecik tu, senanglah nak bawa menyopping lepas ni, #eh hahaha.

– Selamat menyambut GST #eh -..-“

Comments

  1. saya ada ramai kawan optometrist. mereka kata,sebab harga cermin mata ni mahal sangat kerana orang beli cermin mata sekali je, dan ianya akan bertahan bertahun-tahun.

    so nakkan untung, mereka kenalah markup tinggi. Padahal kos untuk cermin mata tu sangatlah jauh beza dengan harga jual..

    ini berdasarkan apa yang kawan optometrist saya bagitahu.

  2. focus point memang mahal.

    kalau nak beli kat focus point ni, tunggu dia wat sale.

    masa tu memang dia murah sampai separuh harga.

    patut leh minta diskaun lagi tu..

    mahal sangat tu rasanya..

  3. Artikel yang sangat menarik, sangat seru bisa bawa anak-anak bermain dan makan bersama di mall. Semoga semakin murah rezeki dan barokah, amin

  4. Bila skali tukar spec mmg perlu berhabis.. sebab nak pakai bertahun kan.. saya pun pakai spec, maka mmg dah bajet bila nak tukar, so, kna buat tabung spec lah.. haha

  5. saya pun silau,,, disebabkan cermin silau harga memang tak pernah murah,
    harga cermin mata sahaja pun dah menjangkau rm500 keatas paling minimum,,

  6. Betul la..
    Kanak-kanak sekarang cepat sangat rosak mata kan.
    Disebabkan pengaruh gajet kan.
    Tapi saya buat cermin mata pun memang lingkungan harga macam tue jugak.

  7. dulu taktau nak buat spek ni mahal gak..maklumlah..adik pun takde pun yang pakai spek.dah kahwin, sekali wife pakai spek..nak tukar aritu..tukar semua, dekat RM1000 gak la..ahaha..dapat diskaun, jadi RM500++…ohoho..

  8. Spek mata silau ni mmg mahal sbb tgk pada kualiti kaca. Disebabkan masa tu kekurangan bajet, sy amik yg murah smentara pkai nak tgk komputer or TV. Kalau memandu malam2 mmg tak boleh…

  9. Buat cermin mata sekarang ni memang mahal terutamnya silau. Kesian dekat keluarga yang tidak mampu. Lagipun silau ni kalau makin teruk boleh sakit kepala.

  10. Hello Travelers!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Anda bisa dengan bebas share music, foto-foto atau video travel dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂
    Silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

  11. hehe…kebetulan saya pon p ganti spec b4 GST ari tu. tukau spec putih & sun glass sekali. sun glass ku ada power sebab daku rabun.

    tapi sejak folo 1 kedai spec kat umah ni…so dapat rege yang mmg best. murah. tanya kedai 1st kaca hoya utk spec putih RM250. tanya kedai uncle tu RM140 aje tau utk sepasang. see…beza RM100.

    yg sun glass pulak nak buat polarise (betul ke ejaanku ini). supaya nmpk sejuk. kedai 1st caj RM400 utk sepasang. kedai uncle tu RM250 shj utk sepasang…see…beza RM150. huhu…

    so daku dah jd regular cstm uncle tu. mula2 anak…skrg maknya pulak. uncle tu dh meniaga spec dr tahun 1979 lg…tahun aku lahir. ni kalu buat after GST bape la gaknye caj…huhu

  12. Lama betul saya tak masuk blog Kak Yan, sibuk… hehe.

    Memang banyak perubahan blog ini, dari segi design blog yang makin menawan!

    Boleh tahan mahal kos cermin mata ye, saya tak pakai cermin mata. Patutlah kawan-kawan yang pakai cermin mata sayang sungguh cermin mata mereka. Satu untuk tambah baik penglihatan, dua sebab kos yang mahal.

  13. Statistik sekarang menunjukkan kanak-kanak makin ramai yang rabun.. kenapa? sebab penggunaan gadget yang semakin berleluasa..

    Aya sendiri pun..dah makin rabun.. 5 tahun jadi blogger.. depan laptop je..tu yang rabun..hehehehe

    1. Kanak-kanak sekarang dah pandai buka YouTube sendiri, cari Upin Ipin sendiri. Asyik tengok video Upin Ipin, itu salah satu faktor yang boleh menyebabkan rabun juga tu. Saya cakap berdasarkan pengalaman hehe

  14. memang mahal kos nak buat cermin mata, lagi2 kalau nak feature n fungsi “yang pelik2” sikit. hihi. saya punya cermin dah tanggal sebelah, n rasanya power dan silau pun dah naik kot. tapi nak tukar tue alahai..dok pikirkan harganya terus jadi malas naik baiki. hihi

  15. Mahalnya kos membuat cermin mata. Nak buat macam mana nanti anak-anak tidak boleh belajar didalam kelas. Sebenarnya papan putih ada yang jenis anti silau.

  16. Harga 1 spek tu sama macam harga spek remaja macam saya juga nampaknya.
    Serius kenaikan harga barang sangat membebankan ramai orang.
    Semoga semakin murah rezeki kita. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.